iklan nuffnang

Tuesday, July 14, 2015

MOODREPUBLIK KLRAYA FEST2015




MOODREPUBLIK KLRAYA FEST2015 yang telah melabuhkan tirainya semalam. Acara bermula 11-13 julai 2015

Saya salah seorang pengunjung pada 11 July 2015.

Serba sikit laporan pada hari kejadian.

Jalan sesak menghala ke pekarang PWTC. Seperti yang diwar-warkan 3000 parking lot disediakan. Ok parking mungkin banyak, tapi hari sabtu orang masih bekerja, mungkin separuh atau suku telah digunakan untuk pekerja parking. Memang tak cukupla, SILA upah RELA atau badan badan berkaitan untuk mengawal aliran keluar masuk ke PWTC bagi melancarkan aliran trafik yang sesak pada waktu kemuncak. SOLUTION naik LRT, ok memang saya naik LRT. Dinasihatkan beli laluan dua hala bagi mengelakan kesesakan membeli tiket/token balik. Huhuhu macam kami beli tiket sehala, ambik kau masa nak balik beratur. Dan dan masa orang kedua nak beli tiket MESIN selenggara pulak, hampeh.. Kesian UNCLE india depan saya termanggu-manggu BERATUR dan tetiba MESIN tak boleh pakai.. KO RASA?! Nasib la ada kawan suami yang beratur kat laluan lain sempat la minta excuse belikan tiket.. Orang yang belakang kawan suami tengok suami kendong sofia tak jadi nak marah sebab potong line.

Tu baru bab LRT, ok jalan juga kaki ke PWTC jauh juga la dengan puasanya. Tapi saya amat berterimah kasih pada suami yang tolong kendong SOFIA dan TOLAK stroller yang dinaiki SYAZA dan angkat turun naik tangga STROLLER tu. NO need abang SADO la.. 

Sampai kat dalam, fuh RAMAINYA orang.. Dah pulak nak kena isi borang bagai pastu nak kena beratur panjang. TIADA panduan untuk pengunjung pertama kali seperti saya. PERLU ISI BORANG dapatkan COP? Dengar siapa tak da COP tak boleh masuk.. Ingat kalau nak goodies beg je beratur, nak shopping terus je la naik.. Nan hado kena beratur juga amik COP dalam laluan nak amik GOODIES juga.. Nasib la beratur tak lama. dapatla FREE gift tudung AJ.. Hubby kata ada makcik gan anak dia ni berkali-kali masuk ambil tudung AJ.. Ok memang ada jalan tikus sikit kat tepi laluan tu.. Saya pun lalu juga masa nak balik tu sebab nak rembat tudung AJ lagi satu.. MAAF yer.
Rasa nya tak perlu kot nak COP bagai, guna STIKER pun dah cukup lekat dan NAMPAK! ni COP macam nak pergi mengundi pulak. Pasal isi borang tu mungkin nak ikut konsep MOTHER expo yang pernah saya pergi, Tapi lain dia punya pengurusan siapa nak, daftar dan dapat goodies bag silakan beratur mana yang rasa taknak boleh terus masuk membeli dan blah. SEPATUTnya MOODREPUBLIK buat gitu bagi mengurangkan orang ramai beratur tanpa perlu tunggu Q nak masuk semata-mata benda remeh cam gini.

Satu hal lagi sila lah ambil seramai mungkin pekerja untuk jadi "tourist guide" jadi penanda kat pintu atau laluan.. Memang la dah ada banner tunjuk EXIT sana sini tapi tak banyak membantu. Jaga mana-mana tempat yang sepatutnya, manalah tau ada orang pengsan dalam tu ada juga kakitangan yang cepat bertindak.Janganlah DOK nak ambik gambar UPDATE bagai jer.

Sila LOCATE brand-brand yang mampu sesak ditempat sepatutnya contoh BELLAMMARA yang kena kecamanan dari pihak PWTC.

Apapun HARGA BERANI MATI para peniaga letak memang TERBAIK. Oklah saya sempat ROUND dua HALL dalam masa 1 jam, walaupun sesak ku redah juga. HAMPEH beli tudung jer hahahaha. Baju nan hado walaupun banyak pilihan tapi trend baju untuk tahun semasa dan tak boleh pergi jauh.. TAK ekonomi. Dan saya kurang minat pakai JUBAH.

Masa akak round dua HALL, husband dan anak-anak duduk luar je. Nasib tak meragam dua budak tu, fuh..

Masa akan datang sila perbaiki pengurusan atau KAMI BOIKOT hahahaha, boikotlah sangat kan?!

GAMBAR? tak sompek la nak ambil.. Buat lambat JER nanti.

beli tudung kat booth AJ gan byFyazara tu jer....









No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker