iklan nuffnang

Tuesday, December 6, 2011

Percutian ke Bali ( Ep 1)

08 November 2011, hari yang ditunggu oleh kami berdua suami isteri untuk ke Bali.

Percutian yang telah lama dirancang oleh suami sebelum kami mengikat tali pertunangan & berkahwin. 

Selesai mengikat tali pertunangan pada Januari 2011 & menetapkan tarikh perkahwinan pada September 2011 dan kebetulan pada bulan Februari 2011 AirAsia ada buat promotion . Suami pun membuat tempahan tiket ke Bali bermula 8/11/2011 hingga 11/11/2011 untuk percutian 4hari 3malam. 

Ok sambung balik...

Pada 8/11/2011, saya & suami bertolak dari Gombak ke KL Sentral jam7 pagi.. Filght ke Bali kul10.30 pagi. Dari KL Sentral menaiki bas ke LCCT, perjalanan mengambil masa 1jam. Sampai ke Lokasi kami terus menuju ke Kaunter untuk Check In. Sebelum tu checking Beg yang dibawa kat pemeriksaan barang-barang.  Selepas pemeriksaan barang, kami terus ke kaunter untuk Check In Baggage . Selesai Check In kami menuju ke bahagian pemeriksaan Kastam. Selesai semua, baru lah ada masa nak sarapan mujur perut tak meragam waktu pagi tu almaklumlah masa tu tengah mengandung sebulan lebih. 

Nasib penerbangan tak delay, berlepas tepat pada masa yang ditetapkan. 
Perasaan : Teruja untuk kali pertama menaiki kapal terbang. Penerbangan mengambil masa 3 jam dari Terminal LCCT. Cuaca dikhabarkan oleh juruterbang kurang baik berikutan hujan yang melanda kawasan Bali.

Ok dalam flight : Order makan & tidur.

Sampai Bali : Jam 1.30 tengah hari. 


Selamat datang ke bali... Yeay dah sampai bali. Ambil Teksi dan terus ke Hotel yang kami tempah melalui Booking.com. Kami memilih Wina Holiday Villa. 

Sampai kat bilik yang berada ditingkat 3 (huh,penat untuk ibu mengandung naik tangga), kemas-kemas apa yang patut kemudian kami keluar berjalan ke Ulu Watu menaiki kereta Sewa.




                          



Gambar tak banyak untuk dikongsi sebab waktu terhad sebab dah mula nak hujan dan hari pun nak gelap.     (Kawasan ni banyak monyet liar yang suka mengambil barang seperti cermin mata & topi. Pelawat diminta menyimpan barangan tersebut bagi mengelakkan diambil monyet. Mana-mana pelawat yang memakai seluar/skirt pendek diharuskan memakai kain seperti gambarajah di atas) Perjalanan diteruskan ke jimbaran untuk makan malam. Kalau ikutkan candle light dinner romantis kat tepi pantai disebabkan hujan terpaksa duduk kat dalam restoran. Dapat menikmati permandangan dari jauh.


Kami dibawa oleh pemandu ke Restoran ini.


    

   
Makanan yang kitaorang makan sampai nak pecah perut :






Nasib baik habis juga kitaorang makan, kalau tidak membazir.. Mahal kot.


Bil yang kami kena bayar untuk semua ni.



Pergh.. sedap, sampai kembung perut. Balik Hotel tidur dalam kekenyangan...


p.s : Pemandu kereta sewa Muslim, so dia tau mana-mana tempat makan yang HALAL. Susah nak cari makanan yang HALAL kat Bali. Kalau betul-betul HALAL pun diyakini KFC & Mc Donald.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker