iklan nuffnang

Friday, April 6, 2012

Info Pemakanan

Asparagus Baik Untuk Kulit


Sayur ini kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A & C dan niasin. Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit yang berpunca daripada pengumpulan asid yang berlebihan dalam darah tang menyebabkan wujudnya masalah seperti jerawat, ekzema atau dikenali sebagai kudis, asparagus merupakan jawapan yang tepat bagi mereka. Ini kerana kandungan akali yang tinggi dalam asparagus boleh mengatasi masalah kulit.


Seleri Penawar Darah Tinggi





Merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, fosforus, sodium, otsium, karoten, vitamin A, B- Kompleks, C dan magnesium. Seleri juga merupakan penawar untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Selain itu, seleri dapat mengubati keracunan yang berpunca daripada jangkitan bakteria.


Kucai Atasi Keputihan





Kucai mengandungi vitamin B dan C, karoten dan komponen belerang. Ia dapat mengubati penyakit seperti sengugut, keputihan, darah tinggi dan sembelit. Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekaligus menghindarkan pembekuan darah.


sumber dari majalah rapi 01 Jun 2011

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker