Tempat : Dewan Serbaguna Aras 9,
Masa : 900pagi - 415ptg
Cara-cara mengambil ukuran jenazah
Dari ubun kepala hingga hujung ibu jari kaki
Untuk mengikat "Pocong" Dua kali Ukuran Lengan Tangan (bukan pergelangan)
Video Penyediaan Kain Kafan Perempuan
Rasa rugi sebab tak dapat nak rakam dari A-Z (cara penyediaan kain kafan, cara memandikan jenazah, cara membungkus jenazah). Ini jer lah yang sempat sebelum kehabisan bateri handphone.
* Untuk Jenazah berisiko (HIV, hepatitis, TIBI,) kena guna 1/10 air clorox selebihnya air mutlak.
Bancuhan kloroks: 1 botol kloroks dengan ukuran 1 liter dibancuh dengan 9 liter air biasa untuk menjadikan larutan kloroks dengan 1 : 10 (1 bahagian kloroks dibancuh dengan 9 bahagian air)
* Sebaik-baiknya kaum kerabat terdekat & orang yang selayaknya yang menguruskan jenazah bagi mengelakkan keaiban tersebar dari orang yang tidak amanah.
* Tidak menjadi kesalahan untuk mencium jenazah ketika anda sedang tersedu-sedu menangis hingga mengalirkan airmata. Kerna airmata bukanlah najis (cuma kenalah jaga kebersihan & adab)
* Sunat memakai kain kafan putih ( kalau nak pakai kain berwarna ia dibenarkan) tapi tak dapat pahala sunat.
* Semasa kita memandikan jenazah, ROH nya masih bersama tuk melihat siapa yang menguruskannya.
* Jaga Aurat Si Mati.
* Bagi yang mewarnakan rambut, kuku atau bertatu yang menghalang air sampai ke kulit. Jenazah dimandikan seperti biasa & di Tayamum.
* Jangan terkilan sekiranya tidak sempat mengurus jenazah, adalah lebih afdal mendoakan jika tidak berkesempatan. Jenazah perlu diuruskan segera.
* Saat Jenazah meninggal, hendaklah membuka semua pakaiannya agar bau peluh semasa Nazak tadi tidak mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Seluruh badan hendaklah dilitupi kain untuk menjaga auratnya. (Uruskan jenazah sebaik-baiknya)
* Bayi yang kurang dari 6 bulan (dimandikan, dikafan & ditanam). Lebih dari 6 bulan (dimandikan, dikafan, disemayangkan & ditanam). Belum cukup sifat ( gugur/ ...) - urus sebaiknya (kerana tiada syarat untuk itu).
- masih perlu refer buku rujukan, apa yang dikongsi daripada pemberitahuan penceramah.
1 comment:
Dah pernah uruskan jenazah Atuk (nenek), so pelajaran ni amat berguna tuk masa akan datang
Post a Comment