iklan nuffnang

Thursday, August 28, 2014

Lahirnya sebuah CINTA...




Alhamdulillah pada 25 haribulan Ogos 2014 jam 1.16 pagi lahirnya seorang lagi khalifah ALLAH dimuka bumi ini..


Akhirnya dapat juga ibu syaza melahirkan zuriat kedua secara NORMAL..

huaaaa, sangat menyedihkan hampir menyerah...


Kejadian :

24 haribulan Ogos 2014

Nie kes memujuk suruh keluar..

Pagi Ahad dah mula terasa sakit-sakit perut, boleh tahan lagi..

Hampir masuk tengah hari, pergi bilik air check-check dah keluar tanda darah..

Terus kejut husband bangun siap-siap pergi Hospital.

Masa tu dah terasa sangat contraction 5 minit sekali.

Husband tanya boleh tahan tak? Nak pergi Hospital mana ni?

Saya terus kata HUKM.

Kelam kabut ambil beg, uruskan syaza (pada masa nak pergi tu la nak po po..) 

Dalam kereta menahan sakit..

Sampai pergi kat kaunter, nurse tanya datang sebab dah sakit ker?

Ye la nurse ooooi, pastu dia check tekanan darah nak suruh pergi kencing.. aduyai..

Masa tu dah masuk pukul 1 petang karang berkumandang Azan Zohor.

Check laluan baru 3cm, so kena tahan wad..

Akan check laluan lagi pukul 4jam dari pukul 2 petang...

argh!! sakit makin sakit.. menahan dalam sendu..

Pukul 6 bukaan masih 3cm, akan check lagi pukul 10 malam...

Keluarga cheras datang ambil syaza bawa balik..

Tinggal saya dan husband..

Sampai satu tahap dah tak boleh nak tahan, menangis tersedu-sedu..

Husband boleh melawat sampai jam 7 malam, so dia minta izin balik rumah ambik barang syaza nak hantar ke cheras..

Tinggallah sendirian menanggung sakit,pukul 9.15 malam dah tak tahan sangat minta gas oksigen sebab dah tak tahan sakit... Oh masa menunggu tu dah ada contraction melampau sampai keluar darah banyak..

Nurse buat biasa je kata ooo dah SHOW.

Sambung malam tu dah tak tahan panggil nurse, doktor pun kata okla mari check laluan dulu kalau dah buka lebih 4cm kita tolak labour room kat sana baru kita bagi ubat tahan sakit.
 
Doktor (pelatih) terpaksa bawa guna wheel chair sebab saya dah tak larat nak berjalan, masa turun dari katil pun darah dah menitik-nitik..jatuh seketul kat lantai.

Masa masuk bilik nak check laluan tu dah tak tahan sakit sangat dah meracau sakit..sakit sambil badan mengeletar.. nurse terus tegas, panggil nama dan suruh beristighfar..

Terus sengap gigit bibir.. check laluan doktor kata dah 6 cm..
Suruh call suami, call bagitau kata dah nak masuk labour room suruh datang teman..
Masa tu suami on the way nak pergi cheras hantar barang, jadinya terus ke HUKM.
Tapi tengah duk nak hantar masuk labour room tu boleh plak dia tanya ada bawa inhaler tak?
Katalah kat nurse benda tu ada kat cheras, nurse suruh call husband pergi ambil..
Call balik suami, bagitau.. dah nak otw HUKM terpaksa pergi cheras juga.

Katanya kena juga ada inhaler tu takut-takut terkena asma masa nak bersalin.

Ok masuk labour room, merana lagi nak kena tunggu bukaan 10cm. so 4 jam lagi..

Suami pun dah sampai, masa tu contraction sangat kuat sampai terasa nak berak..
Nurse bagi ubat masuk kat punggung dan suruh berak je kat situ..

Tahan punya tahan minta ubat tahan sakit, mula tu terus kata nak epidural..
Nurse kata banyak procedur lagi pun bukaan dah melebihi 4cm tak boleh nak buat..
Nurse hanya cucuk kat peha, bagi ubat pelali (khayal rasa nak tidur)
Tapi itu pun tak jalan.

Sampai dah pukul satu, dah merengek kat suami suruh panggil nurse sebab rasa dah tak tahan.

Nurse dan doktor masuk tengok, rupanya kepala baby dah nampak..

Yela masa menunggu contraction kuat tu saya dah teran sesangat sampai kejang perut.. walaupun nurse tak bagi teran lagi masa dalam nak menunngu bukaan 10cm tu.. dah tak boleh nak tahan kot, teran je la.. rupanya memang dah sampai masa..

Masa nurse dan doktor suruh teran tu... Teran sungguh-sungguh non stop.. terpaksa curi-curi tarik nafas..

N last plup keluar tergolek.. 

Lega.. pastu kena jahit.. 

Akhirnya I did IT very WELL sampai nurse dan doktor puji cara saya push the baby.
siap tanya ada ambil kelas ke?

Never give up walaupun masa akhir-akhir tu dah nak give up..
suami duk kata.. awak dah bertahan sampai sekarang ni lagi sikit je lagi tahanla..

So bertahanla.. risau sama sekali takut bekas operate terbuka..
Alhamdulillah takda pape.

1.16 pagi.

Masa tu just me yang nak bersalin after that... baru dengar ada suara-suara lain nak masuk bersalin dalam labour room..

So sepenuh perhatian nurse dan doktor kepada saya ketika itu.

Terima kasih saya kepada Nurse dan Doktor (pelatih) HUKM yang sama-sama menyokong dan membantu saya..
 
 
Now berpantang!










2 comments:

- said...

tahniah ina...ayat sulfi mcm sopi je..sampai 1tahap dah rs nak giveup kan..tp bila kluar tu lega ya amat..lupa y dok sakit tu

CikSweety85 said...

Alhamdulillah syukur n tq haiza... 1st time normal b4 this oprate xrasa Sgt..kembar darah plak tu.. apa pun sakit itu penghapus dosa..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker