iklan nuffnang

Monday, October 13, 2014

BENTAN dan RENGAT

Bukan bento, tapi bentan.. Nie lah akibatnya kalu lasak sangat.. Sekali kena terus tersungkur.

Kejadian berlaku sabtu 11.10.2014

Bangun pagi rasa perut sakit semacam mencengkam rasa.. Mandi pastu rasa cam tak selesa nak tidur, nak mudahkan tidur minum ubat batuk sikit.. Masa ni sofia dalam jagaan mak dan adik.. Ada nak susukan sofia tapi dia tak mahu dan menangis2. Sesi pujuk memujuk,saya yang tak larat letak kepala dan mula nak tidur..

Sedar tak sedar berapa lama tidur saya dikejutkan dengan panggilan dari husband..waktu ni memang dah tak larat sungguh..karang boo layan kata apa plak, jawab balik dengan mesej yang simple on the dot.

Masa ni teras kaki lenguh sesangat, panggil adik suruh urut kaki. Mak duk tanya sejuk ke sebab tengok saya peluk tubuh.saya tak tahu nak cakap ape mengalir air mata je. Sakit kepala sesangat,mak duk urut2 kaki dan kepala. Pakai sweater dan berselubung.

Husband datang pun xlarat nak welcome tapi masa tu dah kuat sikit tapi masih sakit kepala. Kesian sofia duk mengamuk taknak minum dalam botol. Nak taknak tawakal je susukan.

Bila Google pasal bentan ni saya kemungkinan kena bentan urat, memang menangkap satu badan.

Masuk harini badan dah rasa kuat sikit sakit kepala dah ok selepas beberapa kali tuang minyak cap kapak taruk kat kepala. Cuma tang kaki still rasa menangkap terutama kat bahagian lutut aka lemah lutut.

Rengat? Saya tak pasti tapi sakit perut ni macam kena sengugut ke sebab masuk angin..

Kata orang kalau kena bentan hari yang ke 20 misalnya hari ke 21 jadi hari pertama semula berpantang..

Betul ke? Saya kena hari ke 48 so kena bermula semula... T_T

So pasni jangan culas kena pantang elok2 


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker