iklan nuffnang

Friday, January 18, 2013

Semalam.... hariku dipenuhi dengan.......

17 Jan 2013

Pada hari ini saya berhasrat nak pergi klinik, buat pemeriksaan kesihatan.. 

Sebabnya saya ada masalah kerap ke Tandas., adakah saya HAMIL?

No No No... dah buat test hari tu, satu LINE je yang muncul.

Mungkin sebab tahan kencing sampai jadi macam ni...alkisah lor bila menyusukan syaza tak boleh nak lepas terpaksala menahan untuk ke Tandas.

Bebalik pasal hal ke klinik, saya suruh hubby hantar ke klinik...JUST DROP jer.

Ambil no, tunggu giliran dari jam 08.30 pagi pukul 11 gitu baru jumpa doktor..

1st pergi makmal buat urine test, then scan nama dan tunggu doktor..

Menunggu dengan setia dan sabar menanti.....

Ops, masa daftar tu saya ada tanya pasal nak buat Pap Smear.

"kalau nak buat pap smear, kena buat temujanji ker?"

"oh, tak perlu... kalau nak buat kena kali pertama datang haid hari yang kesepuluh sebaik-baiknya.."

"kalau saya tak pernah datang haid lagi?"

"tak datang lagi, umur anak dah berapa?"

"6 bulan lebih.."

"kalau nak buat ni, Puan tak boleh bersama suami 2 hari, lagipun kalau selepas hari kesepuluh haid kita punya agak lembut senang nak buat"

"oh, saya tak bersama suami dan saya nak buat boleh?"

"Puan nak buat hari ni, dah bersedia?"

"kenapa sakit sangat ker?"

"tak delah, ok saya bagi bilik untuk jumpa doktor dan buat pap smear"

...........................................................................................................
Jumpa doktor bagitau masalah, doktor pulak bagi tarikh untuk buat ujian air gula... owh!

Sebab air kencing ok tak kotor, doktor mungkin andaikan saya ada kencing manis....

Dah habis jumpa doktor baru pergi ke bilik yang buat pap smear..

Dalam hati debar dan segan..

Jururawat yang terlibat melayan dengan baik dan cuba menenangkan saya..

Pengalaman untuk pap smear ni, adalah sakit sikit tapi overall memang tak buat kita trauma kalau kita beri kerjasama dengan bertenang.

"Mulut itik"

Pap smear digalakkan 3 tahun sekali, lebih baik dilakukan setahun sekali.

No caj dekat klinik/hospital kerajaan dan tanpa temujanji.. asalkan anda bersedia.


.........................................................................................................................
Malam nya hubby ajak pergi makan kat senawang, mencari sate tulang..

Bukan main jauh nak makan sate, ikutkan aje lah.. 

Guna lebuhraya LEKAS.

gedabak besar, tapi tulang je lebih.. dah nama pun sate tulang secocok rm1



Ayu wajahmu... alahai, husband ku bersama budak tecik khusyuk tengok TV


Makan sate, minum dan balik..

Badan letih, tertidur dalam kereta sambil memangku budak tecik..


 
Hari ni 18 Jan 2013 .....................

sampai kat ofis, check in SURAU dan tidur!

2 comments:

Anonymous said...

camne pakaian masa buat pap smear?

CikSweety85 said...

pakaian biasa, lebih senang pakai kain sebab kita akan "buka" macam kita nak bersalin normal

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker