iklan nuffnang

Monday, July 9, 2012

Kelahiran Syaza

Jam 5 pagi tersedar dari tidur, perut memulas-mulas... Mulanya ingatkan mimpi sebab sebelum terjaga memang tengah mimpi sakit perut.


Makin lama makin kerap, hubby masih tidur lena.. Tak perasan barangkali saya dah mula sakit-sakit.


Cuba bertenang tarik nafas panjang-panjang.. "dah nak bersalin ker? atau sakit nak beri......"


Try pergi toilet, tapi tak mau keluar... Mula cemas, sakit sangat... Kejutkan hubby..


Hubby pun suruh siap-siap pergi hospital.. Tengok jam, sempat tunggu solat subuh...


Selesai solat subuh, kami terus gerak ke Hospital HUKM aka PPUKM.


Daftar di kaunter, nurse check tekanan darah dan suruh buang air kecil dalam botol..


Masa tengah dalam bilik air tu boleh plak nak membuang.. Langsaikan dulu apa yang patut :P


Sesudah itu, nurse suruh masuk bilik dan baring..

Alat pengesan contraction dipasang pada perut..


Dalam pada masa yang sama ada lagi seorang bakal ibu masuk, dengar dari nurse bukaan dah 6cm.. air ketuban pun dah keluar..


Gulp... saya belum keluar apa-apa lagi.. Tiba-tiba Doktor masuk dan kata nak seluk..


Ok, tarik nafas panjang-panjang dah tahan...


"Bukaan dah 4cm, anak awak dah berak dalam perut" beritahu Doktor.


Selang beberapa minit saya ditolak masuk ke labour room...


Alat contraction & pengesan jantung baby dipasang serentak..


"Puan, puan kena operate sebab bayi dah berak banyak dalam perut... "


Cemas.. Operate? Urm tak nak!


"Kita tengok perkembangan jantung anak Puan, kalau berada tahap normal.. chances tu operate rendah"


Tunggu punya tunggu.. 4 jam sudah berlalu, bukaan masih 4cm walaupun dah diberi induce...


Seorang nurse datang syorkan penggunaan Epidural untuk tahan kesakitan, pada mulanya saya berfikir panjang untuk itu.. mengenangkan Doktor yang merawat mengatakan sakit yang saya alami 1/10 dari sakit sebenar membuatkan saya setuju untuk mengambil suntikan Epidural. 


Dan semasa suntikan dimasukkan saya rasa sedih sangat sebab tak dapat nak melalui proses bersalin yang sebenar dengan merasai kesakitan sebenar..


Kebetulan lepas ambil Epidural keputusan untuk lakukan pembedahan telah dipersetujui kerana pihak PPUKM tidak mahu mengambil risiko untuk menunggu lebih lama.


Saya telah ditolak masuk ke bilik bedah dengan separuh daripada pinggang hingga ke kaki dikebaskan.


Semasa proses pembedahan saya cuma mahu anak saya selamat dan terasa perut ditekan-tekan.


Tepat jam 11.41 pagi anak ku Syaza selamat dikeluarkan..


Alhamdulillah, gembiranya hati ini melihat anak yang dikandung selama ini.


Saya kemudian ditempatkan di Wad 1B katil 17, hari pertama hanya terbaring di atas katil mengenangkan luka pembedahan masih baru, nurse telah memasang saluran air kencing terus ke beg simpanan untuk memudahkan saya kencing.




3 hari 2 malam di PPUKM tanpa Charge (guna GL)


Pengalaman menyusukan & berjaga malam semalaman di PPUKM sungguh mencabar dengan keadaan diri yang masih lemah.





Saya minta nasihat doktor tentang penjagaan untuk ibu yang kena ceaser.


: Jangan selalu pegang atau sentuh tempah pembedahan
: Mandi seperti biasa, biarkan air mandian melalui tanpa perlu pegang/mengosok dibahagian tersebut.
: Lap & pastikan tempat pembedahan sentiasa kering.
: Jangan cuba lakukan perkara-perkara berat.. 
: Boleh memakai bekung/penyokong perut (jangan terlalu ketat) untuk menyokong perut    
  terutama berbadan gempal (perut berlipat) apabila peluh boleh mengakibatkan bakteria 
  membiak.
: Jangan sapu apa-apa ubatan di bahagian tersebut.











4 comments:

Anonymous said...

Tahniah..maaf sy godek2 blog org nak tgk pengalaman hamil lepas czer..tjumpa blog awak ni..
Sy czer gak anak 1st..same situation..tp bby pergi ms umur 9 hari di NICU sg buloh..bby dh sempat telan najis n kuman dh ke paru2..

a.m.e.l.i.a.t.i said...

Assalam. Sy nak tanye lah mcmane doctor check yg baby dah berak dlm perut masa bukaan 4cm? Melalui CTG ke?

a.m.e.l.i.a.t.i said...

Assalam. Sy nak tanye lah mcmane doctor check yg baby dah berak dlm perut masa bukaan 4cm? Melalui CTG ke?

dalila said...

alahaiii..bsr dh syaza..comelll..
singgah cni bace pengalaman besalin.. ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker