iklan nuffnang

Thursday, May 30, 2013

Ustaz Don Daniyal Don Biyajid di Kementerian Pelajaran Malaysia


Tajuk Ceramah :-  Berinteraksi dengan Al-Quran



Mostly penceritaan lebih kepada Peristiwa Israk Mikraj


Permahaman yang ringkas tapi menarik

Kebesaran ALLAH S.W.T










Gambar berdua ada, tapi sayangnya kawan yang ambilkan gambar tangan gegar..
 Alahai sayangnya, malas nak ambil lagi kesian tengok Ustaz melayan peminat yang lain yang nak bergambar.
(kejar waktu)

layankan aje gambar yang kabur ni


P.S Original : Fan Page Ustad Don yang ada Link Nama + Doa & Selawat Tour...

Wednesday, May 29, 2013

Kesian Anak Ibu



Agak-agak Si Syaza nangis macamni tak sebab Ibu tak jenguk dia tengah hari tadi..

Ibu tak sihat nak berjalan jauh...


"gambar sebenar : menangis nak susu"

Saya SAKIT




Sakit kepala sangat-sangat.

Sakit GIGI


Badan lemah...


Nobody care

Tuesday, May 28, 2013

BITK lagi? Bila lah nak lulusnya.....



Mari kita ulangkaji!


5/6/2013 ni dah nak kena pergi exam.

BITK stand for Bantuan Insentif Tugas Kewangan yang kita selalu terima RM40 tiap-tiap bulan gaji, kalau lulus tambah lagi RM40 itu pun payah..

Setahun sekali!

Selagi tak lulus ambil sampai lulus atau sampai malu nak masuk exam bila umur dah meningkat pun tak lulus-lulus lagi.

boleh rujuk sukatan untuk BITK di laman JANM


Kali ke tiga ambil...



Agak-agak boleh lulus tak tahun ni?


Hope so, dah bosan pergi BITK ni..


Lagi satu kalau kita cuti bersalin elaun tu akan dikutip balik, ia tidak tertakluk pada cuti bersalin kecuali cuti sakit.

Thursday, May 23, 2013

Peta atau Maps Universal Studio Singapore aka SENTOSA







Sila besarkan untuk tinjauan lebih jelas.


Ok kitaorang seFamily ada pergi USS hari tu, tak cerita banyak pun.. Yang pasti kami hanya berbelanja  menaiki SMRT ke USS sahaja (makan, minum & cenderahati).


Selama 3 hari 2 Malam -Penginapan dan makan ditanggung sepenuhnya oleh Sedara-mara Husband di Singapore.


*Bawa kereta masuk Singapore - Isi Minyak Penuh-penuh
*Sediakan duit untuk Autopass SGD 10
*Sediakan duit parking perHOUR, boleh dibeli dikedai runcit.
*Sila patuhi undang-undang Negara terutama pemandu yang suka bawa laju.. speed kat sana paling tinggi pun 90km/j -80km/j (highway) Jalan biasa 60km/j
*Aliran Trafik agak mengelirukan sila ALERT.




Ok Cerita kitaorang masuk USS plak.
Kebetulan pergi pada hari biasa (Isnin) dan tidak bertembung dengan cuti sekolah Malaysia atau Singapore.
So kesesakan KURANG sama sekali.


Masuk dekat pintu masuk bersama e-Tiket( beli Online- lagi murah) . Barcode discan.


Kitaorang mula melangkag dari arah kanan ke kiri (TAWAF MOVEMENT)
So dari HOLLYWOOD ke NEW YORK.


Kitaorang masuk Pawagam lights camera action universal studio singapore
Alami suasana penggambaran secara LIVE, dengan ribut petir,gempa bumi, api marak... Marvelus! :P





Then dari situ kitaorang serang pergi main Roller Coster battlestar galactica human -(red  track) ni mak budak yang naik, bapak budak naik dua-dua..satu lagi battlestar galactica cylon -(blue  track) ni lebih adventure .




"serentak"



Sangat Terharu sampai mengigil bila turun... TAKNAK naik dah!


Lepas tu kitaorang pergi main transformer the ride universal studios, The Ultimate 3D Battle - TERBAIK!!







Masa ni beratur panjang..alahai,kalau nak cepat pergi single ride..tapi sesorang la takde geng.


Then kitaorang pergi solat dan seterusnya pergi makan dekat oasis spice café universal studios - Bolehlah, beli dua SET untuk makan 2 family.. Nasi dia banyak! Dapat hadiah percuma bekas makanan Woodee. (mulanya dapat satu jer, tapi agaknya ada orang tertinggal, kitaorang sapu jelah) :P









Time makan tu Bapak budak pergi main dulu revenge of the mummy universal studios - Balik-balik diorang kata yang ni SERAM giler. Gulp mula tu risau juga, ala try jela..
Jalan masuk dia berliku-liku, memang menyeramkan. Sama macam transformer tapi ni dahsyat lagi. SERIAU beb! Sebab dia punya roller U-TURN secara mendadak. Bayangkan kita tengah laju berjalan (roller coster), berhenti tiba-tiba, kemudian mengundur kebelakang dengan drastik! tak terkejut Mak dibuatnya.








Kemudian ke Far Far Away tengok 4D Shrek, dah duduk kerusi bergerak si Kecik menangis bila ada part naik kuda, tukar kerusi yang tak berapa D sangat. Sementara nak menunggu tengok WATER WORLD pukul 5 petang. Ni scene cerita letup-letup (PIRATE).. Siapa duduk depan kena simbah air.













Last sekali ni paling Rileks madagascar a crate adventure USS - Bapak budak kata BOSAN!, mak budak rileks...






Ada masa lagi, Bapak budak boleh pergi layan naik roller coster nak pecah jantung tu sampai tutup...



Balik naik SMRT, then dijemput balik rumah.. siap-siap kemas barang TURUN Johor sebab esoknya kitaorang nak pergi Legoland.. 


Mulalah berbelanja sewa HOTEL.


OVERALL, lagi best dari Legoland..


PS: Sumber gambar googles & sendiri.

Wednesday, May 22, 2013

Biar gambar berbicara..




Alhamdulillah, kembali meriah walaupun dua botol sehari..









satu untuk belah pagi, satu untuk belah petang..






"ingat Ibu, stok susu Syaza keTaska"

Tuesday, May 21, 2013

21st May?




Ada apa dengan 21 May 2013?


Erm...... nothing!


Semalam saya MC, dah datang ofis tapi tak sihat minta time off pergi klinik dapat rawatan dan MC


Alahai, bulan ni sahaja dah 3 kali MC dua dari kerajaan satu dari swasta.


Rekod mak buruk ko!.... sila baca ala ala mak-mak pon..


SEMPUT, ambil gas besar kat klinik dan minta inhaler lagi.. sekarang dah ada dua inhaler.. stok kot!

Nak beli kat luar mahal, satu RM22.00 ko!

Biasalah kalau nak dapat barang free kenala menunggu lama sikit nak jumpa doktor perubatan.

Berehat-berehat berehat....








Monday, May 20, 2013

Halooooo, leyna hafidz in the house!






Jumaat 17 Mei, adik ipar selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.2kg secara pembedahan. Mengikut cerita, bukaan bawah dah 8cm tapi apalah daya dah takda masa nak tunggu lagi sebab bayi dah lebih due dan dah berak dalam kandungan terpaksalah kena belah.


Suhu badan Syaza dah mula menaik, dah mula rasa nak demam.. Cepat-cepat balut dia dengan kain basah, kepala dibasahkan.. tak pakaikan seluar atau baju kecuali pampers.



Sabtu 18 Mei, dari rumah ke Cheras singgah ziarah Opah. Lepas solat Asar kami bergerak ke HKL melawat adik Ipar. Kebetulan tak boleh bawa budak naik atas, so bergilirlah naik. Kebetulan adik Ipar takda ke tandas tinggallah bayi dengan Mak Long.  Cucu pertama lelaki. Dah habis waktu melawat, hubby ajak pergi makan Roti Nan.. rupanya tempat lama yang saya dah pernah pergi berbuka puasa dengan bebudak PKSN.






Rezeki, rezeki.. mulanya tak dapat parking, pusing lagi sekali ambil kau dapat parking depan kedai kebetulan juga ada satu tempat kosong terus saya rembat. Almaklumlah dah masuk rancangan cari makan, so ramailah orang.. tunggu makanan pun adalah dalam 15 minit.


Roti memang best tapi, MUAK banyak chesee.. lagi satu kuah pun nak charge.. Tak lama lah kot.



panas-panas pegang alahai 





Dari KL ke gombak..


Ahad 19 Mei, di Gombak  tak kemana..tunggu adik Ipar balik dari HKL, saudara mara datang rumah. Bertolak dari gombak balik lepas solat maghrib. Pergi Tesco dulu beli barangan dapur.


Sampai rumah area 11 malam, seterika baju..siap-siap apa yang patut pukul 12 tengah malam masuk tidur.


Tidur malam tak lena, kena serangan asma.. bangun batuk dan muntah kahak... aduyai.. Ingat tak nak pergi kerja.. Pergi juga, sebab rasa rugi tak datang.. Harini ni monday blues takda kerja sangat, boleh rehat kat ofis.


Hantar Syaza awal, tak larat nak hantar jalan kaki.. Akak semput.



Harap boleh baik, tak payah pergi klinik....



Berehat.....









Friday, May 17, 2013

Minggu yang MALAS




Malas memasak..... 


Lagipun susah betul nak bergerak kalau dah kena ikat dengan anak, asal tinggal jer melalak tak tentu hala..


Pening kepala IBu..



Pagi tadi Syaza buat hal... sakit perut barangkali, asyik kentut jer..

Betul ke makan buah nenas ANGIN?


Alahai kesian anak Ibu...


Mula rasanya taknak pergi kerja

Mengenangkan dah banyak kali MC, terpaksa Ibu batalkan..

Sehari je wahai Anak.. 

Esok, kita pergi rumah Opah kemudian ke rumah Wawa...









Thursday, May 16, 2013

16 Mei 2013 ... Sempena hari?







Terima kasih pada Guru yang telah banyak berjasa mendidik, mengajar, melatih & membimbing pelajar-pelajar diseluruh Dunia.


Jasamu amat bernilai, tanpa GURU


Kita tidak akan pandai mengeja
Kita tidak akan pandai membaca
Kita tidak akan pandai mengira


Maafkan jika ada MURID yang menyusahkanmu dengan kedegilan, kemalasan, kekurangan ajar, ketidakfahaman dan lain-lain.

Sesungguhnya GURU adalah lilin yang membakar dirinya bagi menerangi kegelapan.


TERIMA KASIH CIKGU! GURU!





Tuesday, May 14, 2013

Lunch dengan???






After come back from Taska.

Pergi kafeteria, bajet nak order Nasi goreng pattaya..

Hari ni akak tutp kedai ye, takde goreng-goreng..

Hampeh!!!


Nasi lauk campur mesti dah tak best almaklumlah dah pukul 1.45pm..

Sudahnya, minta kawan punya stok maggi cup...


Pasni kena buat stok ler, untuk kecemasan macam ni...


Alahai Ibu, kalau ku tahu Ibu singgah Alamanda dulu...

Nothing Spesel to Share





Saya masih saya yang dulu cuma dah berkeluarga, komited pada Suami, Anak & Kerja harian..

Akhir bulan April dan awal Mei bebetul buat saya LEMAH..

Lemah kerana anak dan ibu yang tak sihat badan.

Saya cuma mengharapkan sedikit pertolongan bagi meringankan tugasan harian saya tak kiralah ditempat kerja atau rumahtangga.

Dulu saya dijaga oleh IbuBapa sekarang kena jaga diri sendiri, Suami dan anak..

Kudrat saya hanyalah seorang Wanita..



13 Mei 2013 - Perhimpunan Bulanan yang hambar. Syaza dihantar ke Taska setelah lama tak ke Taska untuk 2 minggu kerana sakit demam campak.






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker