iklan nuffnang

Wednesday, August 31, 2011

Gegurl jer!

Pagi Syawal, bersiap .. mandi sunat aidilfitri, makan rendang, makan kuih muih tunjuk, pakai baju warna warni.. Alkisahnya hanya gegurl je beraya pagi tu, boboy bertugas di pagi raya..


Selamat Hari Raya!

Tuesday, August 30, 2011

Salam Aidilfitri!

Yeay Raya!!!!

Alhamdulillah Syukur ke hadrat ILLAHI yang masih memberi saya kesempatan untuk menikmati HIDUP & berhari RAYA...

Agak sedih, sebab AYAH & ABANG bekerja dipagi Syawal.. Tak sempat nak bermaaf-maafan (duit raya, tak do la ni...)

Apapun GEMBIRA sambut raya!

Semalam tidur lewat siapkan gubahan hantaran... Ceh... ada malam raya sibuk-sibuk wat benda cam gitu.. Tapi apa nak buat 2 persandingan untuk kami buat persiapan.

Minggu depan bermula la episod MARATHON... TERENGGANU then KUALA LUMPUR then PENANG then KUALA LUMPUR back...

Tahun ni last beraya status bujang... Hahaha, dah nak kahwin pun saya, macam tak percaya.. sungguh!


Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin!

Gembira-gembira juga, jangan lupa pada Insan yang tak mampu beraya seperti kita! Jaga kesihatan!



Friday, August 26, 2011

TITIAN GANTUNG - NICE VIEW (pnjg gak titian ni)

Awas ya!



Teh Uncang Bahaya Kepada Kita ...cube baca mcm mana nak elakkan


Teh sememangnya telah diakui di beberapa negara dunia sebagai minuman yang berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan. Terdapat banyak jenama teh uncang yang terdapat di pasaran Malaysia. Dan sudah tentulah ia sentiasa menjadi minuman kegemaran semua golongan masyarakat.

Pada awal tahun ini, kita dikhabarkan bahawa teh timbang yang terdapat di pasaran mengandungi bahan pewarna yang berlebihan yang boleh menyebabkan kanser.
Maka terdapatlah cadangan ramai pihak supaya masyarakat bertukar dari teh timbang kepada teh uncang.

Namun, korang harus sedar bahawa teh uncang juga mempunyai kelemahan serta kesan buruk yang tersendiri. Cumanya kita kena berhati-hati ketika menyediakan teh uncang.


Jangan Mencelup Uncang Teh Lebih Dari 3 Minit.

Teh uncang sebaiknya tidak boleh dicelupkan serta 'direndam' terlalu lama.Hal ini disebabkan adanya kandungan klorin dalam uncang kertas teh itu. Fungsinya adalah untuk melindungi kertas uncang tersebut daripada bakteria dan juga berfungsi sebagai pengawet, iaitu teh menjadi lebih tahan lama.Klorin dalam jumlah yang tinggi boleh menyebabkan banyak keburukan dan kesan negatif kepada badan manusia. Antaranya ialah kanser, mandul dan banyak lagi.Jika mencelup uncang teh lebih dari 3 - 5 minit, klorin akan ikut larut dalam teh. Dan banyak khasiat teh yang 'terhilang' akibat kehadiran klorin yang tinggi dalam minuman teh. Agar terhindar dari kesan jangka masa panjang, sebaiknya jangan mencelup uncang teh lebih dari 3 minit.

Wednesday, August 17, 2011

7 sunnah penting

Sumber : isuhangat


Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.
Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Ketujuh: 
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.



Monday, August 15, 2011

Lirik Lagu Pasha Penghujung Cintaku (feat. Adelia)




berakhir sudah pencarian cintaku
jiwa ini tak lagi sepi, hati ini tlah ada yang miliki
tiba diriku di penghujung mencari cinta

diri ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri




aku akan menikahimu, aku akan menjagamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu





tiba diriku di penghujung mencari cinta
hati ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri

aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu (kepadamu)
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu





wooo aku akan menikahimu, oh aku akan menjagamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

nananana nananana nananana nananana
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
seumur hidupmu [4x]









Friday, August 12, 2011

Cara mudah mencari muka surat dalam Al-Quran.

Mari Kita Cuba....!
Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya. Ada 2 benda yang Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah untuk kita semua amalkan. 

Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yang nk kongsikan ni adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas.








Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan--kawan. Sama-sama kita kongsikan kepada kawan-kawan kita, adik--adik kita, famili-famili kita supaya kita sama-sama mendapat pahala...

Dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan juga pahala bagi yang menulisnya. 










Tuesday, August 9, 2011

Kucing Hitam

Seawal jam 6.40 pagi saya sudah pun sampai dipekarang ofis. Bulan puasa ni kena gerak awal sikit dari rumah, balik pula terpaksa berebut-rebut untuk punch card. Ramai yang tukar WP1 (7.30-4.30). Alhamdulillah cuma lewat 10minit dari biasa untuk sampai ke rumah apabila pulang. 

Nak cerita tentang pagi tadi, dah sampai awal mula tu nak tidur dalam bilik surau. Tapi kakak sorang nie dah bawakan buku novel  Cinta Sang Ratu, so teruja nak baca. Tetiba CC saya masuk, muka nampak keletihan maklumlah berulang dari Melaka ke Putrajaya begitulah hari-hari kerjanya. Badan dan penat, CC saya capai bantai dan tidur dalam keadaan terlentang. 


Sedang saya khusyuk membaca Novel bersama kakak ni, kami kedengaran suara CC saya memanggil.. "mengingau barangkali" kami pun teruskan bacaan, sambil tu mata memerhati CC saya memanggil dalam keadaan mata terbuka.. Tetiba kakak tu bersuara "ina cuba kejutkan, lain macam jer tengok". Tanpa berlengah saya pun mengejutkan CC saya dengan menyentuh bahunya perlahan-perlahan sambil memanggil nama CC.

CC bangun seperti orang yang tersedar dari mimpi ngeri. "akak kena tindih dengan kucing hitam besar berbulu" beritahu CC. Kami berdua berpandangan sesama sendiri.. Pelik?!

CC beritahu semasa dia nak tidur tadi dia nampak kucing tu memandang dia di satu sudut, kemudian menghampiri lalu menarik-narik kain. Tetiba dia melompat duduk dibahagian lengan kemudian melompat menindih badan. Ketika itu, CC cuba menjerit meminta pertolongan tapi suara tak dapat nak dikeluarkan. Mujur kami bertindak cepat, selepas saya mengejutkan CC kucing tu melompat lari.. Hanya CC je yang melihat dan mengetahui apa yang terjadi..

Agak seram juga mendengarnya, kejadian dalam bilik surau.. Ish..ish mula risau dah lah selalu datang awal buka ofis pepagi dan lepak tidur sementara menunggu masuk waktu kerja.. Harap-harap ia tidak berlaku lagi...


TRY YOUR NAME IN JAPANESE….


  
  
  
A = ka   B = tu    C = mi   D = te    = ku    F = lu
 
G = ji     = ri     I = ki      = zu     = me  L = ta
 
= rin  = to   O = mo P = no   Q = ke   = shi
 
= ari   = chi   = do   V = ru    W = mei
 
X = na   = fu    Z = zi 

  
  
  
Its fun….. 






Friday, August 5, 2011

Novelis Thriller

Penulis Ramlee Awang Murshid
Terbitan Alaf 21

"Bagaikan Puteri"

Dua Insan bercinta dalam dua peradaban yang berbeza
Si jejaka dari penghujung kurun ke 15
Manakala Si gadis dari Abad 21

Bagaimana mereka bertemu? Ikutilah novel ini sebuah ceritera epik thriller, berbeza dari buku novel cinta yang lain..

"Apabila hujan turun, melimpahlah air dari perbukitan, aliran menujah ke batu, melekuk tanda waktu beralih, seiring nyawa menghanyut usia, sejalan nafas melangkah ke hujung,"







Monday, August 1, 2011

Kelebihan Malam-malam Ramadhan



Malam pertama  
Diampunkan dosa dosa orang yang bersembahyang terawih seperti bayi yang baru dilahirkan.

Malam kedua    
Diampunkan dosa orang yang berterawih dan dosa dosa kedua ibu bapanya


Malam ketiga
Para malaikat di bawah Arasy menyeru umat manusia supaya terus berterawaih pada malam berikutnya, dan memohon supaya diampunkan dosa dosa mereka.


Malam Keempat
Pahala orang yang berterawih sama seperti orang yang membaca kitab kitab Injil, Zabur, Taurat dan Al Quran.


Malam Kelima
Pahala orang yang berterawih sama seperti dia bersembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah, dan Masjidil Aqsa.


Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.


Malam Ketujuh         
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.



Malam Kelapan         
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.




Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.


Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.



Malam kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.


Malam keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.


Malam Ketigabelas 
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.


Malam keempatbelas 
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.


Malam Kelimabelas 
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya


Malam keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.


Malam ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.


Malam kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).


Malam kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.


Malam keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.


Malam keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.


Malam keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.


Malam keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.


Malam keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.


Malam keduapuluh lima 
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.


Malam keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.


Malam keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.


Malam keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.


Malam keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.


Malam ketiga puluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Berpuasalah kamu dengan penuh keimanan dan carilah keredhaan dariNya.. Semoga kamu diberkati dan dilimpahi Nur Cahaya Kasih dariNya. Bulan seribu rahmat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker