iklan nuffnang

Monday, December 19, 2011

Sepanjang tempoh kehamilan.

Tanda- tanda awal kehamilan yang saya alami;

Rasa KEMALASAN, rasa LETIH, KEKERAPAN buang air kecil, mengalami KETEMBAMAN.

Cuba berteka-teki dengan suami, "saya rasa macam dah pregnant lah". Tapi masa ni suami tak percaya pun, sampai satu saat dia pula mula sakit kepala, nak makan benda masam????

Ok untuk lebih kepastian saya senyap-senyap beli pregnancy test. Aturannya kena buat selepas bangun tidur waktu pagi, air kencing pertama yang keluar dari badan. Ok... tengok ada satu line yang terang muncul kemudian satu line lagi tapi agak kabur. Mula tu rasa frust, "tak kot". Siap dah buang dalam tong sampah.

Tetiba rasa nak baca balik kertas panduan penggunaan, "Jika terdapat dua tanda line timbul dan berkemungkinan salah satu kelihatan kabur ia dianggap positif jika tanda itu tidak hilang selepas 5 minit"

Ok, dah lepas lima minit.. Korek-korek balik dalam plastik sampah.. Masih ada lagi, kejutkan suami sambil tu bagi kertas panduan sekali.

Sedikit hampa, suami masih kurang percaya.. Ok kita buat lagi test selepas seminggu.




Keputusan, tetap sama yang kabur makin terang. Suami suruh confirm dengan doktor pulak. Jadi malam selepas balik kerja siap-siap ke klinik.

Ujian macam biasa Urine Test. Akhirnya terbukti saya hamil :) "sayang saya hamil".. Reaksi suami - bermuka biasa :(

Setakat hari nie, saya cuma mengalami pahit mulut.. Kenalah cari alternatif : Kunyah Chew gum, makan gula-gula, makan asam, kadang tu cicah garam.  Pahit sampai rasa nak muntah :P

Kadang-kadang tak perasan diri ni mengandung ... sibuk buat kerja macam biasa, jalan sana sini. (itu pun kalau perut tak meragam).

Yang pasti penyakit pelupa & malas menerjah diri. 

Sekarang dah masuk 3 bulan, alhamdulillah... tak sabar nak pergi scan :) 



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker