iklan nuffnang

Monday, May 7, 2012

Awal bulan Mei

Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan 5... Menunggu bulan seterusnya untuk melalui 1 lagi Fasa.


04/05/2012 


Menghubungi Hospital HUKM, bertanyakan tentang tempahan untuk bersalin di sana.


Line HUKM problem so saya hantar pertanyaan melalui emel ke prohukm@ppukm.ukm.my.


Pertanyaan saya di jawab, dan dikehendaki menghubungi Klinik Obstetrik & Ginekologi di talian 03-9145 7000/7001 untuk pertanyaan lanjut.


Bila saya telefon, staff kat situ beritahu saya dah terlewat nak buat tempahan sebab kandungan dah masuk 8 bulan, kalau ikutkan kena tempah masa kandungan 7 bulan sebab proses tempahan akan ambil masa 2 minggu dari tarikh tempah.  Staff disitu mencadangkan saya memohon surat dari tempat saya check up iatu di Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 3 dengan kadar segera. 


Saya telefon Klinik Presint 3 untuk pertanyaan lanjut. "Sila datang dan berjumpa doktor hari isnin nanti"


Bagitau hubby, hubby suruh follow up.. Nanti dia hantar pergi klinik isnin ni.




05/05/2012


Ke Sunway PutraMall  aka The Mall, jualan penghabisan stok barang-barang Adidas (26 April -9 Mei 2012)

Dapat lah sambar  dua tiga barang.

Ingat nak singgah juga Pesta Buku, tapi mengenangkan faktor mengandung. Cepat penat & Sesak, tak jadi singgah.


06/05/2012

Ke Majlis Perkahwinan Jiran Hubby di Dewan berdekatan rumah Hubby.

Kekenyangan, balik melepek macam ular sawa.

Hubby pagi-pagi dah keluar ke Bangi mengikuti Pesta Sukan anjuran MOF dan menyertai perlawanan Futsal. 

Balik- balik, hubby bagitau dia Juara Futsal & tunjukkan Medal yang dia menang. Dapat baju jersi sehelai, nasib tak beli masa jualan semalam. 


07/05/2012

Telefon semula Klinik Presint 3 beritahu saya akan datang untuk mohon surat dari Doktor untuk menempah di Hospital HUKM.






No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker