Seawal jam 6.40 pagi saya sudah pun sampai dipekarang ofis. Bulan puasa ni kena gerak awal sikit dari rumah, balik pula terpaksa berebut-rebut untuk punch card. Ramai yang tukar WP1 (7.30-4.30). Alhamdulillah cuma lewat 10minit dari biasa untuk sampai ke rumah apabila pulang.
Nak cerita tentang pagi tadi, dah sampai awal mula tu nak tidur dalam bilik surau. Tapi kakak sorang nie dah bawakan buku novel Cinta Sang Ratu, so teruja nak baca. Tetiba CC saya masuk, muka nampak keletihan maklumlah berulang dari Melaka ke Putrajaya begitulah hari-hari kerjanya. Badan dan penat, CC saya capai bantai dan tidur dalam keadaan terlentang.
Sedang saya khusyuk membaca Novel bersama kakak ni, kami kedengaran suara CC saya memanggil.. "mengingau barangkali" kami pun teruskan bacaan, sambil tu mata memerhati CC saya memanggil dalam keadaan mata terbuka.. Tetiba kakak tu bersuara "ina cuba kejutkan, lain macam jer tengok". Tanpa berlengah saya pun mengejutkan CC saya dengan menyentuh bahunya perlahan-perlahan sambil memanggil nama CC.

CC bangun seperti orang yang tersedar dari mimpi ngeri. "akak kena tindih dengan kucing hitam besar berbulu" beritahu CC. Kami berdua berpandangan sesama sendiri.. Pelik?!
CC beritahu semasa dia nak tidur tadi dia nampak kucing tu memandang dia di satu sudut, kemudian menghampiri lalu menarik-narik kain. Tetiba dia melompat duduk dibahagian lengan kemudian melompat menindih badan. Ketika itu, CC cuba menjerit meminta pertolongan tapi suara tak dapat nak dikeluarkan. Mujur kami bertindak cepat, selepas saya mengejutkan CC kucing tu melompat lari.. Hanya CC je yang melihat dan mengetahui apa yang terjadi..
Agak seram juga mendengarnya, kejadian dalam bilik surau.. Ish..ish mula risau dah lah selalu datang awal buka ofis pepagi dan lepak tidur sementara menunggu masuk waktu kerja.. Harap-harap ia tidak berlaku lagi...
No comments:
Post a Comment