iklan nuffnang

Thursday, May 3, 2012

Hujung Bulan April ke Melaka

Hubby ada perlawanan Bola Sepak sempena Hari Sukan AG (JANM) pada 29/4/2012. Tapi kami berdua bertolak awal ke Melaka sambil bercuti.


27/4/2012 Jumaat


Take Time OFF, dari rumah kami bertolak dalam pukul 3pm after my Hubby Solat Jumaat.
Perjalanan mengambil masa 2jam 90km/j. Menyusuri jalan ke Melaka dan memasuki Tol di Simpang Ampat.


Berhenti Makan di Medan Selera Pasar Menggong. Seterusnya ke Tanjung Bidara. Bersiap dari Masjid berdekatan Alor Gajah ke Stadium Hang Jebat bagi perasmian Hari Sukan AG (JANM). Bermula dari jam 9.00malam hingga 11.00malam. Kalau ikutkan kami nak cari Hotel sesampai di Melaka, tapi ada Hamba Allah yang baik hati ingin menumpangkan kami di rumah kakaknya sementara esoknya ke Homestay yang di book oleh kawan Hubby.


28/4/2012 Sabtu


Pagi awal pagi bersiap untuk menyokong pasukan yang bertanding pada hari ini di Stadium tertutup berhampiran Stadium Hang Jebat. (tunjuk muka). 


Selepas itu, kami berdua pergi berjalan-jalan disekitar Bandar Melaka. Hampa, taman mini ditutup untuk penyelengaraan dan akan mula dibuka Mei 2012. Next station kitaorang berjalan menuju ke Bandar Hilir. 


Menaiki Menara Taming Sari dengan harga RM10/person. Kalau takde my kad RM20/person. Selepas meninjau pemandangan dari Menara, kami berjalan menuju ke Dataran Pahlawan seterusnya ke A' Famosa. 


Saya bergambar je kat bawah, tak larat kot nak naik sampai atas. Cuaca di Melaka panas terik, terlupa nak bawa payung. Hubby belikan saya topi, jenuh juga nak memilih sebab banyak pilihan warna dan saiz. Selepas membeli, kami terus ke Jam Besar bergambar 1 2 gambar. Dah bergambar, kami menikmati Cendol & ABC Jam Besar. 


Next stop, ke Muzium Maritim. Ok saya dah penat sangat berjalan dan kebetulan kawan Hubby call ajak minum Coconut Shakes di Taman Ria , Bukit Berendam.
Ok satu masalah nak mencari tempat, mujur jumpa.. tapi kekawan dia dah balik. Ode minum, nice..sedap! Sangat penat, letih & terlalu kenyang air, kami pun pulang ke rumah kawan yang menumpangkan kami.


Ops lupa, homestay dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Nasib kawan yang bagi tumpang tu nak balik esokknya, dapat lah menumpang semalam lagi.
Malam - Keluar beramai-ramai makan ikan bakar di Seri Muara Alai Hj Nasir Ikan Bakar if kalau tak silap.

Makan dalam 14orang dewasa (RM20/person). Makan sampai lebam, walaupun lewat 1jam setengah makanan nak sampai ke meja. Harga termasuk otak-otak & nasi lemak yang dipesan sementara menunggu hidangan utama. Selepas makan, pusing-pusing kawasan Bandar Melaka. 

29/4/2012 Ahad

Hari pertandingan Bola Sepak. Jam 08.00am - 12.00pm. Kesudahan, pasukan Hubby tak layak memasukki pusingan seterusnya. Dapat menginap di Hotel Permaisuri MITC. So balik ke Hotel, tengah kemas2 barang nak check in. Depan mata ternampak Anuar Zain, rasanya dia baru nak check out sebab semalam ada Show dia kat situ. Refer this MITC. Huaaa... tak bergambar pun sebab segan, dengan barang2 & bau dari padang Bola Sepak. Hanya memandang sepi dan berlalu. 

Hotel ni pun kami menumpang juga, kebetulan pegawai yang dapat bilik tu tak datang so kami take over selepas kawan Hubby tidur semalam di situ. Kawan hubby yang mempunyai nice wife & brilliant son's name ADAM.

Berehat sebentar di Hotel, kemudian keluar makan tengah hari dan  ke Jusco. Hubby punya selipar putus, so kena cari selipar baru.. Saya pun nak satu :P

Dari Jusco balik semula ke Hotel, rehat. Malam keluar berjalan, menaiki River Cruise. Next ke Jonker Walk. Tak sempat nak berjalan ke uptown, sebab saya dah penat berjalan. Kaki dah bengkak okey.

Singgah makan di Subaidah berdekatan dengan Hotel. 

30/4/2012 Isnin

Rehat di hotel, dan keluar cari makan tengah hari. Kita orang ke Taman Ria lagi. Kali ni  makan nasi Ayam (untuk saya) & Nasi Kambing (untuk Hubby). After Lunch, kitaorang menuju ke Pantai Klebang. Hubby nak jalan jauh sikit sudahnya ke Tanjung Kling. Kebetulan cari Masjid berdekatan ternampak signboard Makam Hang Tuah. Alang-alang kami singgah menziarah.

Jalan ke Muzium kapal Selam (just tengok body jer, tak dapat nak masuk dalam). Cuaca panas, kitaorang berhenti menikmati ABC & Cendol. Hubby bungkus Chocolate Shakes bawa pulang ke Hotel.

Malam - Jalan nak ke Uptown tapi takde, Jonker Walk pun sama. Hari minggu je kot buka.
Naik eye on Melaka (tak tahu nama sebenar) di Taman Tema Air - Melaka River Pirate Park. Then cari makan malam di Medan Selera belakang kampung Morten.

01/5/2012 Selasa bertolak balik ke Putrajaya. Hubby OT.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker