iklan nuffnang

Monday, January 30, 2012

Minuman berais tidak berbahaya untuk ibu mengandung


S : Kini saya hamil anak kedua. Sejak dari awal kehamilan saya sangat gemar minum air yang berais. Apakah ia boleh memberi kesan buruk kepada diri saya sendiri dan juga bayi dalam kandungan di kemudian hari.

Jaja, Bentong, Pahang



J :
 
Minuman berais sewaktu hamil tidak akan membahayakan ibu dan bayi. Memang benar, ramai wanita ditakutkan dengan mitos bahawa air sejuk dan berais akan menyebabkan bayi besar. Tetapi tumbesaran bayi tidak ada kena mengena dengan suhu air yang diminum oleh ibu.

Jika kita minum minuman yang berais dan sejuk, maka badan kita pun menjadi lebih sejuk! Akibatnya, badan kita akan menggunakan lebih banyak kalori untuk menaikkan semula suhu badan kita ke paras normal. Ini bererti, peningkatan berat badan wanita tadi tidak banyak meningkat.

Oleh itu, jika puan gemar minuman berais, jangan risau. Pastikan puan minum supaya tahap hidrasi sentiasa normal sepanjang kehamilan ini.



sumber: majalah pa&ma




Friday, January 20, 2012

Scan kali kedua.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi yang mengurniakan saya satu nyawa untuk di lahirkan didunia yang penuh pancaroba ini.

Semalam ajak hubby pergi Poliklinik An-Nur Bandar Tun Hussin Onn.

Sampai klinik baru perasan terlupa bawa IC, mujur ada rekod.. (padah tukar beg dompet)

Kebetulan tak ramai orang, nama pun dipanggil awal.

Macam biasa cakap kat doktor "saya datang nak scan"

Doktor suruh baring, pembantu wanita membantu meletakan tisu dibahagian perut yang terdedah sedikit.

Doktor mula scan... 

Saya nampak anak saya "tulang belakang dia"

Kata doktor kedudukan anak saya tertonggeng... Mula risau..

Owh kedudukan tu tak songsang dan keadaan anak saya baik di dalam rahim. Semuanya terletak pada tempat yang sepatutnya example "uri"

Teruja tengok, tapi malam tu anak saya tak berapa aktif.. mungkin lapar.

Minggu ke-25 baru boleh tentukan jantina.. Mengikut saiz sekarang, saiz anak dalam kandungan dah masuk 19 minggu.

Apa yang Ibu harapkan anak Ibu membesar dalam keadaan sihat, membentuk dalam keadaan sempurna sifat dan pancainderanya. Semoga dikurniakan anak yang "baik" (tidak cacat). 

Tak sabar nak rasa pegerakan anak Ibu ni.

Lot of LOVE.




Wednesday, January 18, 2012

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker