iklan nuffnang

Friday, October 31, 2014

Menggunakan masa yang ADA


Sedia maklum 29hb oktober my husband n syaza fly ke jakarta.. So saya ambil kesempatan dengan menguruskan beberapa perkara.. Mudah sikit dengan meninggalkan sofia dengan opah sambil tu dia boleh belajar minum susu dalam botol..

30hb oktober 

Panggil makcik biah untuk mengurut badan, nasib makcik boleh datang sebab kalau ikutkan dia dah mula sibuk uruskan perkahwinan anak lelakinya.. Ok janji pukul 7 pagi tapi dia datang area jam 8.. Sebab dia ada hal konon nak bagitau melalui wassap tapi tak jumpa sebab saya tukar profile pic..

Ok saya faham.. Mengurut cam biasa,  saya tanya peranakan camna dia bagitau jatuh sikit so dia pesan jangan buat kerja2 berat dan teruskan menyusu.. Makcik bagitau lagi majakani it's the best jamu untuk orang perempuan.. Senang dan cepatkan kecutan rahim.. Ok lepas mengurut pergi hantar kereta kat bengkel sebab kena langgar haritu depan rumah dah lama tak sempat nak buat sebab takda masa..ajak ayah sekali, risau kena ketuk je! Pastu kereta kena tinggal, balik dengan ayah naik motor besar pergi taska tempat adik nak pinjam kereta pergi onebabyworld kat bandar  tasik permaisuri.. Beli spare parts spectra m1 nak buat double pumping.. Balik penat! Esok nak pergi putrajaya pula.

31hb oktober 

Bangun awal pagi bersiap dengan adik terus ke putrajaya first destination JPN ha ni sampai terlajak presint..Jpn kat presint 2 terpergi presint 4..dah selesai buat mykad baru, suruh datang ambil esok (sabtu ahad buka kalau tak silap dengar tadi) kitaorang pergi cimb konon nak closing account tapi terbuka akaun lain huhuhu..then pergi balik rumah jap hantar barang dan ambil surat beranak sofia sebab nak ke tabung haji buka akaun untuk dia.. Sistem parking yang kena berdoa lebih sebabnya kalau full kena tunggu kereta keluar dulu baru boleh masuk.. Selesai melangkah ke alamanda pulak saja jalan-jalan.. Balik penat! 

Esok ingat nak pergi kenduri kahwin makcik biah tukang urut ajak haritu.. 

Sabtu dan ahad, isnin depa dah nak balik..fuh!

Belanja gambar sikit..



Bahagian depan sebelah kiri kemek kena langgar dengan jiran sebelah rumah mak kat cheras.. Tukar baru, cat dan signal..







Ok harini diorang Bertolak dari jakarta ke bandung naik kereta api..

Pergi alamanda tadi beli gelang tangan dan rantai kat vincci.. Saya namakan gelang olimpik  sebab ada emas, perak dan gangsa..


Ok bai nak mandikan sofia.. Daa






No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker