iklan nuffnang

Monday, April 23, 2012

Pureen Warehouse SALE on 21-22 April 2012

21 April 2012..

Area jam 8.00 pagi kami berdua baru bersiap-siap dari rumah.

Dalam perjalanan nak ke sana, tetiba saya teringat yang telefon bimbit tertinggal.

Nasib tak jauh lagi dari rumah, patah balik.

Dalam pada tu saya dah bagi tau hubby, duit tak keluar lagi. Hubby kata nanti cucuk kat ATM dekat-dekat sana.

Perjalanan berjalan lancar, tapi malangnya Hubby lupa yang saya buka pemilik akaun MAYBANK tetapi CIMB Bank.. Sudahnya kami sempat lalu depan warehouse tu dan patah balik mencari ATM CIMB berdekatan.

Masa tu  area jam 9.15am, dah ramai orang beratur depan pintu masuk.

Selepas amik duit, kami menuju semula ke sana.. Masa tu dah sesak teruk, jam menunjukkan lagi beberapa minit pintu akan di buka.

Kebetulan ada 1 syarikat ni dengan senang hati memberi orang awam parking kat dalam bangunan dia.

Nasib RM3 per entry. Kena jalan sikit jer dari tempat parking ke warehouse.


Masuk2, saya dan hubby terkejut dengan bilangan manusia yang berada di situ.

Keadaan sangat sesak, kami suami isteri mengambil keputusan untuk kebahagian baju.

Kelihatan ada segelintir manusia NOMAD yang sedang memilih baju. Dalam hati "ui... banyaknya beli baju"

Rupa-rupanya, bila sampai kat tempat bahagian baju.. rak semua kosong. Barulah saya tahu mereka semua, amik dari rak untuk di pilih di tepi-tepi jalan. Mana yang tak berkenan dibiarkan ditepi..

Ada yang takde SIVIK, sampai baju bersepah-sepah..ada yang kena pijak.

Dalam pada masa tu, saya sempat lah cari baju yang orang tinggalkan kat tepi-tepi jalan.

Selesai memilih, kami kebahagian detergent & pampers.

Kaunter bayaran depan sangat sesak, jadi kami amik keputusan membayar semua barang di bahagian belakang tempat bahagian baju.

Terpaksa bersesak-sesak semula.

Mujur kaunter belakang tak sesak macam dibahagian depan.

Habis juga la dalam 400++.

Kedua kami balik dalam kepenatan.


barang-barang yang sempat di beli.



22 April 2012.

Hubby ajak pergi lagi, tapi kali ni kami pergi jam petang..so tak ramai orang.

Cari baju yang semalam tak dapat nak cari (tapi semua warna plain). Pampers & mandian baby.

Habis juga dalam 100 ++

So total kedua-dua hari dalam 500 ++



Moral of the story : Pada yang nak pergi (berkeluarga) janganlah bawak anak (belum baligh) & baby. Kesian dan menyusahkan jer nanti.

Hari pertama : GRAB baju sebanyak mungkin

Hari kedua : Baru grab PAMPERS, detergent dll keperluan.




2 comments:

Anonymous said...

Sy pun pegi...Sama la mencari ATM cimb, tp ada dkt2 situ jugak. Parking jer jauh...Geram kan tgk org yg tamak mcm tu amik baju pastu campak tepi. Sy pun beli bantal tu, cuma tilam tak dapat...Jeles tgk awk dpt tue...(sebelah bantal tue tilam ker?)

CikSweety85 said...

Yup, dapat 1 set bantal & tilam.
Hubby mula2 tak bagi membeli (sebab dah ada - tilam & bantal), tapi sebab seronok tengok orang amik, kita pun nak juga. Lagi-lagi dapat 1 set comeel mcm tu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker