iklan nuffnang

Sunday, September 21, 2014

usia 29 tahun... dua orang puteri


Pada mulanya saya fikir lambat dapat rezeki "anak" sebab aturan haid yang macam biskut sekejap ada sekejap takda..kadang tu dalam dua bulan tak datang,kalau datang pun amik masa lama untuk habis..

Tup..tup rezeki ALLAH bagi awal,time honeymoon bawa janin yang baru nak bercambah dengan keadaan alah mulut makan apa pun rasa pahit..natijahnya setiap masa nak mengunyah gula-gula tak pun makan garam..

So far takda alahan yang teruk untuk kedua-dua anak semasa mengandung.

Untuk anak yang pertama lahirkan secara ceaser, Alhamdulillah untuk anak kedua dapat lahirkan secara normal.. 
Gap dua tahun..

Pengalaman melahirkan? Untuk yang pertama tak terasa kesakitan sangat sebab amik epidural dan bius separuh sedar  untuk pembedahan..masa ni suami pun tak boleh nak teman..cuma nak menjaga perut yang kena belah tu agak renyah sikit.. 3 jenama pati ikan haruan saya makan dan makan ikan haruan yang dibuat sup.. Hadap je la nak baik kn? Alhamdulillah dan in sya ALLAH luka dalaman discovered..

Berangan untuk anak kedua? Huhu masa tu risau lagi luka dalaman tak baik.. Percaturan yang baik,selepas dapat kuarters kat putrajaya dan dapat pulak dekat dengan klinik kesihatan saya disahkan mengandung kali kedua.. 

Senang pas abis checkup terus balik rumah dengan jalan kaki.. Tak payah nak fikir parking..

Tapi checkup kali ni amik darah kat lengan sebelum ni just kat jari jer.. Perit untuk ditempuh setiap kali checkup sebulan sekali,kalau dapat nurse yang tak pandai cucuk..lebam la alamatnya..

Panjang pulak ceritanya..apapun saya bersyukur dalam usia saya yang nak dekat masuk 3 series  tahun depan saya dah dikurniakan dua orang puteri..

Putera?? Kena usaha lebih sebab gen perempuan terlalu kuat... Tapi macam dah seriau nak mengandung lagi..sebabnya nak tempuh waktu bersalin kalau tak bernasib baik menanggung sakit lama/tak tertahan sakitnya..

Huhuhu kalau yang jenis sakit sengugut pun xboleh nak tahan ni kan pulak sakit sengugut+sakit perut +rasa perut nak meletup menangisla lelaju..

Tapi ALLAH takkan bagi dugaan pada insan yang tak mampu nak hadapinya..

Hari ni baru 28hari berpantang,cepatla baik malas dah nak rasa benang kat bawah tu.."kena gunting sikit" 

Perut pun cepat2la kempis balik xmo buncit..nanti orang ingat ada lagi sorang pulak 

My sweetheart Sofia tengah lena tidur,ibunya bolehla berceloteh panjang skit..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker