iklan nuffnang

Wednesday, September 19, 2012

Pulau Pangkor

Welcome to Pangkor..

Tanggal 15hb, September 2012

Kami sekeluarga (Hubby + Me + Syaza) bercuti di Pangkor..

Bertolak dari GOMBAK jam 9.30 pagi dan tiba di jeti MARINA jam 1.15 tengahari.

Ferry jam 1.45 rasanya tak sempat nak naik, so kitaorang berhenti makan & solat Zohor sementara tunggu ferry jam 2.30 petang. Mujur tak tunggu lama, parking & terus menaiki Ferry.

Parking dikira RM5 perday.

Tiket Ferry : RM30.00 (termasuk ahli untuk setahun RM10) - TIKET PERGI/BALIK

Masa yang diambil untuk sampai ke Pulau Pangkor dalam 15minit berbanding Jetty LUMUT 1/2jam.

Sampai je disana, Hubby survey harga tuk kenderaan TEKSI & KERETA.

Untuk kemudahan, kami sewa kereta ISWARA 1 hari RM120 berbanding harga hari biasa cuma RM80-100 sahaja. (maklumlah cuti hujung minggu kena ketuk sikit).

Isi minyak dalam RM10, -sangat cukup untuk berjalan.

Kami menuju ke DJ Holiday Resort yang mengambil masa kurang dari 5minit dan jarak 2km.

Kalau menginap di kawasan Teluk nipah rasanya tak perlu nak sewa kereta, sebab dah berdekatan dengan Pantai berbanding DJ Holiday Resort yang jauh dari kawasan MERIAH seperti Teluk Nipah.

Sampai kat resort, siap-siapkan diri.. bagi syaza mandi & kami semua berehat selepas solat Asar baru menuju ke Teluk Nipah.

Hubby dah tak sabar nak mandi LAUT aka PANTAI.

Nasib syaza tak banyak ragam, sampai jer sana kami cari tempat untuk syaza tidur.




Syaza tidur, Hubby apa lagi panjang langkah pergi mandi manda...

Dah puas mandi, kami pergi cari makan. Hubby kata ada 1 makanan yang kalau singgah Teluk Nipah kena cari iaitu "LEMPENG PISANG" -sedap katanya.

Selepas makan & relax tengok Laut kami pulang ke Resort siap-siap untuk keluar lagi ke Teluk Nipah selepas solat Maghrib.

For me DJ Holiday Resort cam Apartment ada 2 bilik, ruang tamu, ruang makan, freeze. (sorry tak amik gambar untuk review) keadaan : BAIK bukan sangat BAIK.

Malam suasana Happening dengan gerai makan & gerai jualan berbanding Pantai Bogak..

Pilih satu kedai, makan masakan campur tapi yang paling sedap ayam masak kunyit. 

Keesokkan harinya, cuaca hujan renyai so tak dapat nak mandikan Syaza dekat kolam bahagian atas resort.

Kami check out dalam jam 11 pagi.

Ke teluk Nipah lagi, makan pagi dan kemudian jalan-jalan sekitar pantai. Bagi cecah kaki syaza dekat air laut.

Kemudian ke kilang IKan dan seterusnya ke kota belanda. 

"untuk sekian kalinya Ibu, Abi beritahu Pangkor ni tak besar yang buat rasa jauh sebab ia berbukit"

OK masa untuk pulang! Naik ferry jam 2.45 petang sampai di jetty MArina ambil kereta menuju ke Lumut shopping Sate ikan, sotong gula & .......

Decide untuk bermalam di Kuala selangor di Hotel Sun Inn. 

Berehat dan bersiap, selepas solat maghrib kami ke Pantai Jeram untuk menikmati makanan Laut.

Selesai pulang ke Hotel berehat untuk pulang ke GOMBAK.

Mujur ambil cuti, dapat lah berehat dirumah.


budak botak yang tak mau duduk dalam car seat.


time to sleep.... mujur ada buaian nie..


budak yang suka duduk Hotel, sampai-sampai letak elok jer main seseorang

2 comments:

Sofea said...

wah kecik2 dah g holiday

CikSweety85 said...

mengikut Ibu & Abi happy anniversary..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker