iklan nuffnang

Wednesday, March 12, 2014

Perkembangan Syaza..


Alhamdulillah dah nampak ciri-ciri kakak.. :P

Yolah..

Orang selalu tanya?

 "ina Syaza tak meragam ke nak dapat adik ni?"

Jawapan saya.... "Manja terlebih!"

Alkisahnya, kedua-dua kami kena beri perhatian lebih kat Syaza..

Kadang baik nak manja dengan saya, kadang dengan Abinya..

Dah tu nak berdukung dah sekarang kalau nak balik ke rumah, selalu elok je nak berjalan..

Alahai anak ku..

Tapi dia dah faham..

Kalau dah habis minum susu botol saya akan kata..

"syaza letak botol kat dapur"

terkedek-kedek dia pergi dapur.. kadang tu dia nak bermanja di hulur je kat kita..

"syaza jom mandi"

buka baju seluar, dia akan ambil semua tu dan akan masukkan dalam bakul kat tepi bilik air.

Kalau datang peel dia, dia taknak saya yang mandikan dia akan minta tuala dari saya dan pergi kat Abi dia..suruh mandikan alahai anak.

Sekarang ni kalau saya nak mandikan dia, sebelum mandi saya akan peluk dia beberapa kali sambil tepuk-tepuk belakang dia berselang seli kiri kanan.. (dalam keadan mencangkuk ikut ketinggian Syaza)

Bagi dia secure and happy shower!

Bila dah abis mandi, kadang lepas lap.. Pandai taknak kita pakaikan baju, dia minta semua tuala, baju, pamper bagi kat Abi dia suruh pakaikan.

Hari tu curi-curi tengok dia susun botol vick, botol minyak jeslin & nappy cream macam tower.. jatuh dia build balik, lepas tu dia perasan saya curi tengok terus dah tak buat.. alahai anak.

Dah pandai lap  n pakaikan minyak yu yee kat patung bear. (macam kita buat kat dia lepas mandi)

Bab tidur malam.. LENA sepanjang malam, kita pulak duk kacau dia..

Tapi Syaza lambat tidur, pukul 11 malam dan ke atas baru nak tidur...nasiblah Abi dia rajin melayan.. Saya dah hanyut dah dalam pukul 10 ++.

Cuma hal nak bercakap ni kurang sikit.. setakat kata tak nak dan nak tu ada.. SUSU, MAKAN, SAKIT.. takde lagi..

Yang dia tahu tunjuk, nangis jer..

Kalau dia dah mula menunjukkan ciri-ciri mengada dia, saya malas nak melayan..Sebab saya ni ringan tangan.

Buat derk dan tidur, nanti dia pandai sendiri tidur sebelah saya..







2 comments:

Fai Nardir said...

seronok tengok perkembangan anak2 kan? setiap hari ada je benda baru yg dia nk buat...

CikSweety85 said...

yup..lagi2 bila dia buat mimik muka comel...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker