08.09.2011 (Khamis) - Perjalan pulang ke terengganu, bertolak dari KL pukul 8.30pagi.. Dalam perjalanan ikut highway baru simpang "Kampung Ajil", tayar PECAH... giler abas! Tersadai tepi highway, mujur ada pertolongan dari peronda MTD... Diorang yang tolong tukarkan tayar spare.. Sampai dalam pukul 2.00 +++ . Pesanan penaja "Pandu Cermat Jiwa Selamat". Penat sesangat sampai-sampai solat, makan + Tidur :P. Malam medeco hantaran.. Hentam ajer la.
09.09.2011 (Jumaat)- Yea, hari yang ditunggu! Tapi Majlis akad nikah malam.. So siang kitaorang singgah Maidin beli KEK dan cari tudung.. Jejalan.. Masa saya dan sedara tengah tunggu PAK SU saya yang entah kemana perginya di depan pintu masuk Maidin, saya perasan ada sorang mamat ni dok usha-usha kami.. siap senyum sokmo, tapi kami tak layan pun.. Time PAK SU kami sampai dan nak ke tempat parking saya pun lalu lah dekat jalan yang dia tengah berdiri tu tiba-tiba mamat tu boleh kata"Eh, awak ni kenapa sombong sangat.."
Saya buat tak perasan dan terus lalu sampai berkata dalam hati, memang lah kena sombong, saya ni kan tunangan orang.. Hahaha pakai selekeh pun nak ngorat.. Baju merah sweater biru tudung merah, cuba bayangkan.. hihihih tak rela nak jejalan kat KL macam tu :P. Sedara mara gan adik beradik saya pun pakai trek suit gan baju tshirt bodo jer ...
Waktu malam kemuncak... yea Ini dia.. Saya punya la slumber, duduk dekat gan kaum ADAM, patut kaum Hawa duduk kat belakang.. Giler nak rakam video la konon, tapi kena tegur dengan Ayah dengan PAKSU... huhuh xdapat lah nak rakam abang saya Akad Nikah.. Tapi Giler sekejap 29saat ok.. Ambil juga video walaupun dari jarak jauh. Selesai, Tunggu Kenduri Esok Pulak..
bersambung... dengan gambar sekali
bersambung... dengan gambar sekali
1 comment:
kabel telefon hilang tak boleh nak transfer gambar
Post a Comment