iklan nuffnang

Wednesday, April 27, 2011

40 Kes lelaki xlayak jadi suami

1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama.

2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.

3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.

Cara melupakan dirinya.

1. Anggap dia tidak pernah wujud dalam hidup anda...

2. Tutup Buku! Jangan sesekali bertemu dengannya lagi bila hubungan sudah putus.

3. Jangan hubunginya lagi! Stop! Stop! Stop! Buang semua nombor telefonnya, jangan SMS/KOL bertanya khabar/ bertanya tentangnya pada kawan-kawan yang mengenalinya. Biarkan masa berlalu mengikut takdir. (semua kawan-kawan dia yang saya kenal, saya dah buang dalam senarai friends list)

4. Sibukkan DIRI anda!

5. Lupakan semuanya! Forget ALL things! Belajarlah menjadi orang yang kuat semangat.

6.Jauhi kawan-kawannya! Anda juga perlu jauhi tempat-tempat yang biasa anda pergi bersamanya.

7. Jangan ambil barang-barang. Apa sahaja barangan yang pernah anda berikan padanya, jangan sesekali ambil kerana ia akan mengingati lagi anda kepadanya. Buang sahaja/Jualkan sahaja. Biasa la bila dah berpisah barang-barang dipulangkan semula.

8. Keluar bersama kawan-kawan.. tapi harus berwaspada, jangan keterlaluan mencari hiburan ya! Ingat tuhan sama!

9. Pergi Bersukan! Yup cam berjogging, dalam pada masa yang sama boleh menyihatkan tubuh.

Cara hadapi masa-masa berAir mata ni... Tenang, INGAT semua berlaku ada hikmahnya!


Wednesday, April 20, 2011

Cikgu Ambil Nyawa ( Pendedahan)

Kematian adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee telah menggemparkan Negara. Pembawaan cerita oleh media telah mengejutkan semua pihak termasuk saya yang menjadi mangsa kepada penceritaan media berkenaan isu tersebut. Peristiwa berlaku apabila seorang guru agama sebuah sekolah dikatakan telah mendera seorang pelajar berusia 7 tahun hingga menyebabkan kematian pelajar tersebut. Boleh kita baca bagaimana ‘jahat’nya guru tersebut dengan pendedahan media seperti, "Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu’ dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung” – harian metro- (boleh baca lanjut dengan tajuk, cikgu ambil nyawa )
“Saiful Syazani meninggal dunia selepas tiga hari dilaporkan koma, akibat dibelasah guru yang juga seorang warden di sekolah agama persendirian selepas disyaki mencuri RM7 di asrama sekolah. Dalam kejadian Khamis lalu itu, mangsa diikat kedua-dua tangan pada tingkap dan dibelasah bertalu-talu sebelum dihempas ke dinding hingga menyebabkannya mengalami pendarahan organ dalaman” – JPM Malaysia -
Setelah kita mengikuti kes tersebut melalui media yagn membuat liputan, maka kita telah menghukum dengan rasminya bahawa sungguh jijik dan jahat perbuatan guru tersebut. Namun disana, saya masih curiga akan kisah yang berlaku. Dengan izindan kesempatan yang diberikan Allah, telah menggerakkan hati saya dan pimpinan GAMIS ( Akram dan Nazry ) melawat tempat kejadian dan rumah arwah di Jejawi, Perlis. Kami kesana atas kerja rasmi GAMIS dan berkesempatan menziarahi rumah arwah.

CERITA SEBENAR

RUMITNYA MEMAHAMI HATI NURANI SEORANG WANITA..

Laki talipon,

Yang oii... Abang kat kedai mamak ni... Awak nak pesan apa-apa?

Bini jawab,
Tak mau lah bang, bini awak diet...

Laki pon balik umah, goyang tangan tak beli apa-apa...
Sampai umah, tengok bini tarik muka moncong mcm cencorot Siap majuk-majuk... Lari tido bilik sebelah....


Bila laki query balik,
Kan tadi awak yang tak mau pesan apa-apa yang oiii....


Bini jawab,
Memangla orang kata takmau apa-apa...
Tapi belikan jerla apa-apa....
Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr....

Eh, bini aku ni... Yang mana satu nih?
-----------------------------------------------------------------

Friday, April 15, 2011

Program Bacaan Yasin Anjuran KESKEP

Today! Friday!

Tempat : Dewan Serbaguna Aras 9
Masa : 8.30am - 10.30am

*makanan di sediakan


Pulut Kuning & Mihun Nyum..nyum... save budget saya lagi :)

Seminggu dh bawa bekal bfast & lunch.. Sebab malas nak berjalan :)



1 Hati 1 Tindakan 1 BPSM

Slogan bagi warga BPSM.. so cool masa pelancaran laman web BPSM siap ada tayangan video James Bond datang tuk bagi cip... tayangan bersambung ke Alam Nyata.. memang COOL lah!

Pada 14/4/2011 diadakan perhimpunan bulanan BPSM bil 2/2011 bertempat di Dewan Serbaguna Aras 9 bertema kan "selamatkan bumi kita" warga BPSM disaran memakai pakaian berwarna HIJAU.. wow memang seronok sedondon je warna, SUB pun suka! Tapi tayangan video yang copycat dari internet kurang mendapat penghayatan untuk mengukuhkan tema tersebut..

Part yang paling menarik for the 1st ada choral speaking ... Penangan dialog Hantu Kak Limah Balik Rumah menjadi sangat dengan Tajuk Rakyat Malaysia.. Rasa bangga sebab lancar je, macam dah berpengalaman walaupun baru pertama kali rasanya diperkenalkan dalam perhimpunan bulanan.. Memang kreatif!

Secara overallnya.. OK!


Friday, April 8, 2011

A.P.I

A.P.I- Pelita(Lagu Tema Hooperz)

Verse_1
Tak pernah sesaat daku meragui
apa yang telah daku temui
slama ini,

Verse_2
Tak pernah sesaat daku menyesali,
apa yang telah aku nikmati,
apa ku alami,

slagi hayat di kandung badan,

Korus:
Takkan ku menyerah kalah,
walau mimpi ku musnah,
harapan ku hancur,
sayapku patah,

kan ku pancarkan cahaya,
seperti pelita ke srata dunia,
yang gelap gelita

sehingga hembusan nafas
yang terakhir.

Verse_3
tak pernah sesaat ku mencurigai,
apa yg telah aku kecapi,
stakat ini,

Verse_4
tiba saatnya kan ku tangisi,
pada yang pergi, takkan kembali
Kembali lagi,

ulang Korus.

Bridge:
Slagi jasadku belum terkubur!
Slagi tubuhku, belum ditimpa uzur!
pantang datuk nenek moyangku,
Berundur!

Ulang Korus x 2

Akan Ku Pancar Cahaya Seperti Pelita,
Ke Srata Dunia,
Seperti Cahaya…….

lagu oleh:LoQue
lirik oleh :LoQue
diterbitkan oleh:LoQue/Greg Henderson
A.P.I,sebuah kumpulan terdiri dari: Noh Hujan,Lan Typewritter,Din Homatov Estranged,Imran OBS,AJ Pop Shuvit dan loQue MonoloQue/ Butterfingers.

Hakcipta terpelihara:Pustaka Muzik Pancasona/Penerbitan Pancasona

Thursday, April 7, 2011

Futuwwah Cinta

Ya Allah, kurniakalah perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan.

Demi Cinta Mu Ya Tuhan ku

"Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu."

Anugerah Musibah

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (155) (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. (156) Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayatNya. (157) (Surah Al Baqarah 2: 155-157 )

Bagaimana Telur Tiruan Dicipta..

So Sweet...Bacalah Kalau Ada Masa Free..:)

Aisyah benar-benar keliru dengan sikap kekasihnya. Siang, malam, mesejnya satu pun tidak berbalas. E-mailnya terus lengang seiring dengan waktu yg terus berlalu. Dia sangat tertekan waktu itu. Aisyah memerlukan seseorang untuk menjadi tempat luahan bicaranya, tempat mengadu segala keperitan, tempat berkongsi suka dan duka. Masih segar lagi diingatannya sewaktu dia dan Tariq bersama,kemana sahaja tentu mereka akan berdua. Setiap kali hujung minggu, sudah tentu panggung wayang akan menjadi destinasi utama mereka. Duduk berdua-duaan menjadi perkara yg amat dinantikan olehnya. Namun kini, semua itu hanya tinggal kenangan. Tariq bukan kekasih yg dikenalinya dulu, dia kini tidak lagi bersamanya untuk berkongsi suka dan duka. Janji-janji manis Tariq untuk bersama-sama membina istana berlandaskan syariat seakan-akan terkubur kini. “Kau jantan penipu! Kau pendusta! Aku benci kau!” hari demi hari, hati Aisyah makin kuat menjerit melepaskan kebencian, namun yg berkunjung hanyalah kerinduan terhadap seorang mahluk yg bernama lelaki itu.


Sehinggalah pada suatu hari, Aisyah bertemu dengan seorang gadis di sebuah program motivasi. Pertemuan didalam sebuah majlis yg singkat itu tidak diduganya membuahkan sebuah persahabatan yg berkekalan. Gadis itu amat lembut pekertinya. Auratnya dijaga rapi dan tutur katanya diatur sempurna. Danisya, itulah nama yg diungkapkan gadis itu sewaktu Aisyah menghulur tangan tanda perkenalan. Mulanya Aisyah tidak tertarik untuk mendekati gadis itu, namun kepetahan dan kebijaksanaannya berbicara, akhirnya hati Aisyah tertarik untuk mengenalinya dengan lebih rapat.


Untuk Tatapan Para Suami

Ada aku peduli isteri dan anak-anakku sudah makan atau belum...

Ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak....

Ada aku peduli jika isteriku masih di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur...

Ada aku peduli siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya di dalam bilik aku bersiram....

Ada aku peduli dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku...

Ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami...

Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang ke rumah dengan wajah kusam dan masam....

Ada aku peduli adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku ketika aku hendak kepergian....

Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar.....

Ada aku peduli berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa....

Ada aku peduli bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku...

Ada aku peduli bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku...menjadi ibu anak-anakku...

Ada aku peduli kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata....

Ada aku peduli jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku......dan aku terus nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki....

Tiba-tiba aku MENJADI PEDULI dan MENGAMBIL PEDULI


Apa Hebatnya SOLAT Di AWAL Waktu?

Assalamualaikum wbt. Just nak kongsi bersama dengan anda semua.. sesuatu yang mungkin anda dah tahu atau belum tahu.Ianya adalah tentang SOLAT DI AWAL WAKTU. Nak pinjam masa 5 minit anda semua boleh? terima kasih yeh..:D

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?


Waktu Subuh


Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Wednesday, April 6, 2011

Subscribe ASBN via CIMBclicks



Mula tu saja je buka laman web ASB, then ternampak boleh melabur via Cimbclick & Maybank. Jadi ambil langkah permulaan daftar kemudian selepas beberapa hari baru check APPROVED, kemudian buat transaksi. Pada mulanya hanya buat pelaburan sebanyak RM10.00 sahaja (TEST).

Suatu hari masa pegi masukan duit kat POS ofis hari tu, akak kaunter tanya "cik ada buat pemotongan gaji ke?!" saya dah mula pelik.. "eh takdelah". "tapi kat sini ada kdt RM10.00"..
Hah baru saya teringat tentang hal melabur via Cimbclicks.. So ia nya BERJAYA! So lepas ni kerja dah jadi mudah tak payah kecoh2 nak beratur pegi kaunter lagi.. Boleh transfer kat Cimblicks jer.. Tapi ... bank charge RM 1.00 setiap transaksi. So Leh buat 3 bulan sekali lah kalau gitu :) Jimat tenaga berjalan ke Alamanda & beratur tunggu turn Nombor nak masukkan Duit dalam ASB.

Tuesday, April 5, 2011

Derma Darah

Tadi kawan bagitau, gambar saya ada terselit dalam blog mak engku nie.. Bila tengok, ye la.. bila masa pulak saya bergambar sesama gan mak engku nie ye?! anywei, time ni memang saya ada niat nak menderma darah, tapi disebabkan berat badan tidak mencapai piawaian 45kg & tekanan darah rendah maka berkubur la hasrat hati. (cuba korang teka berat badan saya berapa?!).

Petugas A : berat badan cik tak cukup nak derma darah ni. (Tengok penimbang, tak sampai 45kg)

Saya : eh, tadi pagi sebelum datang kerja saya dah timbang kat rumah.. 45kg encik!

Petugas A : urm... betul?!

Saya : betul encik!

Petugas A: Okey, isi borang kemudian buat pemeriksaan tekanan darah

Dalam hati suka keriangan 1st nak menderma, sebelum nie pun tak dapat nak menderma sebab kes berat badan juga :D

Petugas B : Tekanan darah awak rendah, awak sarapan tak pagi tadi?!

Saya : Dah, saya sarapan nasi lemak!

Petugas B : Maaf yer, cik tak boleh menderma..nanti takut terjejas kesihatan cik.

Saya : Urm... baik lah terima kasih.

Huhuhuh, hampa nya.. Nekad selepas ni nak makan banyak-banyak bagi capai berat badan ideal 48kg.. mampu ker?! Sudahnya tengok jelah ragam orang derma darah...terhasil lah gambar ni, bersebelahan mak engku :D



Saturday, April 2, 2011

TANDA - TANDA LELAKI JATUH CINTA

Pesan Nabi sebelum tidur



Assalamualaikum... Untuk manfa'at bersama........

SEBELUM Tidur
Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara , yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an ,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir ,
3. Sebelum para muslim meredhoi kamu ,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....
"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Bismillaahirrohmaanirrohiim , Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku , maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
Bismillaahirrohmaanirrohiim , Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhoi kamu.
Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan , perbanyaklah bertasbih , bertahmid , bertahlil , bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"
Bismillaahirrohmaanirrohiim , Subhanalloohi Walh amd ulillaahi walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x )

Sekian untuk ingatan kita bersama.
* Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

About Scorpio

Panjang Akal, Pendiam, Pendendam, Gigih, Tekun

Nombor Bertuah : 2, 9, 16, 27, 32, 47

Aroma Keberuntungan : Lada Hitam, Kopi, Kayu Pinus, Bunga Sedap Malam

Planet Yang Mengitari : Mars & Pluto

Bunga Keberuntungan : Tumbuh-Tumbuhan Yg Berduri

Warna Keberuntungan : Merah Tua

Batu Keberuntungan : Batu-Batuan Yang Berwarna Merah Darah

Elemen Keberuntungan : Air

Pasangan Serasi : Taurus Para scorpio merupakan orang yang giat, emosional dan posesif. Mereka suka bekerja keras dan perfeksionis; mereka selalu melihat hidup dari sisi pahitnya. Mereka tidak menyukai kelemahan baik dalam diri mereka sendiri maupun dalam diri orang lain. Mereka sangat dermawan dan penuh kasih dan selalu membela kaum yang lemah. Mereka pandai menyimpan rahsia dan memiliki insting yang kuat. Daya tariknya ada pada tatapan matanya yang dapat menarik orang dengan kekuatan magnetiknya. Scorpio dapat menjadi orang yang setia, namun juga musuh yang berbahaya. Mereka pribadi yang penuh etika dan berpegang teguh pada peraturan yang mereka yakini dalam hidup mereka. Sikapnya yang penolong, setia membuat orang yang mengenalnya merasa beruntung berada di pihaknya. Jika kamu berada di pihak yang berlawanan dengannya, maka ia akan menjadi musuh yang pendendam dan kejam. Sedikit orang yang bisa menyadari kemampuan sejati scorpio karena sikapnya yang pendiam dan rendah hati terhadap apa yang telah mereka capai.Mereka orang yang selalu menepati janjinya dan jarang menarik kembali kata-kata yang telah terucap dari mulut mereka. Mereka pengamat yang cermat dan pandai mengukur situasi. Mereka tidak pernah terlibat dalam situasi tanpa persiapan yang matang, maka dari itu mereka selalu menjadi pesaing yang tangguh. Mereka selalu bersedia menolong yang lemah, penuh informasi dan pandai menjaga rahasia.

Asmara para Scorpio : Scorpio adalah zodiak yang paling perasa. Mereka penuh gairah, setia dan sangat romantis. Mereka tidak akan terlibat dalam suatu hubungan tanpa penyelidikan terlebih dahulu untuk mengetahui apakah pilihannya itu merupakan pribadi yang setia dan jujur. Bila iya, maka ia akan menunjukkan sisi pribadi yang selama ini dia sembunyikan. Mereka sangat pencemburu jika menemukan sesuatu yang dicurigai tanpa alasan yang kuat. Tidak ada yang dapat menyakiti Scorpio kecuali perasaan dicurangi dan dikhianati oleh pasangannya.

Friday, April 1, 2011

Hiburan best untuk ditonton!

1 April 2011
Astro Oasis (saluran 106)
900 malam

1 April 2011
Astro Warna (saluran 132)
1000malam


2 April 2011
Astro Ria (saluran 104)
900malam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker