iklan nuffnang

Thursday, September 29, 2011

Wanzero Wan 101#





Sebahagian gambar dari my OP Wanzero Wan 101#

Belanja Kahwin




Baju Sanding kedua belah pihak & Bunga Tangan : SENDIRI


Aksesori : SEWA 


Sewa Dewan : Persediaan 5jam x RM20 = RM100
                        Majlis 8jam x RM70 = RM560
                        Deposit : RM300.00


Total : RM660 without deposit.


Barang - barang hantaran sponsor by En Husbend.


Barang - barang gubahan = SENDIRI & ditanggung sikit oleh keluarga.


Baju Nikah : SENDIRI. 
Makeup Nikah : Sepupu (Free)


OP : Sepupu Rege dikira CUSTOM jer.


Selagi boleh bajet, kita bajet... tapi rasa terover juga membeli.. Anyway semua dah selamat seperti dirancang, walaupun terdapat kekalutan. 







Wednesday, September 28, 2011

Terakhir Syawal

Kami bercadang nak makan dekat Rasamas, Alamanda.


 










p.s : tengok dalam dompet... ada dua helai not merah jer..nak makan lebih, kena bajet... "sayang nak duit belanja?"




Bertudung Vs Tak Bertudung

Agak menarik untuk dikongsi bersama.







Tuesday, September 27, 2011

Penaga Pulau Pinang

23/9/2011 - Balik kerja, berkemas untuk pulang ke rumah di gombak (rumah Mother In Law) sebab esoknya nak bertolak dari sana ke Penang kenduri adik husben.

24/9/2011 - Bertolak dari rumah (gombak) dalam pukul 12 ++ tengah hari. Dua kenderaan bergerak menuju kesana. Saya dan husben menaiki satu kereta, yang lelain naik satu van. Perjalanan memakan masa selama 5jam lebih. Sampai, kami dijamu oleh keluarga pihak perempuan sebelum dihantar ke Homestay. Malamya akad nikah selepas solat isyak, rombongan pengantin lelaki tiba lewat berikutan salah faham (lokasi akad nikah). Selepas akad nikah, acara pembatalan air sembahyang dilakukan dirumah Atok pengantin perempuan. Tiba dirumah dalam pukul 11 ++ malam. Mata dah mula mengantuk, acara masih berlangsung. Ambil keputusan tidur dalam kereta walaupun belum acara kemuncak pembatalan air sembahyang. "nasib husben tak marah". Acara tamat dalam  pukul 12 ++ malam. Balik, bersiap-siap dan tidur. Husben pergi cari kedai makan dengan budak-budak (kawan adik dia) tengok bola.

25/9/2011 - Pengantin bersanding dalam pukul 1 tengah hari, selesai makan-makan & beramah mesra. Kami rombongan pihak lelaki hendak bertolak ke Kuala Lumpur (dalam pukul 3 ++ petang). Saya dan husben, ambil keputusan untuk berjalan-jalan ke Lumut. Sampai dekat lumut dalam pukul 9 malam, sebab bertolak lewat dari penang  pukul 6 petang (husben jumpa kawan). Jejalan sekitar jeti lumut, menikmati permandangan malam dan bergambar sekeping dua.

26/9/2011 - Rancang untuk ke Teluk Intan, sebelum itu singgah ke Teluk Batik ambil sekeping dua gambar. Teluk Intan misi bergambar di Menara Condong kemudian bertolak pulang ke Gombak melalui lebuhraya LATAR. Sempat singgah beli Metarang, mangga madu & kerepek sebelum masuk ke sekinchan. Sampai, berehat kemudian jam 10malam lebih bertolak pulang ke rumah (cheras) bersama husben.

27/9/2011 - Mula bekerja dan keletihan. Mood jiwa kacau (BAUCAR)



Thursday, September 22, 2011

Majlis pihak lelaki

   Lama lagi nak tunggu

Pengantin dah lemau ni..

Inai di jari pun dah makin menghilang...





Wednesday, September 21, 2011

Hanya Kamu








AirAsia Promotion Free Seats


Link : Airasia.com

Booking period : 21 - 25 September 2011
Travel period    : 3 May - 27 October 2011




Tuesday, September 20, 2011

Kini berdua

Bahagia rasa!

Dah ada teman berborak... 

Dah ada bodyguard...

Dah ada teman manja-manja....

Hari ini status : Mula bekerja, letih...

Sunday, September 18, 2011

Dua pengantin pada 17 September 2011



Adik & Abang

Selesai sudah...

Selamat menjadi Isteri kepada Suami saya.

Pada 16 Sept 2011, Masjid Al-Ikhwaniah, berlangsung pada 3.00ptg dalam keadaan hujan dan ribut petir.

Dua kali blackout, namun akhirnya saya SAH menjadi Isteri kepada suami saya dengan sekali Lafaz dan dinikahkan oleh ayah saya sendiri.

Syukur semua berjalan lancar.





Sunday, September 11, 2011

08.09.10.09.2011

08.09.2011 (Khamis) - Perjalan pulang ke terengganu, bertolak dari KL pukul 8.30pagi.. Dalam perjalanan ikut highway baru simpang "Kampung Ajil", tayar PECAH... giler abas! Tersadai tepi highway, mujur ada pertolongan dari peronda MTD... Diorang yang tolong tukarkan tayar spare.. Sampai dalam pukul 2.00 +++ . Pesanan penaja "Pandu Cermat Jiwa Selamat". Penat sesangat sampai-sampai solat, makan + Tidur :P. Malam medeco hantaran.. Hentam ajer la.

09.09.2011 (Jumaat)- Yea, hari yang ditunggu! Tapi Majlis akad nikah malam.. So siang kitaorang singgah Maidin beli KEK dan cari tudung.. Jejalan.. Masa saya dan sedara tengah tunggu PAK SU saya yang entah kemana perginya di depan pintu masuk Maidin, saya perasan ada sorang mamat ni dok usha-usha kami.. siap senyum sokmo, tapi kami tak layan pun.. Time PAK SU kami sampai dan nak ke tempat parking saya pun lalu lah dekat jalan yang dia tengah berdiri tu tiba-tiba  mamat tu boleh kata"Eh, awak ni kenapa sombong sangat.."  

Saya buat tak perasan dan terus lalu sampai berkata dalam hati, memang lah kena sombong, saya ni kan tunangan orang.. Hahaha pakai selekeh pun nak ngorat.. Baju merah sweater biru tudung merah, cuba bayangkan.. hihihih tak rela nak jejalan kat KL macam tu :P. Sedara mara gan adik beradik saya pun pakai trek suit gan baju tshirt bodo jer ...


Waktu malam kemuncak... yea Ini dia.. Saya punya la slumber, duduk dekat gan kaum ADAM, patut kaum Hawa duduk kat belakang.. Giler nak rakam video la konon, tapi kena tegur dengan Ayah dengan PAKSU... huhuh xdapat lah nak rakam abang saya Akad Nikah.. Tapi Giler sekejap 29saat ok.. Ambil juga video walaupun dari jarak jauh. Selesai, Tunggu Kenduri Esok Pulak..

bersambung... dengan gambar sekali

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker