iklan nuffnang

Wednesday, April 25, 2012

Anak Sheikh Muszaphar, diajar berenang

Anak Sheikh Muszaphar Shukor dan Halina, Sophea Isabella yang lahir pada bulan Julai 2011 yang lalu kini dah makin besar, dah 10 bulan dah usianya. Anaknya kini dah diajar berenang atau menyelam, skuba la katakan. Kalau tengok gambar dibawah, pasti korang akan terkejut juga melihat anak didik untuk berenang awal. Ala biasalah, papa dan mama kan sayang Sophea. Ala tomei2.









Monday, April 23, 2012

Pureen Warehouse SALE on 21-22 April 2012

21 April 2012..

Area jam 8.00 pagi kami berdua baru bersiap-siap dari rumah.

Dalam perjalanan nak ke sana, tetiba saya teringat yang telefon bimbit tertinggal.

Nasib tak jauh lagi dari rumah, patah balik.

Dalam pada tu saya dah bagi tau hubby, duit tak keluar lagi. Hubby kata nanti cucuk kat ATM dekat-dekat sana.

Perjalanan berjalan lancar, tapi malangnya Hubby lupa yang saya buka pemilik akaun MAYBANK tetapi CIMB Bank.. Sudahnya kami sempat lalu depan warehouse tu dan patah balik mencari ATM CIMB berdekatan.

Masa tu  area jam 9.15am, dah ramai orang beratur depan pintu masuk.

Selepas amik duit, kami menuju semula ke sana.. Masa tu dah sesak teruk, jam menunjukkan lagi beberapa minit pintu akan di buka.

Kebetulan ada 1 syarikat ni dengan senang hati memberi orang awam parking kat dalam bangunan dia.

Nasib RM3 per entry. Kena jalan sikit jer dari tempat parking ke warehouse.


Masuk2, saya dan hubby terkejut dengan bilangan manusia yang berada di situ.

Keadaan sangat sesak, kami suami isteri mengambil keputusan untuk kebahagian baju.

Kelihatan ada segelintir manusia NOMAD yang sedang memilih baju. Dalam hati "ui... banyaknya beli baju"

Rupa-rupanya, bila sampai kat tempat bahagian baju.. rak semua kosong. Barulah saya tahu mereka semua, amik dari rak untuk di pilih di tepi-tepi jalan. Mana yang tak berkenan dibiarkan ditepi..

Ada yang takde SIVIK, sampai baju bersepah-sepah..ada yang kena pijak.

Dalam pada masa tu, saya sempat lah cari baju yang orang tinggalkan kat tepi-tepi jalan.

Selesai memilih, kami kebahagian detergent & pampers.

Kaunter bayaran depan sangat sesak, jadi kami amik keputusan membayar semua barang di bahagian belakang tempat bahagian baju.

Terpaksa bersesak-sesak semula.

Mujur kaunter belakang tak sesak macam dibahagian depan.

Habis juga la dalam 400++.

Kedua kami balik dalam kepenatan.


barang-barang yang sempat di beli.



22 April 2012.

Hubby ajak pergi lagi, tapi kali ni kami pergi jam petang..so tak ramai orang.

Cari baju yang semalam tak dapat nak cari (tapi semua warna plain). Pampers & mandian baby.

Habis juga dalam 100 ++

So total kedua-dua hari dalam 500 ++



Moral of the story : Pada yang nak pergi (berkeluarga) janganlah bawak anak (belum baligh) & baby. Kesian dan menyusahkan jer nanti.

Hari pertama : GRAB baju sebanyak mungkin

Hari kedua : Baru grab PAMPERS, detergent dll keperluan.




Friday, April 20, 2012

Mom & Baby Expo 2012 - Mid Valley & Danga City & PISA Mall

Semalam hubby ajak tengok wayang citer Titanic in 3D.

Mula tu pergi Mines Shopping Complex, sebab ingat ada ditayangkan disitu.. Rupanya takde.

So kami ke AEON Cheras Selatan, Okey...ADA jam 09.00malam..

Tengok jam 06.45pm... urm, ajak hubby pusing-pusing dalam AEON bahagian baby.

Kebetulan 21-22 April 2012 ada jualan PUREEN kat SUMMIT COMPANY, so saya sibuk tunjuk barang-barang yang hubby perlu cari masa jualan gudang tu nanti.

Solat Maghrib kemudian makan kat BISTRO. Sebelum tu sempat singgah kedai majalah, nak cari Pa&Ma.

Tetiba nampak majalalah Mami Baby.




Saya link jer lah laman blog nie untuk keterangan lanjut Expo Mom  & Baby 2012.

So mana-mana yang terkeciwa masa Expo 3rd maternity Mid Valley hari tu boleh tanda kalendar sekarang.

Saya dah tak pergi kot semua barang dah saya dapatkan.

Tapi kalau takde pape nak buat hujung minggu, mungkin akan singgah.

Selamat bershopping!

Wednesday, April 18, 2012

Today Check Up : 30weeks

Pagi dalam jam 07.15am dah sampai kat klinik kesihatan putrajaya presint 3.

Urm... takda orang lagi, mungkin terlalu awal saya datang.

Jam menunjukkan 07.25am, "eh, takda orang lagi..nurse pun tak nampak" mula rasa janggal.

Kebetulan ada sorang ibu mengandung datang, kami sama-sama hairan.. Selalu waktu-waktu macam ni orang dah ramai kelihatan, ini cuma kami berdua.

Jam 07.45am baru nampak kelibat nurse dan ibu2 yang lain. Okey, tak risau dah.

Hari ni dapat no giliran 3003.  Hubby kata jangan rushing sebab dia amik lewat skit hari ni sebab ada latihan fitness (sukan zon nanti).

Dah beratur awal pulak amik no giliran.. Takpe la..

Proses macam biasa, hari ni tak perlu amik HB.. Terus pergi buat urine test.

Jerk!pakai cup lutsinar, sebelum ni tabung air kencing.. kena hati-hati sebab takda penutup.

Okey selesai....tunggu untuk jumpa nurse.

Sanggup tak sarapan sebab nak timbang berat nanti, kalau boleh taknak kena minum air gula. (kes berat badan naik melampau)

Alhamdulillah walaupun berat 61.3kg sebelum ni check up 59.6kg.. (dalam masa seminggu boleh naik 1kg jer) beza dalam 700g..

Mujur nurse kata "urm boleh lah berat tak nak sangat".. dalam hati gumbira sebab tak perlu buat ujian MGTT.

Ukuran rahim 30/31cm,
Tekanan darah 109/66  Normal
Jantung janin 147/min Normal

Semua ok, so tak refer doktor. Tengok jam 08.50am "dah abis" next check up on 02 May 2012.

"nak tunggu hubby ke tak?" berkira-kira..

"pergi alamanda la, renew lesen" panjang langkah tahan bas dan ke alamanda.

Tapi pos ofis buka pukul 10.00am, jam baru 09.15am.

Tunggu je la, nak dekat jam 10.00am saya dah beratur, ok dapat la no giliran pertama.

Selesai dan berjalan pulang ke ofis..  Bukan jauh pun dari alamanda ke parcel E.

Sampai ofis dalam 10.30am, hubby call.

Kenapa tak tunggu dia, beritahu reason and settel..

Hari ni ibu banyak berjalan, mudah-mudahan senang nak beranak.

Apapun ibu syukur baby sihat :)



Sunday, April 8, 2012

Aktiviti Hujung Minggu

Aktiviti bermula jam 9.00am.

Asingkan warna baju.

4 Peringkat : Warna Putih, Warna Warni, Stoking & Tuala.




Aktiviti merendam, membilas, menyidai berakhir jam 12.00pm..

Alhamdulillah cuaca agak baik.

Esok baru nak melipat.







Tangan Lenguh memerah baju.

Sempat ke OneBabyWorld yang terletak di Bandar Sri Permaisuri, dan beli breastpump.

Nasib, kebetulan promosi breastpump package habis dalam minggu ni yang sepatutnya dah habis 31 March 2012.

Harga berpatutan, saya pilih jenama Autumnz MARVELSingle Electric Breastpump dengan harga RM409.00 beserta barangan for detail link sini.. OneBabyWorld breastpumps packages  







Function lebih kurang cam medela swing, yang ada function urutan sebelum memerah susu. Janji ado..

Spectra 3, urm sebab berat saya tak pilih.




Tambahan botol susu jenama Tomme Tippe 0m+ 1x260ml 9oz berharga RM 33.90 after diskaun dapat dalam harga RM22.00.  Total perbelanjaan semalam RM431.. in bajet.

Dah boleh buat persiapan :)

Friday, April 6, 2012

Info Pemakanan

Asparagus Baik Untuk Kulit


Sayur ini kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A & C dan niasin. Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit yang berpunca daripada pengumpulan asid yang berlebihan dalam darah tang menyebabkan wujudnya masalah seperti jerawat, ekzema atau dikenali sebagai kudis, asparagus merupakan jawapan yang tepat bagi mereka. Ini kerana kandungan akali yang tinggi dalam asparagus boleh mengatasi masalah kulit.


Seleri Penawar Darah Tinggi





Merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, fosforus, sodium, otsium, karoten, vitamin A, B- Kompleks, C dan magnesium. Seleri juga merupakan penawar untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Selain itu, seleri dapat mengubati keracunan yang berpunca daripada jangkitan bakteria.


Kucai Atasi Keputihan





Kucai mengandungi vitamin B dan C, karoten dan komponen belerang. Ia dapat mengubati penyakit seperti sengugut, keputihan, darah tinggi dan sembelit. Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekaligus menghindarkan pembekuan darah.


sumber dari majalah rapi 01 Jun 2011

Thursday, April 5, 2012

Cerita Pasal Check up kali ke 8

04/04/2012

Pergi check up sendiri, mula berkira-kira tentang parking. Urm nasib tak kena saman sebab letak kat bahu jalan :P

Seawal jam 7.40 pagi dah sampai klinik, mula tu duduk-duduk tunggu no giliran berfungsi. Tiba-tiba datang sorang akak ni beratur dekat depan mesin giliran semua macam kena shock bangun dan beratur sekali.

Malangnya mesin tak berfungsi terpaksa nurse buat no manual.. ok tetap no 0008.

Perut masih kosong, anak ibu sangat aktif.. mungkin suruh bagi makan. Tapi ibu gagahkan diri minum air je, sebab risau kenaikan berat badan (tak nak minum air gula sebenarnya). Ok berat 59.6 kg untuk minggu ke 28. terlebih dalam 300g.

Jam berganti jam dari 08.00 pagi hingga 10.30 pagi baru habis rawatan.

Malunya masa check up ukuran perut... uii sampai pangkal rahim, malu-malu nasib perempuan kalau lelaki saya dah dakwa mencabul sebab nurse tu amik ukuran tu banyak kali. huhuhu.

Hari ni kena amik suntikan ATT kali kedua..

Suntikan HB ok 12.1 walaupun masa nurse cucuk untuk amik darah, darah keluar sikit jer.

Terlupa minta Time Slip :P

Dah habis awal, tak boleh nak balik ofis juga sebab takda parking kena balik waktuk rehat.

Apa lagi ibu mengular, Time Off 7.30 pagi sampai 2.00 petang... ada apahal.

Ibu pergi makan KFC, kira sarapan + lunch sekali. Ibu duduk kat KFC tu dalam 1 jam juga la. Makan perlahan-lahan tunggu dalam pukul 12.30 baru gerak ke ofis.

Nasib ada parking.

Hah, hari ni Ibu balik lambat. Jejalan ke Jusco, & disebabkan hati tak keruan maka ibu sempat menjoli membeli HP baru samsung galayx y.. tu je yang mampu.

Ops! Hubby kata napa tak bagitau dia nak beli HP baru dulu... Urm tiada jawapan.

Moral of the story : Jangan biar Emosi menguasai Anda, nasib baik samsung galayx y kalau edak nak amik samsung lain :P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker