iklan nuffnang

Tuesday, September 27, 2011

Penaga Pulau Pinang

23/9/2011 - Balik kerja, berkemas untuk pulang ke rumah di gombak (rumah Mother In Law) sebab esoknya nak bertolak dari sana ke Penang kenduri adik husben.

24/9/2011 - Bertolak dari rumah (gombak) dalam pukul 12 ++ tengah hari. Dua kenderaan bergerak menuju kesana. Saya dan husben menaiki satu kereta, yang lelain naik satu van. Perjalanan memakan masa selama 5jam lebih. Sampai, kami dijamu oleh keluarga pihak perempuan sebelum dihantar ke Homestay. Malamya akad nikah selepas solat isyak, rombongan pengantin lelaki tiba lewat berikutan salah faham (lokasi akad nikah). Selepas akad nikah, acara pembatalan air sembahyang dilakukan dirumah Atok pengantin perempuan. Tiba dirumah dalam pukul 11 ++ malam. Mata dah mula mengantuk, acara masih berlangsung. Ambil keputusan tidur dalam kereta walaupun belum acara kemuncak pembatalan air sembahyang. "nasib husben tak marah". Acara tamat dalam  pukul 12 ++ malam. Balik, bersiap-siap dan tidur. Husben pergi cari kedai makan dengan budak-budak (kawan adik dia) tengok bola.

25/9/2011 - Pengantin bersanding dalam pukul 1 tengah hari, selesai makan-makan & beramah mesra. Kami rombongan pihak lelaki hendak bertolak ke Kuala Lumpur (dalam pukul 3 ++ petang). Saya dan husben, ambil keputusan untuk berjalan-jalan ke Lumut. Sampai dekat lumut dalam pukul 9 malam, sebab bertolak lewat dari penang  pukul 6 petang (husben jumpa kawan). Jejalan sekitar jeti lumut, menikmati permandangan malam dan bergambar sekeping dua.

26/9/2011 - Rancang untuk ke Teluk Intan, sebelum itu singgah ke Teluk Batik ambil sekeping dua gambar. Teluk Intan misi bergambar di Menara Condong kemudian bertolak pulang ke Gombak melalui lebuhraya LATAR. Sempat singgah beli Metarang, mangga madu & kerepek sebelum masuk ke sekinchan. Sampai, berehat kemudian jam 10malam lebih bertolak pulang ke rumah (cheras) bersama husben.

27/9/2011 - Mula bekerja dan keletihan. Mood jiwa kacau (BAUCAR)



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker