iklan nuffnang

Wednesday, June 29, 2011

Persoalan Jodohnya Lewat

Ada 6 faktor mengapa masih tidak bertemu jodoh. 

Usaha sudah dibuat tapi mengapa masih ada yang tidak bertemu jodoh? Menurut Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, lambat bertemu jodoh ini mungkin disebabkan: 

Usaha Belum Sempurna 

“Usaha sudah dibuat tapi usaha yang sesuai dengan matlamat yang hendak dicapai itu tidak dilakukan. Usahanya masih belum betul, masih belum sempurna. Kurang ‘munasib’. 

Saya bertanya kepada seorang ulama, ‘Kenapa ustaz, orang ini sudah mandi bunga sampai 99 kalitapi masih tidak bertemu jodoh? Di mana silapnya?’ Dia jawab begini, ‘Mungkin dalam perancangan Allah, usahanya ialah mandi air bunga 101 kali, tapi dia berhenti pada tahap 99 kali.’ Mesejnya ialah, mungkin kita patah semangat di tengah jalan. Jawapannya ialah, cuba dan cuba lagi.

Belum Benar-benar Bersedia 

“Pasangan sudah ada tetapi orang yang hendak mencari jodoh itu belum benar-benar bersedia. Orang yang bersedia adalah orang yang benar-benar merasakan dirinya macam nak jadi suami, macam jadi jadi isteri. 

Satu contoh mudah, orang yang tak ada anak, selepas mengambil anak angkat, dengan izin Allah, mudah mengandung. Sebab bila dia ambil anak angkat, si suami telah menjadi bapa dan si isteri telah menjadi ibu. Jadi telah bersedia untuk dikurniakan anak. 

Begitu juga orang yang hendak berkahwin. Adakah telah benar-benar bersedia untuk menjadi suami atau isteri? Adakah telah bersedia di segi hati, jiwa, fizikal, mental, intelek. Contohnya di segi fizikal, sentiasa menjaga ketrampilan tak kira bila dan di mana.

Tiada Daya Penarik 

“Diri kita macam magnet yang boleh menarik bakal pasangan kita atau sesiapa pun untuk sayang pada kita. Daya tarikan ini berpusat di hati. 

Caranya ialah dengan mengisi hati kita dengan sifat-sifat yang sempurna dan positif. Kalau kita benci pada orang, takut-takut orang yang patut sayang pada kita masih tertahan untuk meminang. Jadi cuba maafkan semua orang. Mudah-mudahan dengan sebab memaafkan semua orang, orang yang bakal jadi tunang akan datang meminang. 

“Kita perlu perbanyakkan istighfar, solat taubat, solat hajat, istikharah, witir dan sebagainya untuk cuci hati kita. Maka hati kita akan jadi magnet untuk menarik orang yang sesuai dengan kita untuk mudah datang, sama ada bakal pasangan atau sesiapa saja. 

Doa Tidak Makbul 

“Kita berdoa untuk mendapatkan jodoh. Allah telah berfirman: “Mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan…” Persoalannya, kenapa masih tidak bertemu jodoh? Salah satu punca doa tidak makbul ialah hati masih kotor, rezeki masih belum berkat, zakat masih belum sempurna dan sebagainya. Hati yang masih kotor bermakna masih benci atau sakit hati pada orang. 

Restu Ibu Bapa Belum Total 

“Jodoh tak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak tidak total. Emak bapak masih rasa tak berapa sedap untuk lepaskan anak. Tanya pada emak, ‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?’ Ada emak yang anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh. Emak mahu anaknya kahwin tapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang besar. 

Banyak kes yang saya jumpa, bila emaknya benar-benar redha, terus dapat jodoh yang baik.

Faktor Metafizikal

“Kadang-kadang tak bertemu jodoh juga disebabkan ada faktor-faktor metafizikal yang susah hendak dijelaskan. 

Contohnya terkena sihir atau gangguan ilmu hitam yang kadang-kadang susah hendak dijelaskan secara saintifik. Tapi ini wujud dan berlaku. Sebab sihir sudah ada sejak zaman jahiliah dulu sampai sekarang. 

Jika ini berlaku, carilah jalan untuk benteng diri kita atau pulihkan diri kita dengan cara-cara yang munasabah untuk mengatasi masalah belum bertemu jodoh.”

SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)



sbs

Health Info
SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)
 

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain. 

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.
Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.....( occupational stress ). 

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian. 

PENCEGAHAN 

1.    Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2.
    Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3.
    Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan  
     bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
4.
    Minta bantuan orang lain. 

Tuesday, June 28, 2011

JS AN AMTA :: Rempah Sup Herba | Superghh Delicious Homemade Herbal

Rempah sup utk smua jenis sup dan masakan, bersih lagi halal utk di jual:

JUALAN TERUS UTK KUANTITI KECIL
Kecil 20g >> RM2.80 ( utk hidangan 4-5org )
Besar 50g >>RM5.00 ( utk hidangan 9-10org )

*PRE ORDER UTK DEALER
>> Harga Dealer : Min 200pkt 20gm | Min 200pkt 50gm

>> harga & cara pembayaran, sila sms / call / pm k....0193830754, 0193300754 (Area PJ & KL) | 019-2080754 ( Area Taiping & Utara )



*NEW PACKAGING COMING SOON!!!.....









Keterangan lanjut klik sini.. JS An Amta

Cara Elak Epal Jadi Lebam?

Rendam dalam air garam untuk seketika...


Serasikah pasangan Anda

Sekadar hiburan semata :)


Lirik Lagu Kisah Dongeng - Stacy

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

... ]

Jimmy Shanley Dah Jadi Bapa!

Pengacara popular, Jimmy Shanley yang baru sahaja menerima kelahiran cahaya mata sulungnya, Zahrah Shanley pada 24 Jun 2011 lalu menganggap kehadiran puterinya itu sebagai satu kebesaran Tuhan yang tidak ternilai buat dirinya.


*Tahniah buat Jimmy, semoga dengan lahirnya zuriat ini dapat menjernihkan hubungan kalian*

Monday, June 27, 2011

Harga setem untuk kad kahwin

Setem Berharga RM0.80sen...

Wow, melampau naik mencanak-canak. Nasib saya survey, ala google jer "harga setem untuk kad kahwin?" keluarlah senarai link. Pick up satu. sayitwise.blogspot & nan-salleh.blogspot.  Harga untuk sampul putih bersih 0.60sen pada sampul yang bercorak dikenakan caj 0.80sen. Ini macam kena senarai list penerima kad, atau lebih mudah guna TAG dalam FB mudah & jimat.

*sekarang tengah buat checklist perbelanjaan

Warnings to all Maybank account Holders


All Maybank Account Holders / Semua Pemegang Akaun Maybank 

All Maybank account holders with ATM cards, please be careful when witfhdrawing money through ATM machine. 

Kepada semua pemegang akaun Maybank, disarankan berhati hati bila membuat pengeluaran wang menggunakan mesin ATM.
 

1. For the first time when you enter the right pin number, a message 'invalid pin number' pops up. 

1. Bila anda menekan no. pin (6 digits), pemberitahuan 'nombor pin salah' terpapar di skrin. 
 

2. Then, when you enter your pin number for the second time, a message 'invalid pin number, please call this number 'xxx-xxxx' pops up. 

2. Bila menekan no. pin kali kedua, pemberitahuan 'nombor pin salah', sila hubungi nombor telefon 'xxx-xxxx' terpapar di skrin
 

3.. If you call this number, you will lose all your money. 

3. Jika anda membuat panggilan, anda akan kehilangan semua wang anda. 


NOTE: If you encounter the above matter, please DO NOT call the number. One of my friends just lost RM70,000 last Sunday and Maybank checked his last transaction was on that day itself even though he did not withdraw any money. Please forward this to your friends. 

Nota: Jika anda menghadapi masalah diatas, and dinasihatkan untuk tidak membuat panggilan tersebut. Pernah berlaku dimana pelanggan tidak membuat pengeluaran tetapi kehilangan semua baki simpanan..
 Sila maklum kepada semua kenalan


Best Regards, 
Normah Zakaria 
Credit Risk Management 
Level 29, East Wing 
Menara Maybank

Friday, June 24, 2011

Flying Book

Cerita zaman budak sekolah..

Satu hari kami satu kelas masuk makmal untuk subjek SAINS, saya ni pun nakal duduk kat depan tapi beborak tak ingat dunia. Nak di jadikan cerita Cikgu Sains (LELAKI) tu naik angin tengok saya dan kawan berceloteh, cikgu tu apa lagi jerit nama kami berdua.

"Fazlina, XXX... keluar dari kelas saya sekarang!"
Kami berdua terkedu, buat-buat terperanjat :P. Bila cikgu tu tengok kami tak berganjak, apa lagi di ambilnya buku kami dua orang.. dicampak keluar. Serius, malu giler time tu. Kami keluar dengan muka sebal, kutip buku yang kena campak tadi dan terus menuju ke SURAU.

Apapun moral of the story : Jangan buat bising dalam kelas sewaktu Cikgu tengah mengajar dan pada Cikgu tu harap berhemat sikit.. Buku adalah ilmu, bukan martabatnya untuk dicampak kalau nyer pun marah.

Wednesday, June 22, 2011

Sibuk sangat?


Dalam suatu mesyuarat antara iblis, syaitan dan jin :
“Kita tidak dapat melarang kaum muslim ke Masjid, Kita tidak dapat melarang mereka membaca Al-Quran dan mencari kebenaran, Bahkan kita tidak dapat melarang mereka mendekatkan diri dengan Tuhan mereka Allah dan nabi mereka Muhammad, semasa mereka melakukan hubungan dengan Allah, maka kekuatan kita akan lumpuh.”
“Oleh sebab itu, biarkanlah mereka pergi ke Masjid. TETAPI CURI WAKTU MEREKA, sehingga Mereka tidak lagi ada masa untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah. Inilah yang akan kita lakukan,” kata iblis.
”Alihkan perhatian mereka dari usaha meningkatkan mendekatkan dirinya kepada Allah dan terus perhatikan kegiatannya sepanjang hari!.
“Bagaimana kami melakukannya?” tanya syaitan dan jin.

Monday, June 20, 2011

Lirik Lagu Penakut – Yuna

Tak semua kau rancang kan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Oh ini tidak adil tidak adil baginya
ini tidak adil tidak adil bagiku
ini tidak adil untuk kau bertanya jika aku mencintaimu juga
tidak adil tidak adil baginya

kau tak penah cuba memahami aku
cinta kau ucap kau tak penah tunjuk
dan bila tiba saat aku kehilangan
beban yang tak penah kau cuba ringankan

Oh ini tidak adil tidak adil baginya
ini tidak adil tidak adil bagiku
ini tidak adil untuk kau bertanya jika aku mencintaimu juga
ini bukan milikku

Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku

Sunday, June 19, 2011

Si Comel


Ni lah anak bakal adik Ipar Cik Leyna, comel kan?! Semalam dah kis2 Aira yang cute nie... Bagus Aira ni, tak meragam pun bila Cik Leyna pangku.. Mula tu risau juga nak dukung, maklumlah baru 6 hari, masih lembut karang salah pegang jadi lain pulak. Anyway Tahniah buat bakal adik Ipar!

Friday, June 17, 2011

HIV test & Talasemia

Alhamdulillah, selesai sudah. Hari ni saya amik TIME off, untuk ke Klinik Kesihatan Dengkil. Ambil En Tunang kat ofis, pergi makan kat Dengkil. En Tunang solat jumaat dekat masjid berdekatan. Jam 2.45pm kitaorang sampai kat klinik. Isi borang, bayar duit pendaftaran kemudian amik Nombor. Tinjauan mendapati hanya 3 orang jer termasuk kami yang buat Hiv Test tu. Nampaknya tak perlu tunggu lama, sebab memang tak ramai orang pun. Sebelum test, dia bagi penerangan tentang HIV & Dr. suggest buat ujian talasemia sekali. 

1. Pergi kaunter, buat pendaftaran.
2. Penjaga kaunter bagi Borang untuk diisi. Kali pertama?, isi borang pendaftran & bayar RM1.


3. Dapatkan Nombor.


4. Tunggu Nombor dipanggil.
5. Masuk Bilik, Doktor bagi penerangan.
6. Bersedia untuk dicucuk!

7. Keputusan amik masa 15minit, buat ujian Talasemia sekali.


8. Lebihan darah dibawa ke makmal.

9. Dapat result, kembali semula ke Bilik..bagi result dekat Doktor.


10. Tunggu dan tunggu.
11. Nombor dipanggil semula.
12. "Cik Leyna punya ok.. cantik!" En Tunang... "ok lah" "Nanti bawa borang nie kat pejabat agama" beritahu Doktor.

En Tunang rasa cam tak best.. jeles lah tu, Doktor puji saya punya Ok & result cantik.  :P 

Selesai satu prosedur.

Thursday, June 16, 2011

Hikmah SUJUD

Sujud legakan sistem pernafasan. Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu
pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t.. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. 
Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t.. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. 


Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:


- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian
  belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dor ong an supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun
   daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan
  kelicinan perjalanan darah yang baik..
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk
menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke 
tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut(convulsions) .
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara    kuat
dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula
 , sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat somb ong , riak, takbur dan sebagainya. 

Dari segi perubatan , kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkanmentality seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukandarah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna..

Wednesday, June 15, 2011

3 Months 1 day remind!

Dup dap dup... Debar jantung, risau dan gelabah.. Waktu dah semakin hampir, yup 3 bulan bukan 1 jangka masa yang panjang.. Pejam Celik, pejam Celik, saya bakal jadi raja sehari pada bulan 9 nie.  Persiapan?

Kad Kahwin (SIAP, tapi sedih sikit sebab Abang buat sendiri-sendiri jer tak berbincang pun.. Tup..Tup, kad dah siap. So tak leh nak komen lebih-lebih)

Baju sanding dan bertandang Tempah ( SIAP)

Hantaran untuk pihak perempuan (Complete)

Hantaran untuk pihak lelaki ( 2 - 3 barang nak kena cari dan beli)

Gubahan hantaran ( Not ready yet, sebab tunggu Mak sedara datang KL decorate kan.. - Hiasan pun tak beli lagi - Anyway dah tau camana nak gubah .. Simple but Nice)

Beg (isian) untuk TETAMU ( masih belum cukup sepenuhnya - masih berfikir)

Katering + Pakej Pelamin ( Settel, semalam dah bincang dan confirm   - cuma sedikit sedih, saya dan pasangan kena sedia sendiri dari hujung rambut hingga hujung kaki, pakej cuma tambah make up jer.. Sebab?! Pakej tu, saya dah tolak kat Abang saya.) Twin Wedding Lor! (bukan adek beradek kembar, Ok!)

Caterer ajak saya pergi testing food kat satu Majlis Perkahwinan yang dia handle pada 9 Julai. So boleh tengok dia deco camana pelamin, make up dan cara layanan tetamu. Dari situ kita boleh watch & learn. Kalau ade yang kurang dari pandangan mata, nanti boleh bincang.

Ops, tang nie yang rasa cuak sangat! Dokumen masih tak ready ape lagi. Tunggu pihak lelaki selesaikan tugasan, minta surat kebenaran nikah luar kawasan. En Tunang pun belum buat test HIV. Busy memanjang. Pasal hal saya booking HIV test hari tu, rasanya tak dapat nak pergi.. kena buat janji temu lain lah nampaknya.


Pesanan ringkas saya, sila buat checklist dan survey. Rajin bertanya. Sekarang kenduri kawen harga mencanak-canak naik, so prepare dari segi kewangan sama. Kalau dulu kita kaki shopping, kena kurangkan. Kena lebih menjaga DIRI. Perbincangan antara pasangan dan keluarga penting untuk melancarkan segala persiapan. 

Surat Akuan Pinjaman/ Pembiayaan Pendidikan Bagi Pegawai Yang Berkhidmat Dalam Sektor Awam

Rahsia sebuah ATM

TANDA-TANDA AWAL KANSER

(1) Kanser pangkal rahim  
- sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.    

(2) Kanser payudara  - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.   


(3) Kanser usus besar  - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.    


(4) Kanser paru-paru  - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.    


(5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.    


(6) Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.    


(7) Kanser ovari  - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.    


8) Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/ pitam, pelupa, perubahan personaliti.    


(9) Kanser prostat  - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.  


(10) Kanser darah (leukimia) - letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).  


(11) Kanser tekak - suara garau/ serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.    



Tuesday, June 14, 2011

Pengumuman Kosongkan Bangunan

11.30 pagi, semua penghuni blok diminta kosongkan bangunan arahan dari pihak berkuasa "BOMBA". Kami semua berpusu-pusu keluar dari pejabat, turun dan berkumpul di kawasan lapang sekitar bangunan. Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa. Saya sekarang tengah pening-pening lalat.

Dimaklumkan 2 kali gegaran terasa.

Pertama area jam 7pagi

Kedua area jam 11pagi

Kalau bergegar kali ketiga.. Minta-minta dapat pelepasan 1/2 day!



Kompleks Parcel E bergegar

Panik! Risau!.. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa.

Blok Kementerian Kesihatan = ramai orang keluar, berkumpul di dataran.

Saya?! Erm berjaga-jaga (still dalam bangunan)


Monday, June 13, 2011

Kisah Dakwah yang memikat hati

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.


Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata

“Ayah! Saya dah bersedia”

Ayahnya terkejut dan berkata
“Bersedia untuk apa?”.

“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah”

“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”

“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”

Ayahnya menambah
“Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”

Dengan merintih anaknya merayu
“Benarkan saya pergi ayah?”

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya
“Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”

“Terima kasih Ayah”

Leggings Ketat Mencemar Maruah Wanita Bertudung



Share Link  Leggings Ketat

Sunday, June 12, 2011

Pantang Larang Pengantin Melayu

Bukan Wajib diikuti, hanya untuk kebaikan pasangan naik pelamin:

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40hari sebelum diijab kabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu dapat mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2. Jangan tidur di rumah orang, takut terkena ilmu. Ia juga adalah untuk menjaga nama baik keluarga.

3. Jangan bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik.

Saturday, June 11, 2011

Friday, June 10, 2011

Angry Birds Chrome

Berhati-hati Dengan Teknologi


1. TELEFON BIMBIT
Seorang wanita kehilangan handbag yang mengandungi handphone,kad kredit,beg duit dan sebagainya. Lima belas minit kemudian dia menelefon suaminya. Suaminya berkata “Abang menerima sms dari awak yang meminta no pin kad bank, dan saya baru sahaja membalasnya”.
Kemudian dia terus ke bank untuk ‘block’ kadnya tetapi terlambat kerana wangnya telah di ‘withdraw’ pencuri tersebut.
Pengajaran dari cerita di atas:
1. Jangan menerangkan hubungan di dalam contact list. Elakkan menggunakan nama Home, Abang Sayang, Honey, Sweetheart, Mak, Abah dan sebagainya.
2. Jika mendapat SMS yang bertanyakan pasal sekuriti, sila confirmkan semula.
3. Lagi jika anda menerima SMS family, kawan-kawan, orang tersayang yang mengajak anda keluar, berjumpa di mana-mana, juga confirmkan semula.
2. GPS

Sekeluarga sedang menonton perlawanan bolasepak di stadium apabila kereta mereka dipecahkan oleh perompak. Di dalam kereta tersebut terdapat GPS, remote pagar rumah, kunci rumah dan sebagainya.
Apabila pencuri tersebut menjumpai rumah mereka, mereka merompak pula rumah mereka dan semua barangan berharga habis dikebas.
Pengajaran dari cerita di atas:
Pencuri tersebut menggunakan GPS untuk mencari rumah mereka. Pencuri tersebut menggunakan remote pagar rumah dan kunci untuk mereka menyamun bersih rumah mereka pula kerana pencuri tersebut tahu mangsa sedang menonton perlawanan bolasepak dan mereka mempunyai banyak masa.
So jika korang menggunakan GPS jangan letakkan alamat ruamah didalamnya. Letakkan alamat yang berdekatan spt stesyen minyak,kedai dan sebagainya. Jadi anda boleh mencari rumah anda (jika perlu) dan pencuri tidak tahu di mana rumah anda.
3. PERBANKAN INTERNET
Seorang yang membayar bil secara online dan mencetaknya kemudian ditinggalkan di atas meja. Pada malam itu, rumahnya dirompak dan perompak tersebut itu tahu dia menggunakan perbankan internet selepas menjumpai salinan pembayaran yang dicetak.
Perompak tersebut telah memaksa mangsa memberitahu password perbankan internet dan membuat money transfer pada malam itu juga.
Pengajaran dari cerita di atas:
Jika anda pengguna perbankan internet yang aktif, salinan pembayaran yang anda cetak hendaklah disimpan dalam fail dan disimpan, jangan bersepah-sepah. Anda boleh juga membuat print screen dan menyimpan di fail microsoft word atau dalam bentuk gambar dengan aplikasi Paint.

sumber : Isu Hangat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker