Thursday, October 13, 2011

Permohonan Kad Nikah Negeri Selangor

Semalam harinya, saya dan hubby bercadang nak buat kad NCR kat Shah Alam. Saya pun minta kebenaran pada pegawai untuk TIME OFF sementara waktu hingga selesai. Dalam pada duk sibuk-sibuk isi borang keluar, tetiba hubby mesej. "yang, kenapa No Ic awak lain.. 850520-14-XXXX.." uit 14? kalau ikutkan lahir kat terengganu 11.. Salah banyak ni, mula lah nak temper.. Camana boleh silap, masa amik sijil tu pun pegawai tak pesan pun suruh cek kalau ada salah, so yakin je la dengan kerja mereka. Dah satu hal nak kena pergi betulkan, nasib baik boleh amend haritu juga dan kami boleh terus ke tempat permohonan di Shah Alam.


Kebetulan dah masuk waktu rehat tengah hari, kami singgah sebentar makan di Medan Selera Shah Alam. Pekena ABC freedo. Selesai makan kami pun terus ke bangunan yang ditetapkan. Jerk! Salah bangunan lah!



Bangunan Sultan Idris Shah lah, bukan Bangunan sultan salahuddin abdul aziz shah... malu sendiri :P

Apa pun prosesnya sangat cepat untuk permohonan. Pergi kat kaunter, pastikan dokumen yang dipohon lengkap baru isi borang. Submit, buat pembayaran, ambil resit & balik. Sekejap je, sebab kaunter tu memang lenggang tak perlu amik nombor. Hantar wakil pun boleh. Proses penyiapan kad 5 hari bekerja, so rabu depan dah boleh telefon tanya. 

Boleh klik sini untuk keterangan lebih lanjut Kad NCR














No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker

iklan nuffnang