iklan nuffnang

Wednesday, October 5, 2016

Catatan Sydney - Rezeki Bidan Terjun Part 1


Wah Catatan Sydney ko... 
Alhamdulillah dapatlah jejak kaki kat negara kangaroo..
Rezeki suami sebenarnya, mengantikan pegawai yang tak dapat join Training Symantec.

Tiket beli under promo (dapat harga promo time balik je) Total tiket : 1,905.90 Return.
Suami perbelanjaan ditanggung sepenuhnya duit Gomen Hotel, Makan dan Elaun baju Panas. Tapi pakai duit pendahuluan diri Hotel & Makan untuk 6 hari. So nanti kena bayar melalui tuntutan perjalanan.

Penerbangan kami pada 24hb September 2016 Jam 11.45 malam dan mengambil masa 8 jam ke Sydney dijangka sampai pukul 10.00 pagi waktu sana. (cepat dua jam dari Malaysia)



Ok sampai Sydney kena isi borang ni.. kena declare apa yang kita bawa (sila jujur) dengar kastam Australia kawalannya ketat.


Kami tick no 1 & 2 - so kami kena soal sikit kenapa tick no tu..

1- Sebab saya bawa ubat
2- Suami bawa rokok.

Kami dilepaskan terus menuju ke bahagian scan bag bagi memenuhi prosedur.
Alhamdulillah tiada masalah dan tiada Anjing pemeriksa.

 

Sampai Airport, ambil teksi menuju ke Hotel. Kat sini banyak motel, apartment, hotel dan jenis backpakers. Hotel yang kami pilih ada bilik air sendiri. Ada juga yang jenis bilik sahaja, bilik air kongsi. Maklumlah ambil hotel bajet. Hotel pilihan kami 




Sampai je, solat, mandi, siap2 keluar pergi Opera House.. Sebelum tu kitaorang dapatkan kad Opal untuk kegunaan pengangkutan Awam. 


60 Aud satu.. 
Hari Biasa limit guna sehingga 15 Aud, lepas limit semua jadi FREE
Hari Ahad 2.5 Aud. 
Pengangkutan Awam kat sini termasuk Bas, Kereta api (cam KTM dan Monorail - tapi atas jalan) dan Feri..

25 September 2016

Ops kitaorang pergi Paddy's Market dulu, husband tunjuk jalan sebab nanti kena pergi sendiri time dia pergi Training. Paddy's Market dibuka hari Rabu - Ahad jam 10am - 6pm.
Survey mana yang patut dulu..





Dah survey, balik siap2 nak pergi Opera House.

Dah ada kad opal, kita naik train dari CENTRAL station ke Circular Quay untuk ke Opera House. Pilihlah Hotel berdekatan dengan CENTRAL station sebab kita akan menggunakannya selalu. Kalau korang banyak duit bolehlah naik TEKSI or Hirer pemandu peribadi. 

Billboard Timetable train.. Ada 25 Platform untuk dipilih.


CENTRAL STATION lebih kurang KL Sentral. 

Ok dah sampai.. sedih sikit sebab hari hujanlah pulak.. pandang dari kejauhan je lah..


Siap ada pelangi, sampai2 minah2 ni jerit meroyan.. Ok akak dapat kawal perasaan lagi..

So kami decide naik feri pergi Manly Beach, perjalanan mengambil masa 1/2 jam or sejam gitu..

Gambar ada dalam kamera husband.. Sampai kat jeti jalan kaki terus ke pantai.. Omak penat dibuatnya.


Omak pulak silap tak bawa baju sejuk malam tu, so terpaksa pulang awal.. Makan megi jela.. sebab tak search tempat makanan halal lagi.. Nasib baik WIFI hotel Free. :P
Ops kita orang bawa dua bungkus maggi dan dua bungkus biskut Oat Munchy. (Nasib lepas masa kat kastam)

Siang cuaca panas tapi sejuk 22'c Malam boleh cecah sampai 18'c.. akak tak tahan sejuk ada Asma.


Dalam Feri, dia ada 4 pelabuhan untuk feri dan setiap satunya tak sama tempat untuk dituju. Ada timetable juga.


Setiap perhentian ada signboard ni "Plan your trip"

Ok cukup buat hari pertama nanti kita sambung lagi..

Psssst.. Kat sana takde kepala paip dalam Tandas, sila bawa botol kosong untuk isi air dekat sinki... 

Ok bubye!








No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker