iklan nuffnang

Tuesday, May 22, 2012

Selasa ?!

Cepatnya hari berganti hari... masa berlalu dengan pantas sekali.

Masih lagi mampu membuat kerja seperti biasa, cuma agak terbatas pegerakannya.

Kena biasakan diri dari sekarang, nanti bila dah ada anak InsyaAllah dah boleh  uruskan masa.

Esok genap 35weeks (ikut ticker), dah boleh bersiap-siap apa yang patut. So far setakat ni, persiapankan diri dari segi mental dan fizikal.

Keperluan Bayi, Ibu semua dah prepare.






Contoh:

Cuma botol-botol & alatan BP belum sterilizer.

Kandungan dah semakin berat, nak bangun dari duduk yang lama rasa lenguh.. Apatah lagi nak bangun dari tidur.

Tapi saya masih aktif CERIA, cuma terkadang je kelihatan lesu :P

Masih lagi mampu solat seperti biasa, walaupun kadang kala kaki rasa susah dah kelepet masa duduk antara dua sujud.

Tabiat yang merisaukan ... Minum minuman berais, alhamdulillah Asma (semput) tiada lansung. Tapi masih lagi berjaga-jaga.

Sirap limau, Teh o ais tu wajid minum dalam satu hari :) . lagi sejuk lagi, pergh!

Baru-baru nie ada tengok kawasan baru. Bandar Akademia.

Masih tercari-cari info pasal tempat ni. Ada yang negatif & positif.

Walaupun jauh, tapi untuk keluasan & binaan rumah agak mengujakan.

Harap ada info yang positif tentang Bandar Akademia, Lenggeng Negeri sembilan.

Tik Tok Tik Tok...

Dari Bayi perempuan menginjak ke kanak-kanak, kebudak-budakan, remaja, gadis, wanita & kini Isteri dan Bakal Ibu.

Fasa yang Normal dilalui setiap Insan bernama Wanita (Kaum Hawa).

Jangan cuba membandingkan masa lalu dengan masa kini kerana masa lalu tak sama seperti masa kini.

Cuma satu je yang sama, berpegang teguhlah kepada Ajaran & Tuhan yang satu semoga hidup yang dilalui diberkati & dirahmatiNya.

Sekian.


1 comment:

- said...

gud luck yer...smoga sumenye selamat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker