iklan nuffnang

Monday, August 1, 2011

Kelebihan Malam-malam Ramadhan



Malam pertama  
Diampunkan dosa dosa orang yang bersembahyang terawih seperti bayi yang baru dilahirkan.

Malam kedua    
Diampunkan dosa orang yang berterawih dan dosa dosa kedua ibu bapanya


Malam ketiga
Para malaikat di bawah Arasy menyeru umat manusia supaya terus berterawaih pada malam berikutnya, dan memohon supaya diampunkan dosa dosa mereka.


Malam Keempat
Pahala orang yang berterawih sama seperti orang yang membaca kitab kitab Injil, Zabur, Taurat dan Al Quran.


Malam Kelima
Pahala orang yang berterawih sama seperti dia bersembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah, dan Masjidil Aqsa.


Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.


Malam Ketujuh         
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.



Malam Kelapan         
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.




Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.


Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.



Malam kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.


Malam keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.


Malam Ketigabelas 
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.


Malam keempatbelas 
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.


Malam Kelimabelas 
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya


Malam keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.


Malam ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.


Malam kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).


Malam kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.


Malam keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.


Malam keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.


Malam keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.


Malam keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.


Malam keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.


Malam keduapuluh lima 
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.


Malam keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.


Malam keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.


Malam keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.


Malam keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.


Malam ketiga puluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Berpuasalah kamu dengan penuh keimanan dan carilah keredhaan dariNya.. Semoga kamu diberkati dan dilimpahi Nur Cahaya Kasih dariNya. Bulan seribu rahmat.

1 comment:

SMK CHALOK MODEL KHAS said...

Jabatan Mufti Terengganu telah mengesahkan bahawa hadis berkaitan adalah hadis palsu. Sila buat rujukan dan ambil perhatian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker