iklan nuffnang

Monday, July 8, 2013

Already take suntikan MMR untu setahun



Nak di jadikan cerita telefon Klinik Kesihatan Presint 3.

"Puan dari presint berapa?"

"Presint 1"

"Owh Presint 1 kitaorang tak cover sekarang, kitaorang cover 2 dan ke atas berhampiran presint 3.. Puan kena rujuk presint 9 macam tu"

"Ok terima kasih"

"Alamatnya lepas ni kalau mengandung kena refer presint 9 la gamaknya".

Sebelum ni checkup kat Batu 9 Cheras, dah transfer out pergi putrjaya.

Maka telefon presint 9 pulak.

"owh Puan TCO yer, kena buat temujanji dulu saya bagi tarikh baru 10.7.2013 petang"

"hari ni tak da ke?"

"takdelah Puan dah penuh"

"tarikh yang terdekat?"

"8.7.2013 pukul 10 pagi"

"bolehlah."

Nak jadi cerita lagi 1/7/2013 hari sepatutnya Syaza suntik, di tukar pada 8.7.2013.

Tapi kitaorang pegi juga Klinik presint 9 sebab nak refer doktor untuk Syaza yang on off demam dan Ibunya yang get Asma.

Sampai kat klinik try tanya, tapi mesti dengan temujanji juga.  Pasrah, tunggu untuk jumpa doktor. Suhu Syaza ok jer. Dah ambil ubat, tak puas hati tanya lagi.

Akhirnya dapat juga cucuk hari tu, tak yah nak tunggu sampai minggu depan.

Memang nurse taknak bagi, disebabkan kedegilan dan kesungguhan dapat lah juga walaupun nurse kata mungkin lama tunggu sebab tak de temunjanji..

Tak kisahlah janji dapat.

Tunggu dalam bilik penyusuan, tak terasa sangat.

Berat Syaza 6.5kg untuk setahun dan tak boleh berdiri tanpa sokongan..

Kena refer lagi sekali on 29.7.2013.

So far Syaza takde alahan apa-apa selepas suntikan.





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker