iklan nuffnang

Sunday, June 12, 2011

Pantang Larang Pengantin Melayu

Bukan Wajib diikuti, hanya untuk kebaikan pasangan naik pelamin:

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40hari sebelum diijab kabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu dapat mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2. Jangan tidur di rumah orang, takut terkena ilmu. Ia juga adalah untuk menjaga nama baik keluarga.

3. Jangan bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik.



4. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelak perut buncit.

5. Elakkan makan ulam yang berbau busuk spt petai & jering.

6. Jangan bercermin terutama selepas Maghrib ke atas bagi mengelak diri dari terkena sihir.

7. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

8. Kaum Lelaki elakkan memakai seluar dalam ketat pada waktu malam & tidur meniarap kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak mengalir.

9. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.

10. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pegantin mempunyai cukup tenaga yang cukup sebagai persiapan.

11. Cukupkan waktu tidur 7-8 jam sehari.

12. Elakkan minum minuman keras & merokok.

13. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk & tidak elok untuk alat kelamin.

14. Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri)

15. Jika sudah nikah gantung tidak boleh bersama.

16. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa pengetahuan orang lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis.

17. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker