iklan nuffnang

Tuesday, February 16, 2016

Sembang petang


Duklah menyembang dengan kawan sat tadi..
bercerita pasal hal dedulu..

Cerita pasal gambar.
Dulu ambil gambar pakai kodak.
Leceh, kalau salah pasang atau masuk angin.
Gambar kenangan tak jadilah nanti..
Kalau cuci gambar dapat gambar dengan negatif yang boleh cuci berulang kali.
Dah dapat mulalah tengok, ada yang blur ada yang separuh..
Dulu-dulu kamera mana ada skrin nak tengok balik gambar yang kita ambil..
REDHA jela kalau kadang tu KODAK atau gambar rosak.

Beli kodak dulu ada jenis-jenis.
Ada kualiti tinggi dan rendah.
Selalu budak sekolah amik kualiti rendah tak cukup duit nak beli yang mahal,
Duit cuci lagi..
Tapi seronok bila dapat tengok gambar yang kita cuci tu.
Macam sekarang simpan dalam HP,Pendrive dalam external.
Print atau cuci tu rasanya jarang dan mungkin takde dah.

 Zaman dulu memang best
Zaman berkumpul waktu petang main kat padang
Masuk hutan (ni budak Kem yang ada air terjun kat belakang blok)
Main chatting kat cyber cafe..
Tapi budak-budak dulu masih ada adab lagi buat blind date takde sampai nak masuk hotel.
setakat keluar makan, kalau tak berkenan tinggal
Hahahaha..

Dulu famous main game ZUMA kat rumah sewa, bergilir-gilir main
sebab kongsi komputer gedabak yang satu-satunya ada kat rumah.
Sape ada laptop dia kira KAYA.
Hp dulu nokia 3310 paling femes, ringtone pun jenuh nak download code
eE.fg.H.L.. jenuh..
Kalau hebat sikit pakai hp butterfly.. dulu NOKIA, Motorola femes

Nak cerita pasal telco dulu femes pakai celcom 
then maxis 
then digi..
Nak call or mesej caj mahal..
Ada tu balas mesej penuh guna sebaiknya (160)
Miscalled cakap sekejap2 pun ada..
"hello"
letak
"sihat"
letak
"dh makan"
letak..
Aduyai

Zaman 80an 90an yang supergh best!





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker