iklan nuffnang

Wednesday, February 29, 2012

29 Februari 2012

Tahun Lompat.

Siapa yang lahir pada tarikh nie, agak sadis sikit sebab boleh raikan ulangtahun kelahiran lepas 4 tahun sekali.

Tapi pertambahan umur tetap sama kan?

Let's say umur 20 tahun then takkan nak tunggu 4 tahun lagi baru 21 tahun.. Untungnya :P

Anyway tak semua dapat tarikh bertuah nie :)

Pada yang lahir pada tarikh ni, saya ucapkan



SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN!!!



Monday, February 27, 2012

Motherhood Expo di KLCC

25 Feb 2012

Jam 11 pagi kami bertolak dari cheras menuju ke Kg. Baru.. naik tren LRT jer g KLCC.

1st merasai guna token untuk menaiki tren.

Sampai KLCC, terus melangkah kaki  menuju ke motherhood expo di Hall 4 & 5..

Ok, ramai juga manusia ketika itu.

Matlamat utama "BREAST PUMP"

Survey semua booth yang ada. (survey harga)

Medela Swing dari RM799 ke RM699
Gift Cooler Bag, 2pcs Bottle Milk Storage, Autumnz Ice pack (3pacs)& Purelan 100

First Year Single Pump dari RM399 ke RM 279.30 (30% less).
Barang standard

Spectra 3 dari RM388 ke RM288 - hanya breast pump standard sahaja.

Mebby dari RM539 ke RM488
Gift Bag untuk carry breast pump, Breast Milk container (3 pcs), Thermal bag  with gel pack (cold/hot), 2 bottles, Nursing Pad 100pcs.

Avent punyer barang standard harga around RM600 - RM700 ++ tak tengok sangat sebab ramai orang

Yang pasti booth PUREEN jadi pilihan :)

Akhir kata: Tak beli pun lagi breast pump, nak tunggu 3rd maternity expo di Midvalley :)












Friday, February 24, 2012

DOA UNTUK ANAK IBU


Ya Allah ,
peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan , tidak ada penawar melainkan penawar-Mu , penawar yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah ,
Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah , zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat .
Ya Allah anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna , berakal dan bijaksana , alim dan beramal .

Ya Allah ,
panjangkanlah umurnya dalam ketaatan , sihatkanlah tubuh badannya ,dan indahkanlah akhlaknya , fasihkanlah lidahnya , perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhamad s.a.w. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam .



Semoga menjadi Insan sempurna disisiNya.

Ya Allah berikan aku kekuatan sepanjang proses kehamilan ini.
Semoga aku lebih TABAH dan meningkatkan amalan ku.
Jadikan kesakitan yang aku alami ini sebagai penyembuh bagi dosa-dosaku.
Sesungguhnya KAU Maha Mengetahui dan Maha Penyembuh.



Masih menunggu TURN kemasukan KUARTERS

Sekarang masih tinggal dirumah IBUBAPA saya di cheras.

Alhamdulillah MAK saya dah pun pencen so takda masalah nak mencari nursery.

Masih bermanja dengan MAK & AYAH.

Syukur memiliki keluarga yang memahami.


Gambar Anak Perempuan David Beckham - Harper Seven Beckham




Klinik Gigi Hello Kitty Di Jepun







Thursday, February 23, 2012

Ujian MGTT

MGTT ( Modified Glukose Tolerance Test)

Ujian yang memerlukan seseorang ibu hamil minum air gula sebelum sampel darah diambil.

Sebab kena buat ujian ini:

Berat badan naik tidak mengikut skala penambahan berat badan yang sihat; Rujuk buku Merah.

Pertambahan berat badan sihat

  • bagi jangkamasa kandungan 5 bulan pertama kandungan 0.5kg/sebulan

  • bagi jangkamasa kandungan seterusnya 0.5kg/seminggu

Berat badan checkup kali pertama 48kg sepatutnya dalam 2.5kg je kena naik untuk tempoh 5 bulan bersamaan 50.5kg... tapi sekarang berat 56.3kg beza naik  5.8kg dari berat yang sepatutnya naik :(

Dah kena minum air gula...2 minggu lagi dari tarikh checkup tadi.

Kena buat sekatan makanan & minuman :(



Monday, February 20, 2012

Perut dah ketara kelihatan

Sekarang dah masuk 5 bulan..

Muka dah TEMBAM, baju dah sendat!

Pegerakan anak Ibu semakin aktif! Ibu gembira dengan perkembangan ini.

Ya ALLAH Ya Tuhanku, semoga anak ku ini berada dalam keadaan baik dan sihat.

23 Feb 2012 ni check up kali ke-5.

Harap berat badan Ibu naik secara normal.

Tak larat dah sekarang, buat kerja sikit dah mengah...



Sweet smile from my baby :)



Monday, February 13, 2012

Sama-sama bunting pelamin.

Kat seksyen saya dah ada 3 orang yang mengandung. Salah seorang mengandung anak yang ke-3. Sorang lagi ni ha yang bunting pelamin, kahwin bulan 12/2011 dah bunting dah.

Untuk kali pertama macam saya, saya dijadikan rujukan sedikit sebanyak.

Apa yang saya boleh kongsi, saya akan kongsi.

Kalau tak taip je persoalan kat GOOGLE, mesti ada jawapan pelbagai pemasalahan ibu mengandung ni.

Tapi saya akan merujuk banyak aspek & bertanya doktor jika ada kemusykilan.

Jangan percaya 100% maklumat di Internet.

Kawan saya ni hadapi morning sickness, dan rasa mual semasa memberus gigi.

Alhamdulillah saya tidak mengalaminya.

Sekarang ni tengah tunggu masa sesuai untuk saya sekodeng anak saya ni lelaki ke perempuan.

Baju-baju baby pun beli warna safe jer... PUTIH, biru & hijau.

Kalau tengok baju baby perempuan ala TOMEInya lagi-lagi warna PINK & Ungu yang memikat hati.

Dah mula rasa pegerakkan baby dalam perut.

Semoga anak Ibu membesar dengan SIHAT.






Wednesday, February 8, 2012

Cuti Maulidur Rasul & Thaipusam

04 Feb - Menghadiri kenduri rakan PKSN "borhanudin" di Institut   
              Integriti Malaysia, Jalan Duta. Hubby singgah Pasar Basah 
              beli daging kambing dan Ayam buat masak satey ala-ala 
              Gresik


05 Feb - Menghadiri kenduri rakan PKSN "Zuriani" di Dewan  
              Segambut Taman Sejahtera.
             
              Makan besar dengan Family Gombak di Medan Ikan Bakar, 
              Pantai Jeram. Dalam perjalanan, baru terperasan Lampu  
              minyak dah bernyala.. Lalu kat highway LATA dengan   
              tawakal. Mujur sempat sampai dekat petrol pam susur 
              keluar kuala selangor.


06 Feb - Acara mencucuk & membakar satey.
              Kenduri kesyukuran lepas Isyak, sempena kandungan 
              memasuki 4bulan.


07 Feb - Berehat dirumah. Pulang ke Cheras, singgah Jusco Maluri... 
              Membeli barang baby satu dua :). Akhirnya dapat beli Diari 
              Hamil dari Telaga Biru.


08 Feb - Malasnya nak bangun hari ni pergi kerja :P




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker