iklan nuffnang

Thursday, August 27, 2015

Anak kena CAMPAK


CAMPAK ke rumah OPAH..

SYAZA kena DEMAM campak..

Selasa haritu dah perasan badan dia panas.

Ingat dia nak tidur..

Selalu kalau kepala panas (aka bukan demam) dia orang ni nak tidur.

Pastu nampak bintik merah.

Tak perasan sebab akak pun ada bintik sebab kena gigit nyamuk

Esok hantar si kakak macam biasa ke TASKA.

Dalam pukul 10 pagi penyelia TASKA call suruh ambil

SEBAB dia kena demam campak.

Ambil bawa balik rumah, ambil MYKID terus pergi klinik depan rumah.

Saya pun daftar nama sekali, mana tau boleh dapat MC.

Tak ramai masa daftar tapi tengok pesakit ramai lagi yang tengah tunggu giliran jumpa DOKTOR.

Dapat nombor bilik sama.

Tunggu punya tunggu tetiba nombor saya naik, tapi bilik lain.

Doktor tu pun terkejut, sebab sepatutnya dapatlah sebilik dengan anak.

Ni anak nombor bilik 8 dan saya 4.

Tapi nasib baik juga nombor saya dipanggil, kalau ikut giliran nombor anak mau sampai petang baru panggil sebab doktor check ada 20 orang lagi sebelum nombor anak.

So periksa dua-dua, saya doktor bagi amik gas sebab saya mengadu bila malam je asyik batuk-batuk sampai susah nak bernafas.

Duk lah kol husband nak bagi tau nak hantar si Kakak pergi rumah Opah, alih-alih mesej je la.

PENAT, nak kena pergi ofis balik ambil beg ingat TAK dapat MC masuk kerja balik.

Dah dapat MC ape lagi chow la pergi CHERAS.

Singgah makan dan solat then balik rumah

Tinggal lah SYAZA kat rumah OPAH dan TOK WAN.

Tadi pagi kol tanya si kakak.

Mak kata malam tadi dia meracau-racau, badan panas..

Minta air je..

Tapi dah ok pagi tadi, campaknya dah keluar bertompk-tompok atas kepala.

HOPE sofia tak kena jangkit lah..

Sebab tu terus asingkan KAKAK dan ADIK.

See you on SATURDAY ye kakak..

Miss you and ABI more MISS you cause tidur malam tak dapat lawan dengkur...

Hahahahaha....

2 comments:

cikcoklat a.k.a Haiza said...

cepat sembuh yer syaza..ilham dah kene dah ritu..mujur tak lama n cepat baik

CikSweety85 said...

Thanks auntie haiza..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker