CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

NuffNang

Monday, February 20, 2012

Perut dah ketara kelihatan

Sekarang dah masuk 5 bulan..

Muka dah TEMBAM, baju dah sendat!

Pegerakan anak Ibu semakin aktif! Ibu gembira dengan perkembangan ini.

Ya ALLAH Ya Tuhanku, semoga anak ku ini berada dalam keadaan baik dan sihat.

23 Feb 2012 ni check up kali ke-5.

Harap berat badan Ibu naik secara normal.

Tak larat dah sekarang, buat kerja sikit dah mengah...



Sweet smile from my baby :)



Monday, February 13, 2012

Sama-sama bunting pelamin.

Kat seksyen saya dah ada 3 orang yang mengandung. Salah seorang mengandung anak yang ke-3. Sorang lagi ni ha yang bunting pelamin, kahwin bulan 12/2011 dah bunting dah.

Untuk kali pertama macam saya, saya dijadikan rujukan sedikit sebanyak.

Apa yang saya boleh kongsi, saya akan kongsi.

Kalau tak taip je persoalan kat GOOGLE, mesti ada jawapan pelbagai pemasalahan ibu mengandung ni.

Tapi saya akan merujuk banyak aspek & bertanya doktor jika ada kemusykilan.

Jangan percaya 100% maklumat di Internet.

Kawan saya ni hadapi morning sickness, dan rasa mual semasa memberus gigi.

Alhamdulillah saya tidak mengalaminya.

Sekarang ni tengah tunggu masa sesuai untuk saya sekodeng anak saya ni lelaki ke perempuan.

Baju-baju baby pun beli warna safe jer... PUTIH, biru & hijau.

Kalau tengok baju baby perempuan ala TOMEInya lagi-lagi warna PINK & Ungu yang memikat hati.

Dah mula rasa pegerakkan baby dalam perut.

Semoga anak Ibu membesar dengan SIHAT.






Wednesday, February 8, 2012

Cuti Maulidur Rasul & Thaipusam

04 Feb - Menghadiri kenduri rakan PKSN "borhanudin" di Institut   
              Integriti Malaysia, Jalan Duta. Hubby singgah Pasar Basah 
              beli daging kambing dan Ayam buat masak satey ala-ala 
              Gresik


05 Feb - Menghadiri kenduri rakan PKSN "Zuriani" di Dewan  
              Segambut Taman Sejahtera.
             
              Makan besar dengan Family Gombak di Medan Ikan Bakar, 
              Pantai Jeram. Dalam perjalanan, baru terperasan Lampu  
              minyak dah bernyala.. Lalu kat highway LATA dengan   
              tawakal. Mujur sempat sampai dekat petrol pam susur 
              keluar kuala selangor.


06 Feb - Acara mencucuk & membakar satey.
              Kenduri kesyukuran lepas Isyak, sempena kandungan 
              memasuki 4bulan.


07 Feb - Berehat dirumah. Pulang ke Cheras, singgah Jusco Maluri... 
              Membeli barang baby satu dua :). Akhirnya dapat beli Diari 
              Hamil dari Telaga Biru.


08 Feb - Malasnya nak bangun hari ni pergi kerja :P




Monday, January 30, 2012

Minuman berais tidak berbahaya untuk ibu mengandung


S : Kini saya hamil anak kedua. Sejak dari awal kehamilan saya sangat gemar minum air yang berais. Apakah ia boleh memberi kesan buruk kepada diri saya sendiri dan juga bayi dalam kandungan di kemudian hari.

Jaja, Bentong, Pahang



J :
 
Minuman berais sewaktu hamil tidak akan membahayakan ibu dan bayi. Memang benar, ramai wanita ditakutkan dengan mitos bahawa air sejuk dan berais akan menyebabkan bayi besar. Tetapi tumbesaran bayi tidak ada kena mengena dengan suhu air yang diminum oleh ibu.

Jika kita minum minuman yang berais dan sejuk, maka badan kita pun menjadi lebih sejuk! Akibatnya, badan kita akan menggunakan lebih banyak kalori untuk menaikkan semula suhu badan kita ke paras normal. Ini bererti, peningkatan berat badan wanita tadi tidak banyak meningkat.

Oleh itu, jika puan gemar minuman berais, jangan risau. Pastikan puan minum supaya tahap hidrasi sentiasa normal sepanjang kehamilan ini.



sumber: majalah pa&ma




Friday, January 27, 2012

Setakat ini...


3 Pack Carter's Romper from Newborn until 6 months
Lebih Kurang macam ni, tapi Ibu amik kaler selamat without PINK & PURPLE




mittens dan bootees 6 pasang. 


Lebih kurang macam ni juga.



Legging sekali gan stokin baby from newborn until 6 months dalam 12pcs.




Blanket with Hood dalam 3pcs


Macam ni juga, tapi rasa tak puas hati bila tengok gambar Hood... (nak beli lain lah) 


Sehelai baju jenama Pureen (aka baju malam) Kaler Putih


Contoh macam baju sebelah kiri warna putih.


Pelapik getah aka diaper mat.


Tapi bukan jenama ni.. Beli yang biasa-biasa jer.


Bantal kepala + peluk & Tilam Bayi (separate bkn jenama yang sama) 



Nie baru sebahagian, nanti nak membeli lagi :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

iklan nuffnang