iklan nuffnang

Tuesday, July 23, 2013

Cerita Sedih Bulan Puasa buat kami...



Nak cerita ni, hari jumaat tu hubby bagi mesej...

"malam lepas terawih balik cheras, esok lepas terawih balik gombak"

riang ria dalam hati sebab dapat bersahur dan berbuka di rumah sendiri aka keluarga.

Nak jadi cerita hubby lupa ( nie memang kes lupa) nak letak motosikal dekat ofis dan suh saya jemput balik.

Nak jadi cerita lah kan..

Masing-masing tak sedap hati..

Ok buat-buat biasa lagi.

Dan akhirnya, rumah kena masuk dan motosikal kena ambil.

Kesnya malam lepas terawih dalam pukul 11 malam bertolak dari gombak ke rumah puchong.

Okey sampai rumah dah lewat malam.

Dengan kemas, dengan masak untuk sahur esok.

Pukul dua pagi baru tidur.

Masing-masing Battery LOW..

Bersahur macam biasa.

Nak jadi cerita lagi, pergi kerja macam biasa.

Saya yang akan pergi kerja dulu, hari ni hubby hantar sampai depan pintu. ok STOP.

Pukul 10 lebih gitu dapat kol dari no rumah.. eh!

"nie abi, ibu balik sekarang.. nak report polis rumah kena masuk"

Dah kelam kabut tak tentu hala, terus capai kad time off dan minta balik.

Ambil Syaza dan balik.

Harta yang hilang.

Bag Pack isi dalam broadband, dua external hardisk dan satu fail dokumen pembelian rumah, sijil nikah etc.

Helmet, Jaket, Jam tangan Hijra, Duit dalam dompet (dompet dia tak ambil), Handphone.

Kunci moto dan motosikal.

Kejadiannya suami tidur kat sofa tak sedar.

Nasib dah keluarkan laptop dari beg.

Kalau hubby tidur dalam bilik, habis dah ruang tamu dia geledah.

Mujur jugalah..

Kes mamai lupa kunci pintu atau tak tahu nak kata.

Mood terkilan sedih...

Lebih kepada hubby.. Moto tu tak sampai setahun guna.

External pulak banyak gambar, lagu & video kenangan.

Dugaan bulan puasa, semoga penjahat diberi balasan setimpal dengan kekecewaan kami yang dianiaya di bulan baik ini.


T______T





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker