iklan nuffnang

Monday, February 28, 2011

Sifat-Sifat Nabi Muhammad SAW

Fizikal Nabi
Telah dikeluarkan oleh Ya'kub bin Sufyan Al-Faswi dari Al-Hasan bin Ali ra. katanya: Pernah aku menanyai pamanku (dari sebelah ibu) Hind bin Abu Halah, dan aku tahu baginda memang sangat pandai mensifatkan perilaku Rasulullah SAW, padahal aku ingin sekali untuk disifatkan kepadaku sesuatu dari sifat beliau yang dapat aku mencontohinya, maka dia berkata: Adalah Rasulullah SAW itu seorang yang agung yang senantiasa diagungkan, wajahnya berseri-seri layak bulan di malam purnamanya, tingginya cukup tidak terialu ketara, juga tidak terlalu pendek, dadanya bidang, rambutnya selalu rapi antara lurus dan bergelombang, dan memanjang hingga ke tepi telinganya, lebat, warnanya hitam, dahinya luas, alisnya lentik halus terpisah di antara keduanya, yang bila baginda marah kelihatannya seperti bercantum, hidungnya mancung, kelihatan memancar cahaya ke atasnya, janggutnya lebat, kedua belah matanya hitam, kedua pipinya lembut dan halus, mulutnya tebal, giginya putih bersih dan jarang-jarang, di dadanya tumbuh bulu-bulu yang halus, tengkuknya memanjang, berbentuk sederhana, berbadan besar lagi tegap, rata antara perutnya dan dadanya, luas dadanya, lebar antara kedua bahunya, tulang belakangnya besar, kulitnya bersih, antara dadanya dan pusatnya dipenuhi oleh bulu-bulu yang halus, pada kedua teteknya dan perutnya bersih dari bulu, sedang pada kedua lengannya dan bahunya dan di atas dadanya berbulu pula, lengannya panjang, telapak tangannya lebar, halus tulangnya, jari telapak kedua tangan dan kakinya tebal berisi daging, panjang ujung jarinya, rongga telapak kakinya tidak menyentuh tanah apabila baginda berjalan, dan telapak kakinya lembut serta licin tidak ada lipatan, tinggi seolah-olah air sedang memancar daripadanya, bila diangkat kakinya diangkatnya dengan lembut (tidak seperti jalannya orang menyombongkan diri), melangkah satu-satu dan perlahan-lahan, langkahnya panjang-panjang seperti orang yang melangkah atas jurang, bila menoleh dengan semua badannya, pandangannya sering ke bumi, kelihatan baginda lebih banyak melihat ke arah bumi daripada melihat ke atas langit, jarang baginda memerhatikan sesuatu dengan terlalu lama, selalu berjalan beriringan dengan sahabat-sahabatnya, selalu memulakan salam kepada siapa yang ditemuinya.

Kursus Kahwin

26 & 27hb Februari 2011 saya & Tunang telah mengikuti kursus kahwin di Pusat Kursus Kahwin Alam Damai cheras, Kuala Lumpur. Alhamdulillah banyak ilmu yang telah dikongsi bersama fasilitator yang berpengalaman dari JAKIM & Makhamah Syariah. Sedikit sebanyak memberi manfaat & panduan sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Pusat Kursus tu baru aje beroperasi Ogos 2010, kemudahan yang sedia ada SURAU, TANDAS, Tempat makan, KULIAH yang selesa. Mudah untuk menemui LOKASI tempat kursus ni, kita akan nampak Papan Iklan JOMKAHWIN. (mudahnya sebab berhampiran dengan tempat tinggal, selalu lah nampak) - "Ceh promote (ada dapat komisen ker?) " - Eh tak salahkan nak promote, lagipun sama-sama bantu orang kita buka bisnes sambil tambah pahala. Bagus sebab bantu bakal pengantin yang nak menuju ke gerbang perkahwinan.
No telefon yang boleh dihubungi untuk tempahan : 013-2464333/017-6456152 - yang handle pun suami isteri (so sweet)

Thursday, February 24, 2011

Bengkel Pengurusan Jenazah

Tempat : Dewan Serbaguna Aras 9,

Masa : 900pagi - 415ptg

Cara-cara mengambil ukuran jenazah

Dari ubun kepala hingga hujung ibu jari kaki

Untuk mengikat "Pocong" Dua kali Ukuran Lengan Tangan (bukan pergelangan)


Video Penyediaan Kain Kafan Perempuan


Rasa rugi sebab tak dapat nak rakam dari A-Z (cara penyediaan kain kafan, cara memandikan jenazah, cara membungkus jenazah). Ini jer lah yang sempat sebelum kehabisan bateri handphone.

Wednesday, February 23, 2011

Tentang Wanita


Tuesday, February 22, 2011

Kemas & Kemas

Due Audit Individu 15mac2011


Sebelum & Selepas

Laci - Done

Meja - Done

Rak Terbuka -Done

Monday, February 21, 2011

Mi Bandung

Bahan:

1 peket mi kuning
500 gram udang
500 gram sotong
200 gram sayur
2 batang serai
Bawang kecik & bawang putih dikisar untuk menumis
Air rebusan ayam & daging (????)

Bahan untuk pes mi bandung:

500 gram udang kering
300 gram kacang tanah
4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
100 gram cili kering
Semua bahan untuk membuat pes dikisar halus.


Sup Kuetiau Vietnam

Kuetiau daging Vietnam (untuk sajian 2 orang)

Bahan sup:

500 gram daging (termasuk tulang untuk mendapatkan rebusan air)
100 gram ikan bilis
1 kiub pati ayam
Garam (secukup rasa)
Gula (secukup rasa)
2 liter air

Bahan kuetiau:

200 gram kuetiau
20 gram daging (hiris)
1 sudu besar bawang goreng
3 tangkai daun bawang
2 tangkai cili merah atau cili padi (lebihkan jika ingin pedas)
2 limau kasturi atau limau nipis

Petua;

Elak celur kuetiau terlalu lama (nanti lembik)
Elak celur sayur terlalu lama (nanti hilang khasiat)
Guna daging berkualiti spt batang pinang kerana ia mudah masak & tak ambil masa lama
Sup vietnam tidak memerlukan rempah ratus yang banyak tapi lebihkan sayur..

Sunday, February 20, 2011

Bimbang

Entah lah, ada orang kata kalau kahwin serentak adik-beradik dalam Bulan Islam yang sama ada baik & buruknya.. Baiknya, JIMAT kos.. Buruknya, salah seorang TIDAK bahagia.. Erm, tak baik kalau percaya.. tapi mungkin ada benarnya.. Hanya TUHAN yang lebih mengetahuinya... Harapan, biarlah Mahligai yang dibina hingga ke akhir HAYAT... amin

Thursday, February 17, 2011

Bersama

Editor Majalah RAPI
Pn. Pupe Rahaizad Darsono

Safiq Rahim
Ketua Pasukan Harimau Malaya

Friday, February 11, 2011

Kembara

Perjalanan masih jauh untuk diterokai, cekalkan diri, tabahkan hati, asalkan dunia tidak menghanyutkan kalian pasti menemui jalan sebenar kembara hingga ke hujung nyawa. Mengingatkan diri dunia hanya pinjaman semata-mata, kelak nanti kita akan pulangkan semula dengan faedah yang baik atau sebaliknya. 25tahun melihat, mendengar, merasai sendiri... tapak kaki terus melangkah pasti tanpa henti. Berpijak dibumi yang nyata, dunia bukan sekadar fantasi. Jahilnya diri, jika masih teruskan hidup tanpa mencari ilmu. Kata-kata nasihat menjadi pedoman, panduan untuk Kembara Ini. Tanamkan rasa mencintai diri, ketahui lah ramai yang menyayangi anda tika ada bersedih jika anda sendiri pandai menjaga diri agar disayangi. Masalah yang datang tidak semestinya membebankan. Tangani dengan bijak, luahkan pada orang yang betul. Masalah kadang-kadang mengajar kita erti kematangan. Kembara perjalanan ini penuh liku-liku yang harus ditempuh dengan Tawakal & Redha. Berdoalah sentiasa dalam lindungan -Nya. Semoga Kembara ini, menjadi satu titik noktah yang baik untuk diri diSana nanti.

Monday, February 7, 2011

6 Feb 2011

Kenduri belah lelaki - SELAMA, jauhnya perjalanan nak kesana.. Pihak kami yang memakai baju serba merah disambut dengan bunyi mercun.. Oh Mak kau.. Terkejut aku dan sanak sedara yang lain..


Huhuhu... Kami sekeluarga berangkat pulang ke KL dr kenduri rumah lelaki.. JEM giler! Bayangkan dari jam 3 petang hingga kul 12 tengah malam baru sampai RUMAH.. So Isnin ni dengan tak laratnya saya amik cuti.. Dalam perjalanan, kereta ayah terlanggar bumper kereta VIOS.. dah break, tapi kereta masih meluncur.. mujur bumper kereta VIOS tu takda pape.. Settel.. tiba2 kami dapat kol rumah MAK DAK kami kena pecah.. MUSIBAH apa plak kali ni.. di fahamkan 3 laptop 2 handphone & 1 beg baju (mungkin dia igt tu beg kamera) hilang.. Kecurian tu dah dirancang, mujur ada CCTV jiran yang dapat capture image tu.. DIORANG bertindak selepas kami sanak sedara keluar rumah tuk menuju kerumah kenduri PIHAK lelaki.. nasib duit kenduri & mas kawin tak ilang.. "doa semoga POLIS dapat tangkap pencuri tu!" Nak cerita pasal jem teruk ni.. Kami dah cuba guna alternatif jalan lama melalui kuala langsar, kemudian masuk balik highway dari GOPENG... Perut plak lapa, penat.. Berhenti pun sebab nak terkucil.. Berhenti dekat tepi highway TAPAH, nak masuk kedalam SESAK BEB... sampai kat simpang BATANG BERJUNTAI, ayah dah tak larat nak memandu.. AKu la kena pandu sampai kerumah.. Tepat jam 12 sampai lah kami...

5 Feb 2011


Kenduri berlangsung dengan meriahnya.. Masing2 in BLUE...

Thursday, February 3, 2011

Di Perak Episod 2

hahaha, ada hati nak letak tajuk camtu.. tapi memang betul lah saya di perak lagi :P
bangun awal pagi tunaikan kewajipan & mandi.. sarapan seperti biasa.. kemudian on9 sekejap..layan citer TV.. petang gi umah MAK DAK, menolong apa yang patut, cousin nak kahwin sabtu ni.. Malam berinai!..Esok nikah.. Aku pun gatai nak pakai inai juga.. Tapi tula, tipah tertipu bang... inai yang saya pakai..INAI itam, huduh sungguh rupanya.. nanti saya upload kemudian.. Depa kata, esok leh hilang..tapi akan meninggalkan kesan taak berapa cantik pada jari.. Argh, kenapa lah dorang tak warning awal2.. huhuh, nasib pakai 3 jari jer.. kalau semua.. mau saya pakai sarung tangan esok.. huhuhu....dah lewat, nak TDO.. En tunang pon bz melayan sedara from sgapore... :( Esok awal pagi nak kena gerak dari rumah MAK YANG... selamat malam!!

Wednesday, February 2, 2011

Di Perak

Rabu : Melarikan diri dari Opis.. heheheh, dah cuba tanya pegawai nak half day.. tapi tiada jawapan yang pasti.. (CABUT)... Balik SIAP2 tuk balik ke PERAK.. Pasti akan merindui mu sayang... Tapi tq sbb bagi sya pinjam broadband awak yer :) boleh la saya update keadaan saya kat sini... Hari ni bermalam di rumah mak sedara saya (MAK YANG).. kanak-kanak riang membuli saya..huhuhu, mentang-mentang saya kecik molek, dibuli nya saya /;p Terima kasih untuk semalam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker