iklan nuffnang

Monday, February 15, 2016

Bila mana kau di Usia 30an


Rasa kau dah banyak belajar erti hidup, itupun kalau life kau tak membosankan..

Zaman kanak-kanak penuh gelak tawa, gaduh sana sini..
Yes, budak zaman sekarang tak merasa semua tu..
Permainan kampung dan bandar ketika dulu.
Sekarang lebih kepada TV, HP, iPad.
Lagi-lagi kau anak Polis duduk dalam KEM.
Best wooo, masuk hutan pergi AT aka Air Terjun.
Walau macamana LIAR pun budak-budak KEM masa tu.
Kitaorang pergi ngaji tak pernah tinggal.
Akak kira dalam status acah-acah LIAR
Setakat balik rumah sampai kul 10 malam dah kira kena marah.
Tapi hakikatnya dulu naik bas,
tunggu bas pun dah berjam mana tak sampai malam rumah kul10 malam.
Kes balik tuisyen petang sabtu ahad, berjalan dulu kat Pasar Seni aka CM
Dulu tuisyen kat Pusat Tuisyen Kasturi dekat dengan LRT pergi KLCC
Panjang langkah sikit merayap ke sanalah jawabnya.

Zaman Remaja, sekolah rendah menengah..
Cintan cintun
Kumpulan itu ini.
Bohsia, Jantan Keparat.
Dulu zaman masih terkawal
Tiada VIRAL
ragging pun biasa-biasa tak de sampai sepak terajang
setakat basuhkan baju senior 
tak pun senior takut junior Hahaha ni lawak!
Itu kalau kau duk asrama, kena ragging .. biasa..
Maslahnya akak sekolah biasa :P
Sekolah biasa pun kau mengganas tak ingat
Bergaduh dengan budak lelaki berpembaris bagai, sampai kena marah dengan Cikgu.
Sorang pakai pembaris kayu sorang pakai besi.. Hah kau agak sape pakai pembaris besi?
Akak lah tu..
Selalu kelepet kawan punya pensel warna, sebab dia bawa yang besar dan banyak LUNA colour.

Zaman menganggur, kena hantar masuk PKSN dua minggu..
Merajuk dengan mak, sebab sesukahati je letak nama.. dahlah wakil cheras sorang2..
Menyendiri akak, pastu berHai hai dengan budak bandar Tun Razak..
Dapatlah kawan,
Join PKSN mula terpaksa jadi suka, sebab dapat ramai kawan.. 
Alhamdulillah masih contact each other,

Zaman masuk Kolej, dapat pulak kat Kedah nun sana.
Kisah pun bermula, wei makan sana murah.
Duit mara cukup belanja sebulan dgn bayar duit sewa rumah api air cukup sangat.
Rumah sewa kongsi reramai tapi ikut kouta bilik 1 bilik 2/3 orang jer.
Memang tak menyusahkan Mak nak beri belanja, Memang pakai duit ehsan Mara jer dapat survive hingga habis sem. Last sem mak yang beria-ria nak masukan duit.
Cintan bertahun dengan EX akhirnya terputus jua bila masing-masing dah pandai pegang duit.

Ok kat sini akak mengaku akak memang ramai dan senang dengan kawan lelaki dari perempuan.
Sebab akak kasar dan lebih suka berborak gan lelaki coz diorang jujur..
Mungkin kes jeles, dan akak nak berubah dari sexy ke hijab..

Zaman FRUST.. ni tak pikir panjang akak main kawan dengan semua 
Sampai akhirnya berkenalan dengan suami (dah kenal lama pun)
Tup tap tup tap Tunang Kahwin.

Memang struggle nak membina Istana Bahagia.
Akak ni jenis orang yang nak keputusan on the spot!
Kadang akak pun sendiri tak faham kehendak akak :p
Sabar je lah suami dengan akak..
Sekarang dah slow down sikit,
Pssst akak ni bukan penyabar orangnya.. 
Tapi tengah belajar bersabar.
Kalau berjanji masa atau apa-apa.. please make me understand!

Kaua dah kurang sabar, marahlah jawabnya.
So kalau akak mula membebel sorang tu jangan ambil port walaupun yang keluar tu akan menyakitkan hati, buat derk je.
Sesi meluah persaaan namanya tu, kadang tu akak diam je.. sebab kalau cakap mulalah nak cenggeng.
Marah tapi bila bercakap air mata nak laju je keluar.. Benci betul!
Cepat marah dan cepat cool..

Dalam Usia sekarang akak dah berjaya, berjaya jadi anak, menantu, isteri dan ibu.

Akak dah ada dua orang anak perempuan yang comel!

Akak dah rasa bersalin normal dan Czer.

Akak dalam proses tunggu rumah siap.

Akak masih menyimpan duit untuk masa depan.

Akak masih suka shopping dan kumpul beg shopping!

Akak tengah survey produk kecantikan luar dan dalam, barang nak pakai lama :P

BE myself!





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker