iklan nuffnang

Thursday, December 22, 2011

Wang Ringgit Malaysia dan Syiling Baru diperkenalkan


Menarik betul warna Not RM Ungu(100), Kuning(20), Merah(10), Hijau(5) & Biru(1)..

Okey dah ada Not RM20.... 



Lembik sampai kena MC

Yup pada 19hb hari tu saya kena muntah-muntah yang teruk sampai semua isi dalam perut keluar balik. Penatnya sampai ke pukul 2 pagi last muntah. Mulanya taknak pergi kerja esoknya, mengenangkan mak tersayang takda siapa nak hantar pergi kerja.. so kerja la juga. Dekat ofis duk melepek jer tak boleh nak buat kerja langsung, makan pun still muntah balik. Kumpulkan tenaga balik dari kerja terus ke klinik kesihatan, dan doktor sahkan saya DEMAM suhu 38'c. Dapat la MC sehari.

Walaupun MC kena hantar mak pergi kerja juga, tapi balik nanti ayah ambil. Duduk rumah memang Tidur sahaja sampai LEBam. Makan pun sekadar nak mengisi perut, memang tak boleh terlewat makan atau terlebih makan. Kalau tak memang MUNTAH lah jawabnya. SEksa sampai nangis-nangis haritu, hubby pulak suruh sabar je.

So far hari ni pergi kerja dengan harapan tak lah kena Muntah macam tu lagi. Hubby pun tak de dalam 4hari ni, ada perlawanan bola kat perlis. Semalam baru pergi hantar dengan Mak & Ayah sekali. Nak driver hantar sendiri risau tak lepas.

Kebetulan nak makan kat luar dengan menantu & family. Tu yang sekali jalan hantar hubby  ke putrajaya naik bas kat sana.


Monday, December 19, 2011

Sepanjang tempoh kehamilan.

Tanda- tanda awal kehamilan yang saya alami;

Rasa KEMALASAN, rasa LETIH, KEKERAPAN buang air kecil, mengalami KETEMBAMAN.

Cuba berteka-teki dengan suami, "saya rasa macam dah pregnant lah". Tapi masa ni suami tak percaya pun, sampai satu saat dia pula mula sakit kepala, nak makan benda masam????

Ok untuk lebih kepastian saya senyap-senyap beli pregnancy test. Aturannya kena buat selepas bangun tidur waktu pagi, air kencing pertama yang keluar dari badan. Ok... tengok ada satu line yang terang muncul kemudian satu line lagi tapi agak kabur. Mula tu rasa frust, "tak kot". Siap dah buang dalam tong sampah.

Tetiba rasa nak baca balik kertas panduan penggunaan, "Jika terdapat dua tanda line timbul dan berkemungkinan salah satu kelihatan kabur ia dianggap positif jika tanda itu tidak hilang selepas 5 minit"

Ok, dah lepas lima minit.. Korek-korek balik dalam plastik sampah.. Masih ada lagi, kejutkan suami sambil tu bagi kertas panduan sekali.

Sedikit hampa, suami masih kurang percaya.. Ok kita buat lagi test selepas seminggu.




Keputusan, tetap sama yang kabur makin terang. Suami suruh confirm dengan doktor pulak. Jadi malam selepas balik kerja siap-siap ke klinik.

Ujian macam biasa Urine Test. Akhirnya terbukti saya hamil :) "sayang saya hamil".. Reaksi suami - bermuka biasa :(

Setakat hari nie, saya cuma mengalami pahit mulut.. Kenalah cari alternatif : Kunyah Chew gum, makan gula-gula, makan asam, kadang tu cicah garam.  Pahit sampai rasa nak muntah :P

Kadang-kadang tak perasan diri ni mengandung ... sibuk buat kerja macam biasa, jalan sana sini. (itu pun kalau perut tak meragam).

Yang pasti penyakit pelupa & malas menerjah diri. 

Sekarang dah masuk 3 bulan, alhamdulillah... tak sabar nak pergi scan :) 



Friday, December 16, 2011

Subhanallah *kekuasaan Allah* :: janin yang hanye 15 minggu boleh hidup..

Wednesday, December 14, 2011

Kekerapan

Sekarang nie dah makin kerap guna menatang ni..





Mungkin tak jaga pemakanan... makan benda-benda sejuk, apa nak buat rasa nak makan & minum benda-benda sejuk. Doktor kata tak pe :P, anyway kena jaga juga untuk kesihatan diri & anak Ibu dalam kandungan,

To my Hubby, IM sorry...





Kamu sembahyang lima waktu tetapi......

Kamu sembahyang lima waktu tetapi......
kamu hanya ingat pada Allah hanya lima waktu itu saja dan pada masa lainnya kamu lupa padaNya.Jika sembahyangmu 10 minit , cuma 10 minit itu saja ingatanmu padaNya.Mungkin dalam 10 minit itu pun kamu ingat selain daripadaNya.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu tidak bersyukur padanya...... .kamu pada dahulunya amat susah.Allah yang memberi rezeki kepadamu , dengan rezeki itu kamu dapat menampung keluargamu , membeli rumah , kereta dan sebagainya.. ....tetapi hatimu masih belum puas ,kamu masih tamakkan harta dunia dan masih anggap dirimu serba kekurangan.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu masih menggunakan perkataan yang kesat kepada teman teman mu , menyakiti hati mereka , menghina keturunan dan bangsa mereka seolah olah keturunan dan bangsa kamu saja yang baik baik sedangkan kamu sendiri tidak tahu tempatmu lagi di mahsyar nanti.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi.....
kamu masih sombong dengan ilmu kamu, dengan amal kamu , dengan ibadah kamu , dengan pandainya kamu berdebat dengan mereka yang tidak sehaluan dengan kamu sedangkan kamu belum tahu adakah Allah sendiri redzo dengan apa yang ada di sisi kamu itu.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu masih menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan musuhmu ,menggunakan wang ringgit atau pun pangkat mu untuk menjatuhkan manusia yang kamu tidak suka.



Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu amat bakhil untuk mengeluarkan wangmu untuk zakat dan sedekah kepada fakir miskin kerana takut wangmu akan habis.



Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu masih menyimpan sifat dengki khianat kepada temanmu yang berjaya dinaikkan pangkat dan gaji kerana mereka berusaha bersungguh sungguh dan kamu hanya bekerja seperti hidup segan , mati tak mahu.



Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu mengabaikan anak isterimu yang kelaparan di rumah kerana kamu rasa kamu raja di dalam rumahtangga dan boleh berbuat sesuka hati kamu.



Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu merungut dan mencaci maki bila kamu ditimpa musibah walaupun kamu tahu sesuatu musibah itu datang daripada Allah.Kepada siapakah kamu rasa kamu mencaci itu? Tidakkah kamu fikirkan?



Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
Kamu menuntut ilmu semata mata untuk berdebat dengan manusia lain ataupun menduga keilmuan mereka yang tidak berilmu dan tidak sehaluan dengan kamu sedangkan tujuan kita menuntut ilmu adalah supaya kita dapat berbuat amal ibadah dengan khusyuk dan tidak melakukan syirik kepada Allah.Allah berfirman di dalam Al Quran yang bermaksud:
 "Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar".

Jika kamu sembahyang 5 waktu tetapi masih melakukan semua perkara di atas , tidakkah kamu berfikir mungkin amal mu itu tidak diterima?

Dan apa beza kamu dengan mereka yang tidak bersembahyang?

Dan juga jangan lupa Allah berfirman yang bermaksud:
"Neraka Wail bagi mereka yang sembahyang, yang mereka itu lalai di dalam sembahyang".

Ini menunjukan betapa beratnya fardu sembahyang kecuali kepada mereka yang beriman dan ikhlas dengan amal ibadahnya.

Please ignore this message!!!!

Baru terima email ni tadi :

Dear Customer,

Greetings from CIMB!

Your online banking will expire soon.

To avoid any interruption to your service, please update your Internet Banking profile by clicking on the secure update my profile link below to continue.

Update my profile.

Sincerely,
CIMB

Kepada


Kepada yang masih SINGLE...

Cinta ibarat kupu-kupu.
Makin kau kejar, makin ia menghindar.
Tapi, bila kaubiarkan ia terbang, ia akan
menghampirimu di saat kau tak menduga.
Cinta mampu membahagiakanmu
tapi sering pula ia menyakiti,
Tapi cinta itu hanya istimewa
apabila kau berikan cinta
kepada seseorang yang layak menerima.
Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN...
Cinta bukannya mencari seseorang yang
"SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang
yang mampu menjadikan dirimu sempurna.


Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL...

Jangan katakan "AKU CINTA PADAMU!"
bila kau tidak benar-benar peduli.
Jangan bicarakan soal perasaan
bila itu tidak benar-benar ada.
Jangan kau sentuh hidup seseorang
bila kau hanya berniat main-main dengannya.
Jangan menatap ke dalam mata seseorang
bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan.
Hal paling kejam yg dilakukan ialah
membuat seseorang jatuh cinta,
sedangkan kau tdk berniat langsung
"UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.


Kepada yang PATAH HATI...

Sakit... luka… hancur.. patah hati...
bertahan selama kau menginginkannya
dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya.
Persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu,
tetapi adalah apa yang boleh diambil dan di hayati
sebagai pengajaran dan hikmahnya.

Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA...
Bagaimana kalau jatuh cinta?
Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus.
Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil.
Cubalah untuk memahami tetapi bukan bermakna
tidak boleh meminta apa2.
Bersedialah untuk terluka dan menderita,
 tetapi jangan simpan semua rasa sakit
jika itu yang benar2 dialami.


Kepada yang ingin MENGUASAI...

Hatimu patah melihat orang yang kau cintai
berbahagia dgn org lain,
tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui
bahawa orang yang kau cintai ternyata
tidak bahagia dengan mu.


Kepada yang takut MENGAKUI...

Cinta menyakitkan bila anda
putuskan hubungan dengan seseorang.
Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang
memutuskan hubungan dengan mu.
Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila
Orang yang kau cintai langsung tidak
mengetahui perasaanmu terhadapnya.




Thursday, December 8, 2011

Cool-Burung Angry Birds Yang Sebenar


1st - Scan kat Poliklinik Bandar Tun Hussien Onn

Kemarin kawan hubby mesej ajak makan Somtam kat Carrefour Bandar Tun Hussien Onn. Tapi disebabkan ada ahli keluarga yang bertandang ke rumah pada hari tersebut, makanan pun dah masak banyak. Hubby bagitau tak dapat nak join.

Keesokannya aka semalam, lepas pulang dari kerja hubby ajak pergi makan Somtam dan pada masa yang sama nak scan baby dalam perut.  Lepas makan, kami pun cari Klinik kat kawasan tu juga. Jumpa Poliklinik An-Nur BTHO.


Mula tu suruh hubby tanya, boleh tak klinik tu buat scan. Sebab sebelum ni ada rujuk klinik lain dia hanya buat scan waktu siang jer. Nasib boleh, tak sabar nak tau keadaan anak Ibu dalam perut nie.

Doktor yang merawat adalah seorang lelaki dan dibantu pembantu perempuan, mula tu rasa tak selesa tapi bila fikir positif "hanya untuk perubatan". So far Doktor tu takda touch-touch perut.

Bila Doktor mula scan, teruja nak tengoh kat screen.

Doktor : "tengok, anak awak tengah melambai-lambai.. tu tangan dia, nampak tak cahaya yang berkedip-kedip tu... tu jantung dia"

Doktor pun mula ukur panjang baby, doktor bagitau anak dalam kandungan kecil sedikit dari jangkaan mingguan.

So far anak Ibu sihat berkembang, doktor suruh datang next month pula nak tengok perkembangan tumbesaran baby..

Untuk scan & gambar charge dikenakan : RM35.00

gambar upload kemudian, semalam sempat upload kat FB jer.






Wednesday, December 7, 2011

Tuesday, December 6, 2011

Percutian ke Bali ( Ep 1)

08 November 2011, hari yang ditunggu oleh kami berdua suami isteri untuk ke Bali.

Percutian yang telah lama dirancang oleh suami sebelum kami mengikat tali pertunangan & berkahwin. 

Selesai mengikat tali pertunangan pada Januari 2011 & menetapkan tarikh perkahwinan pada September 2011 dan kebetulan pada bulan Februari 2011 AirAsia ada buat promotion . Suami pun membuat tempahan tiket ke Bali bermula 8/11/2011 hingga 11/11/2011 untuk percutian 4hari 3malam. 

Ok sambung balik...

Pada 8/11/2011, saya & suami bertolak dari Gombak ke KL Sentral jam7 pagi.. Filght ke Bali kul10.30 pagi. Dari KL Sentral menaiki bas ke LCCT, perjalanan mengambil masa 1jam. Sampai ke Lokasi kami terus menuju ke Kaunter untuk Check In. Sebelum tu checking Beg yang dibawa kat pemeriksaan barang-barang.  Selepas pemeriksaan barang, kami terus ke kaunter untuk Check In Baggage . Selesai Check In kami menuju ke bahagian pemeriksaan Kastam. Selesai semua, baru lah ada masa nak sarapan mujur perut tak meragam waktu pagi tu almaklumlah masa tu tengah mengandung sebulan lebih. 

Nasib penerbangan tak delay, berlepas tepat pada masa yang ditetapkan. 
Perasaan : Teruja untuk kali pertama menaiki kapal terbang. Penerbangan mengambil masa 3 jam dari Terminal LCCT. Cuaca dikhabarkan oleh juruterbang kurang baik berikutan hujan yang melanda kawasan Bali.

Ok dalam flight : Order makan & tidur.

Sampai Bali : Jam 1.30 tengah hari. 


Selamat datang ke bali... Yeay dah sampai bali. Ambil Teksi dan terus ke Hotel yang kami tempah melalui Booking.com. Kami memilih Wina Holiday Villa. 

Sampai kat bilik yang berada ditingkat 3 (huh,penat untuk ibu mengandung naik tangga), kemas-kemas apa yang patut kemudian kami keluar berjalan ke Ulu Watu menaiki kereta Sewa.




                          



Gambar tak banyak untuk dikongsi sebab waktu terhad sebab dah mula nak hujan dan hari pun nak gelap.     (Kawasan ni banyak monyet liar yang suka mengambil barang seperti cermin mata & topi. Pelawat diminta menyimpan barangan tersebut bagi mengelakkan diambil monyet. Mana-mana pelawat yang memakai seluar/skirt pendek diharuskan memakai kain seperti gambarajah di atas) Perjalanan diteruskan ke jimbaran untuk makan malam. Kalau ikutkan candle light dinner romantis kat tepi pantai disebabkan hujan terpaksa duduk kat dalam restoran. Dapat menikmati permandangan dari jauh.


Kami dibawa oleh pemandu ke Restoran ini.


    

   
Makanan yang kitaorang makan sampai nak pecah perut :






Nasib baik habis juga kitaorang makan, kalau tidak membazir.. Mahal kot.


Bil yang kami kena bayar untuk semua ni.



Pergh.. sedap, sampai kembung perut. Balik Hotel tidur dalam kekenyangan...


p.s : Pemandu kereta sewa Muslim, so dia tau mana-mana tempat makan yang HALAL. Susah nak cari makanan yang HALAL kat Bali. Kalau betul-betul HALAL pun diyakini KFC & Mc Donald.

Monday, December 5, 2011

Bagaimana nak hilangkan rasa pahit semasa hamil?

Setakat ni saya masih mencuba dan terus mencuba, tapi tetap rasa pahit dalam erti kata lain tak sedap mulut.

Selalu kalau terdesak saya akan makan garam. Ambil sedikit garam, colek-colek dengan jari.  Itu pun hanya sementara je kesannya. 

Selera makan ada, tapi disebabkan rasa mulut yang kurang selesa.. semua makanan jadi tak sedap.

Nasib ibu hamil :(

Friday, December 2, 2011

Ibu Mengandung yang Pelupa

Lupa Password Blog sendiri sampai kena reset password beberapa kali walaupun dah kerap tukar.

Kes dah makin teruk.

Pagi tadi nak start enjin kereta terperasan lampu jam kereta bernyala, bila tengok papan meter...Oh no,  lampu handbreak & lampu bateri bernyala. Ok try tutup & start enjin... Huhuhu, kereta tak dapat dihidupkan. 

Tengok kereta kat sebelah, dalam hati "hari ni rembat kereta ayah la gamaknya"...

Dari semalam lagi dah tau, kunci tertinggal dalam kereta. Konon, nanti-nanti nak amiik.. Ha..amik ko, tertinggal sampai bateri lemah.

Sekarang : Tubuh Badan Rasa Lemah & dah jadi PEMALAS..




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker