iklan nuffnang

Friday, October 28, 2011

Jangan gelak


Friday, October 21, 2011

Kenapa Umat Islam Sembah Ka'abah?

Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak……
 
Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ?
 
Pendakwah : Salah tu, bukan begitu. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam.
 
Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam ? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?
 
Belum sempat pendakwah menjawab …. Handphone N95 missionary berbunyi ….. Missonary menjawab panggilan telefonnya …. Pendakwah sabar menanti ….. Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya, dia merenung kepada Pendakwah …. Pendakwah tersenyum ….
 
Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ?
 
Pendakwah : Erm … perlukah saya menjawab soalan awak ?
 
Missionary : Awak tak ada jawapan ?
 
Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya dapati awak kurang siuman.
 
Missionary : Mengapa awak caka begitu ?
 
Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I love you mom” …
 
Missionary : Saya bukan cakap seorang diri. Saya bercakap dengan emak saya. Dia yang telefon saya tadi.
 
Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak.
 
Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara Missionary semakin tinggi dan marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ?
 
Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ?
 
Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah. Pendakwah mengambi N95 tersebut….. Pendakwah membelek-belek N95 tersebut …. Pendakwah menggooncang-goncang N95 tersebut  sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut ke muka meja … Lantas …. Pendakwah menghempaskan sekuat hati N95 tersebut ke lantai ….. bersepaiiiiiiiiii …..
 
Merah padam muka Missionary menahan marah.
 
Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum  ….
 
Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak da pun. Saya pecahkan handphone ni pun tak da emak awak dalam handphone.
 
Missionary : MENGAPA AWAK NI BODOH SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah maju. Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless. Awak tak guna otakkah ?
 
Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum) …. Begitu juga halnya dengan ALLAH. Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah. Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH. ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah.  Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah.
 
Begitu juga dengan awak dan telefon. Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Nokia N95, ini bukan bermakna emak awak ada dalam N95 tu. Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak, barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak, dan awak boleh berbual melalui N95 walaupun emak awak tiada dalam handphone tu.
 
Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya, mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary …  Nah ini duit untuk awak beli N95 yang baru …. Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse …. Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya ……

  



Be careful when withdrawing at Bank


SMS SERAM NI DARI AGEN SYAITAN...


Satu lagi pembacaan saya yang membuatkan saya tersentak. SMS ini memang sengaja ditulis dengan penulisan seorang lelaki. Ceritanya memperlihatkan bagaimana seorang muslimat di'rosak' dengan mudah hanya dengan kata-kata manis! Wahai sahabat-sahabatku... Moga Allah peliharamu daripada semua ini....
*************************************
"SMS SERAM NI DARI 'AGEN SYAITAN..."

1.salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…

2.Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…

3.Ingat tau, jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..

4.awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot, wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..

5.Wak,selain family, Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?

6.Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u... ..

7. Yang. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat syg ni... .hihihi..

8.Yang bi nak syg tau, sayanglah segalanya utk bi, syg la pmberi semangat utk bi... yang... ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!

9. Syg..da lama kite msg, leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u.... ..

10.Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..

11. Hi syg, watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?... syg x caye kat abg eh.. huhu..

12.Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..

13.Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh, trsentuh xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..

14.Thanks jumpa td, syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh, td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..

15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je... huhu..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…

16.Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..

17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji, abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg...

18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .

19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?

SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR...

*************************************************

20. huh!... syg mengndung? tahu kat ne... cube check balik dgn doktor... xkan sekali buat dah mengandung, check balik k..

21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg, utk kebaikan kita berdua, lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..

22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa.....gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!

23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..

24.sori syg, abg xbleh temankan syg ke klinik tu, abg malu klu terserempak dgn family or member, malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu..

25.Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung... kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la... bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau.. kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin kat kau!! pergi mmpos!

26.jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!...

27.(terputus hubungan)

- wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..
- si lelaki mencari mangsa baru..
- dan kejadian terus berulang..


ITULAH KEBANYAKAN YANG TERJADI DI DUNIA KITA INI...
masyaallah~
harap kita x tergolong dalam golongan ni...

by email

Tuesday, October 18, 2011

RAHSIA HANDSET KETIKA KECEMASAN



Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan. Banyak perkara yang boleh anda lakukan, antaranya : -




1.Nombor Kecemasan

... Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada di kawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di

PAPARAN PENUH di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci(Keypad lock). 





2. Kereta terkunci 


Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar?? 
Pasti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera(alarm) sahaja. 


Caranya, cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm(satu kaki) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat 'ON' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. 


Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Kerana itu juga, penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. 


Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.




3. Kuasa bateri tersembunyi 


Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. 


Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. 


Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengaktifkannya, tekan kekunci *3370#. Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. 


Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .(sstengah jenis tepon nokia gak) 


4. Telefon dicuri 


Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda, sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.


Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. 


Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak dapat mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.

Buku tingkatan dua (2) galakkan perbuatan zina?


Di bawah ini pula salah satu kandungan buku tersebut. Buku ini menyiarkan sebuah artikel yang secara tidak langsung memberikan persepsi bahawa pengguguran bayi adalah jalan penyelesaian kepada zina

"Her dad took her to the clinic the next dayto have her abortion done"




Malah artikel ini menggambarkan atau memberikan persepsi kepada anak anda bahawa proses pengguguran kandungan dapat dilakukan dengan mudah tanpa sebarang masaalah.


KEPADA ibu bapa yang ada anak berumur 14 tahun atau sedang belajar di tingkatan 2 tahun ini, sila lihat buku latihan Bahasa Inggeris anak anda. Jika anda tak pasti buku yang mana, di bawah ini ditunjukkan rupa kulit buku yang dimaksudkan.
"The abortion went like clockwork and without any difficulties and Mary came out of the clinicas healthy as before"

Kesimpulannya, tanpa anda sedari, buku ini mengajar anak anda yang berumur 14 tahun  bahawa jika mereka sudah melakukan hubungan seks luar nikah dan termengandung, maka jangan risau penyelesaiannya ialah gugurkan bayi itu.   



Anak anda juga tak perlu risau kerana proses pengguguran bayi boleh dilakukan di klinik-klinik berhampiran dengan mudah dan tanpa sebarang masaalah.









Posted by tok_aji


copy right from email

Tips Pilih Bini


haaa.. ni dia tips paling cun untnk pilih bini.. 

Nak Pandai = Cari isteri cikgu

Nak sihat = Cari isteri doktor

Nak kaya = Cari isteri anak tan sri

Nak glamour = Cari isteri artis

Nak gaduh = Cari isteri samseng

Nak sembang = Cari isteri penceramah

Nak alim = Cari isteri ustazah

Nak gemuk = Cari isteri chef

Nak selamat = Cari isteri polis

Nak stylo = Cari isteri kaki shopping

NAK MAMPUS = Cari isteri muda yang satu (1) ofis dengan isteri tua…


by email

Pantun Toilet



Tiga Perkataan Ajaib

“tolong, maafkan saya dan terima kasih (please, sorry dan thank you).


Meminta sesuatu pertolongan dengan berhemah kemudian jika ada perkara yang salah dengan rendah hati memohon maaf dan sesudah mendapat ganjaran atau pertolongan hendaklah berterima kasih..

Mudah bukan, tapi sukar untuk dipraktikkan dalam kehidupan masa kini yang sebahagian manusia berhidung tinggi dalam kata lain EGO. 


:) tersenyum sendiri,,, yup memang susah kalau anda EGO.... 

kredit to : Dr Fauziah  received by email


Friday, October 14, 2011

Kenapa sarung cincin di jari manis?

kredit : Mysensasi




Satukan kedua tangan anda dan tekuk jari tengah ke bahagian dalam,kemudian 4 jari lainnya pertemukan ujungnya (lihat gambar).

permainan dimulai.5 pasang jari tetapi hanya sepasang yang tidak boleh dipisahkan....

1.cuba buka ibu jari anda,ibu jari boleh di buka kerana ibu jari mewakili orang tua.manusia mengalami sakit dan kematian,oleh kerana demikian orang tua kita juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

2.tutup kembali ibu jari anda dan buka jari telunjuk anda,jari telunjuk mewakili saudara kita (abang,kakak,adik).mereka memiliki keluarga sendiri,dan mereka juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

3.sekarang tutup jari telunjuk anda dan buka jari kelingking anda,jari kelingking mewakili anak-anak.cepat atau lambat anak-anak juga akan meninggalkan kita kerana mereka harus berkeluarga sendiri.

4.selanjutnya,tutup jari kelingking anda,bukalah jari manis dimana anda menyarungkan cincin perkahwinan.anda akan heran kerana jari manis tersebut tidak boleh dibuka.kerana jari manis mewakili suami isteri,selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain,sehidup semati.

*kalau masih belum paham,cuba baca ayat diatas sekali lagi.

Gambar Comel







Thursday, October 13, 2011

Permohonan Kad Nikah Negeri Selangor

Semalam harinya, saya dan hubby bercadang nak buat kad NCR kat Shah Alam. Saya pun minta kebenaran pada pegawai untuk TIME OFF sementara waktu hingga selesai. Dalam pada duk sibuk-sibuk isi borang keluar, tetiba hubby mesej. "yang, kenapa No Ic awak lain.. 850520-14-XXXX.." uit 14? kalau ikutkan lahir kat terengganu 11.. Salah banyak ni, mula lah nak temper.. Camana boleh silap, masa amik sijil tu pun pegawai tak pesan pun suruh cek kalau ada salah, so yakin je la dengan kerja mereka. Dah satu hal nak kena pergi betulkan, nasib baik boleh amend haritu juga dan kami boleh terus ke tempat permohonan di Shah Alam.


Kebetulan dah masuk waktu rehat tengah hari, kami singgah sebentar makan di Medan Selera Shah Alam. Pekena ABC freedo. Selesai makan kami pun terus ke bangunan yang ditetapkan. Jerk! Salah bangunan lah!



Bangunan Sultan Idris Shah lah, bukan Bangunan sultan salahuddin abdul aziz shah... malu sendiri :P

Apa pun prosesnya sangat cepat untuk permohonan. Pergi kat kaunter, pastikan dokumen yang dipohon lengkap baru isi borang. Submit, buat pembayaran, ambil resit & balik. Sekejap je, sebab kaunter tu memang lenggang tak perlu amik nombor. Hantar wakil pun boleh. Proses penyiapan kad 5 hari bekerja, so rabu depan dah boleh telefon tanya. 

Boleh klik sini untuk keterangan lebih lanjut Kad NCR














Tuesday, October 11, 2011

Sejarah Ayat Kursi


Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satuperintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.


Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.


Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;


"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. 

Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada  malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah  mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang  lain. 

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah-rumah di sekitarnya. 

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi juga Allah melimpahkan padanya rahmat. 

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan

70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. 

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin ' Amr r. a. , 


Rasullullah s. a. w. bersabda,

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."





Monday, October 10, 2011

Trend atau Adat?

Majlis pertunangan dah macam kenduri akad nikah..

Yup saya akui memang dah jadi trend, adat tolak tepi janji GRAND.

Dulu pihak keluarga lelaki je yang datang rumah, datang merisik bawa cincin tanda dan tepak sirih. Si lelaki duduk kat mana-mana (cuma hantar rombongan je kerumah perempuan). Buat pun secara kecil-kecilan (sembunyi-sembunyi). Tapi sekarang GAH, macam bersanding & nikah. Pakej pelaminnya, baju, makeup.. ada yang sampai mencecah ribuan ringgit. Cuma majlis pertunangan. Memangla nak merasa kelainan, tapi perlu ke sampai membazir?. Kalau ditakdirkan (kalau) tak da jodoh? Nak claim duit balik ker?

Saya pun bukan lah good-good sangat nak bicara tentang hal ni. Tapi sebolehnya bersederhana.

Majlis tunang saya?

Baju : Sendiri
Makeup : Sendiri
Hantaran  3 balas 5 sepatutnya, tapi dah jadi  5 balas 7 (sebab ada yang baik hati menambah).
Pelamin : Sendiri (Bukan pelamin sangat lor)
Makan : 50pax meraikan rombongan dan jiran tetangga. Niat "buat makan-makan"
Khemah : Sebiji

Sebolehnya nak buat kecil-kecilan, tapi keluarga nak buat secara meriah so tersedialah khemah & makan-makan tuk 50pax.

Janji dibuat secara betul, ikut syariat Islam merisik & bertunang untuk mengikat janji antara kedua belah pihak kemudian tetapkan tarikh sesuai diijab kabulkan.

Pesanan: sebaik-baiknya nikah terus atau kalau bertunang tu jangan lelama sangat.


Khasiat & Kebaikan Kurma, Kismis Madu

Sabda Rasulullah  s.a.w 
 "Berilah makan buah kurma  kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar,  bersopan santun serta cerdas pemikirannya." 


1)  KURMA 
Nabi Muhammad SAW bersabda:  
"Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat". 
  
Nabi Muhammad SAW bersabda:
  
 "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih  hatinya)"..    
 

Abu Abdillah a.s. bersabda:   
"Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".  
 
Abu Abdillah a.s. bersabda:
     
"Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan".  
   
Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s.  bersabda:  
"Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati". 



2) KISMIS 
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".
 
Nabi Muhammad SAW bersabda: 
"Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning),  menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih". 
   
Imam Ali a.s.. bersabda: 
"Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan  melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".  
  
Imam Ali a.s. bersabda: 
 

"Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan  panas dan memulihkan kesehatan jiwa".
  
Pada riwayat lain 
dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".
 


3) MADU 
Nabi Muhammad SAW bersabda: 
"Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit". 

Nabi Muhammad SAW bersabda:  
"Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu". 

Nabi Muhammad SAW bersabda: 
"Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada". 


Nabi Muhammad SAW bersabda: 
"Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa ngeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi". 


Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: 
"Madu adalah ubat dari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati". 

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Rasul saw sangat menyenangi madu".
  
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran". 











LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker