iklan nuffnang

Monday, January 30, 2012

Minuman berais tidak berbahaya untuk ibu mengandung


S : Kini saya hamil anak kedua. Sejak dari awal kehamilan saya sangat gemar minum air yang berais. Apakah ia boleh memberi kesan buruk kepada diri saya sendiri dan juga bayi dalam kandungan di kemudian hari.

Jaja, Bentong, Pahang



J :
 
Minuman berais sewaktu hamil tidak akan membahayakan ibu dan bayi. Memang benar, ramai wanita ditakutkan dengan mitos bahawa air sejuk dan berais akan menyebabkan bayi besar. Tetapi tumbesaran bayi tidak ada kena mengena dengan suhu air yang diminum oleh ibu.

Jika kita minum minuman yang berais dan sejuk, maka badan kita pun menjadi lebih sejuk! Akibatnya, badan kita akan menggunakan lebih banyak kalori untuk menaikkan semula suhu badan kita ke paras normal. Ini bererti, peningkatan berat badan wanita tadi tidak banyak meningkat.

Oleh itu, jika puan gemar minuman berais, jangan risau. Pastikan puan minum supaya tahap hidrasi sentiasa normal sepanjang kehamilan ini.



sumber: majalah pa&ma




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker