iklan nuffnang

Sunday, July 31, 2011

Kedatangan Ramadhan

Semoga kedatangan bulan ramadhan ini memberi rahmat dan hidayah kepadaku...

Kan ku kejar pahalaMu.....

Bulan terakhir ramadhanku berstatus "SINGLE"

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

‎"Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu." (Riwayat al-Bukhari & Muslim).



Wednesday, July 27, 2011

Solat Sunat Tasbih

Alhamdulillah selesai sudah mengerjakan solat sunat tasbih anjuran BPSM permintaan SUB.



Kaifiat Solat Sunat Tasbih



Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 tasbih. Solat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup sekali seminggu, andaikata tidak sanggup, usahakan sekali sebulan, sekiranya tidak sanggup sekali sebulan, sekali setahun, kalau setahun sekali pun tidak sanggup, kerjakanlah sekali dalam seumur hidup.  

Solat Sunat Tasbih dilakukan empat rakaat dengan satu salam. Elok dilakukan sebelah malam, namun boleh juga di siang hari. Harus diingat, wlaupun 4 rakaat, solat ini mengambil masa yg agak lama, kerana diselangi membaca 300 x tasbih.


عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لِلْعَبَّاسِ بْنِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ يَا عَبَّاسُ يَا عَمَّاهُ أَلَا أُعْطِيكَ أَلَا أَمْنَحُكَ أَلَا أَحْبُوكَ أَلَا أَفْعَلُ بِكَ عَشْرَ خِصَالٍ إِذَا أَنْتَ فَعَلْتَ ذَلِكَ غَفَرَ اللَّهُ لَكَ ذَنْبَكَ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ قَدِيمَهُ وَحَدِيثَهُ خَطَأَهُ وَعَمْدَهُ صَغِيرَهُ وَكَبِيرَهُ سِرَّهُ وَعَلَانِيَتَهُ عَشْرَ خِصَالٍ أَنْ تُصَلِّيَ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ تَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ فَاتِحَةَ الْكِتَابِ وَسُورَةً فَإِذَا فَرَغْتَ مِنْ الْقِرَاءَةِ فِي أَوَّلِ رَكْعَةٍ وَأَنْتَ قَائِمٌ قُلْتَ سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ خَمْسَ عَشْرَةَ مَرَّةً ثُمَّ تَرْكَعُ فَتَقُولُهَا وَأَنْتَ رَاكِعٌ عَشْرًا ثُمَّ تَرْفَعُ رَأْسَكَ مِنْ الرُّكُوعِ فَتَقُولُهَا عَشْرًا ثُمَّ تَهْوِي سَاجِدًا فَتَقُولُهَا وَأَنْتَ سَاجِدٌ عَشْرًا ثُمَّ تَرْفَعُ رَأْسَكَ مِنْ السُّجُودِ فَتَقُولُهَا عَشْرًا ثُمَّ تَسْجُدُ فَتَقُولُهَا عَشْرًا ثُمَّ تَرْفَعُ رَأْسَكَ فَتَقُولُهَا عَشْرًا فَذَلِكَ خَمْسٌ وَسَبْعُونَ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ تَفْعَلُ ذَلِكَ فِي أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ إِنْ اسْتَطَعْتَ أَنْ تُصَلِّيَهَا فِي كُلِّ يَوْمٍ مَرَّةً فَافْعَلْ فَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَفِي كُلِّ جُمُعَةٍ مَرَّةً فَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَفِي كُلِّ شَهْرٍ مَرَّةً فَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَفِي كُلِّ سَنَةٍ مَرَّةً فَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَفِي عُمُرِكَ مَرَّةً رواه أبو داود و إبن ماجه



Bacaan tasbih itu ialah :
 سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ
"Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah, dan tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah,
Allah Maha Besar"
 Solat ini dilakukan 4 rakaat, setiap satu rakaat kita baca 75 x tasbih. 4 rakaat menjadikannya 300 tasbih

Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:
1. selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih
2. rukuk - 10 kali tasbih
3. iktidal - 10 kali tasbih
4. sujud - 10 kali tasbih
5. duduk antara 2 sujud - 10 kali tasbih
6. sujud semula - 10 kali tasbih
7. duduk sebentar sebelum berdiri semula/selepas tahiyat awal @ akhir - 10 kali tasbih


Jadi jumpah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih . Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumpah semuanya 300 tasbih
 
Niat Solat Tasbih
أصَلِّي سُنَّةَ التَسْبِيحِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku sembahyang sunnat tasbih empat rakaat kerana Allah Ta'ala

Surah-surah yang sunat dibaca selepas al-Fatihah
1. Rakaat pertama : Surah at-Takasur
2. Rakaat Kedua : Surah al-Asr
3. Rakaat Ketiga : Surah al-Kafirun
4. Rakaat Keempat : Surah al-Ikhlas

Doa Sunat Sembahyang Tasbih



"Ya Allah, Ya Tuhanku, aku bermohon taufiq daripada Mu seperti mana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk,
dan jadikanlah amalan ini sepertimana amalan ahli yakin, dan jadikan aku dari golongan yang menerima nasihat,
orang-orang yang bertaubat, dan keazaman ku seperti mana orang-orang yang takut.
 Dan aku bermohon seperti mana pemohon orang yang suka kepada kebaikan dan beribadah
seperti ibadat orang-orang yang warak. Dan jadikan pengetahuanku ini sebagai ahli-ahli yang berilmu
sehingga aku termasuk ke dalam golongan orang yang takut kepada Engkau
Ya Allah, aku memohon kepadaMu,
jadikan dalam diriku ini perasaan takut yang dapat menghalang aku daripada melakukan maksiat
sehinggalah aku beramal dengan penuh ketaatan kepadaMu sebagaimana amalan
yang aku merasa perlu mendapatkan keredhaanMu dan juga sehingga aku betul-betul ikhlas
dan bertawakal kepadMu dalam setiap perkara, dan aku memohon supaya menjadi orang yang baik sangka
terhadap Engkau Maha Suci Engkau Pencipta Cahaya kebenaran.
Ya Tuhan kami, sempurnakanlah kepada kami cahaya kebenaran, dan ampunilah kami.
Sesungguhnya di atas sesuatu itu Engkau Maha Berkuasa."







Tuesday, July 26, 2011

Perhimpunan Bulanan Bil. 4/2011

Tayangan video aktiviti BPSM sepanjang bulan Jun - July 2011

Ceramah Khas
Y.Bhg Dato' Ustazah Siti Noor Bahyah Binti Mahamod 
"Ramadhan Hadirmu Di nanti, Fadhilatmu Dicari"

Ustazah tak pernah semput yer.... Memang lancar berkata-kata, selama 1 jam tanpa henti tanpa berhenti untuk minum walaupun untuk membasahkan tekak...  Ustazah juga diberi peluang mengendalikan satu program yang akan diadakan pada bulan ramadhan selama 40saat sebelum berita utama tv3 & tv9 (rakaman dibuat selama 6 jam bermula 10malam-4pagi) untuk menghabiskan 30 episod "caya lah!... 1 day only". 

Keberkatan di bulan ramadhan, kelebihan mengejar ganjaran di bulan ramadhan.

"carilah malam lailatulqadar  pada 10 malam yang terakhir tanpa mengira hari ganjil"


1. Mencari keberkatan "bersahurlah kamu" 
2. Berpuasa segalanya "kawal nafsu bukan nafsu mengawalmu"
3. Terbuka semua pintu SYURGA
4. Tertutup semua pintu NERAKA
5. Bermaafan lah kamu sesama INSAN sebelum melangkah ke Bulan Ramadhan semoga hatimu tenang mengerjakan Rukun Islam yang ketiga.











Monday, July 25, 2011

Cukur Jambul Aira




Si Comel Aira yang lena tidur....



Saturday, July 16, 2011

Nisfu Syaaban

Malam Nisfu Syaaban
Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril as pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata, Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit!" Kata saya (Nabi Muhammad SAW): "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."
Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca: "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.

Wednesday, July 13, 2011

Subject: Panadol dan ubat cap kapak tiruan

Semua Ini Palsu @ Tiruan Dot..dot..dot… 
Jalan Chow Kit
Kuala Lumpur
19 April, 2011
12.30 tghri
 
Sejak beberapa tahun lalu, entah berapa kali kawasan ini diserbu.
Namun, ia seolah tidak berkesudahan.
Namun, tugas tetap dilaksanakan demi kepentingan pengguna.
Saya percaya, penjual sendiri tidak akan menggunakan produk yang mereka jual kerana tahu risikonya.
Serbuan jam 12.30 tengahari tadi menghasilkan rampasan bernilai hampir setengah juta ringgit.
17 buah kedai diserbu serentak di beberapa lokasi sekitar ibunegar a oleh 60 penguatkuasa Farmasi Kementerian Kesihatan cawangan Wilayah Persekutuan.
Operasi diketuai Ketua Penolong Pengarah Kanannya, Adnan Salimin dan turut dibantu anffota dari beberapa cawangan lain.
Tidak kurang juga kedai yang sempat menutup perniagaan mereka dari dikenakan tindakan.
Seolah-olah tahu mereka menjual barangan yang salah, peniaga hanya berdiam diri.
Malah ada yang mengakui mengetahui kesalahan yang mereka lakukan.
Apa yang tidak ada di sini – yang terkenal sebagai pusat pengedaran dan jualan pelbagai jenis tonik, jamu, ubat , produk kecantikan dan kesihatan.
Bukan semuanya tiruan, palsu atau mengandungi bahan dilarang atau tidak berdaftar.
Ada barang yang dirampas, cukup semua sifat dan bukan tiruan @ palsu tetapi kesalahan dilakukan ialah ubat yang sepatutnya hanya boleh dijual di farmasi / perskripsi doktor, tetapi ada juga dijual di sini.
Namun serbuan hari ini benar-benar mengejutkan kerana banyak ‘barang baru’ ditemui!
Paling mengejutkan penemuan Panadol yang dipercayai tiruan yang turut ditampal hologram tiruan Kementerian Kesihatan.
Pekedai mendakwa, ianya dibekalkan oleh seseorang dan mendakwa boleh membekalkan apa sahaja kehendak pekedai, namun enggan memberikan pengenalan diri.
Alat ‘meditag’ yang dibekalkan Kementerian untuk pekedai memang terdapat di kedai-kedai di sini, dan dengan mudah boleh mengesan samada hologram itu palsu atau tulen.
Namun, ianya hanya dijadikan perhiasan dan mereka tetap menjual yang palsu @ tiruan.
Selain Panadol, juga ditemui Eye Mo- juga hologram palsu.
Dan Minyak angin Cap Kapak – yang didapati tiada logo hologram pada kotaknya – dan juga dipercayai adalah tiruan @ palsu.
Selain itu, turut dirampas pelbagai ubat dan pil yang telah lama diharamkan penjualannya berikutan mengandungi steroid, dexamethasone dan sibutramine.
Juga dirampas 100 kotak Lami kapsul (sibutramine), babyface kosmetik (hydroquinone).
Tupai kuat (jamu ubat papan- mengandungi streroid)
Dan air ikan haruan (jamu tonik – steroid).
Ubat ini pula, jika diambil, akan menyebabka pengguna akan menjadi lebih mangantuk.
Semuanya berjumlah kira-kira 400 jenis produk dirampas.
Yang pasti, ubat-ubat ini tidak didaftar dengan Kementerian Kesihatan, atau mempunyai nombor pendaftaran palsu.
Kuasa yang ada pada pihak berkuasa farmasi hanya terhad pada bidangkuasa mereka sahaja.
Premis ini sepatutnya telah lama diambil tindakan melalui pihak berkuasa tempatan namun ia tetap berdiri teguh, malah semakin maju!
Nota: Kebanyakan peniaga, mendakwa mereka berasal dari Acheh, Indonesia.
Jika dikaji, mengapakah semakin banyak pusat dialisis dibuka?
Semuanya kerana semakin banyak penyakit berada di dalam tubuh rakyat Malaysia yang terlalu percaya, gemar dan hobi mengambil pelbagai ubat semata-mata konon ingin kuat, cantik, bergetah, menawan , ketat, besar, panjang, kukuh dan pelbagai mitos bodoh dan tak masuk akal.


By ondscene on April 19th, 2011

Lirik Lagu Pokok – Meet Uncle Hussain


          Tersesat malu bertanya

          Tak tahu tak tahu ke mana
          Terlalu banyak alasannya
          Ku terdiam

          Menyusur di kaki lima
          Terlihat bayang wajah kelmarin
          Tersentuh hati bagai luruh

          Chorus
          Tanya sama pokok apa sebab goyang
          Jawab angin yang goncang
          Terbang burung terbang
          Patah sayap diduga
          Seandainya rebah
          Kau masih ada

          Terlalu mahu dan mahu
          Terlupa apa yang perlu
          Terlalu banyak alasannya
          Duduk terdiam

          Tak mudah namun tak susah
          Terserah atas pilihan
          Tersentuh hati mula luruh



          Ulang Chorus
          Kau masih ada
          Kau masih ada
          Kau masih ada
          Kau masih ada



          Terlalu mahu dan mahu
          Terlupa apa yang perlu
          Terlalu banyak alasannya
          Duduk terdiam



          Tak mudah namun tak susah
          Terserah atas pilihan
          Tersentuh hati mula luruh
          Tanya sama pokok






Tuesday, July 12, 2011

Senarai semak

Jerk!... pening kepala bila fikir-fikirkan...


Kad kahwin dah SIAP, tengah senarai nama pemunya KAD.


En Tunang, nanti kita pergi jalan-jalan cari PASAL yer :P.. Cari baranglah!, ada yang tak cukup lagi ni..


Susut nilai dalam BANK ....

Lirik Lagu Jaclyn, Ning Baizura & Shila - Seribu Sesalan

[Shila]
Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang
Sunyi sepi
Juga rembulan
Dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

[Ning]
Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu

[Jaclyn]
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

[Ning]
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi

[Shila]
Kisah janji dimungkiri lagi
Kekasihku di jalanan yang berliku

[Ning]
Di saat ku perlukanmu

[Jac]
Tertutup jua segalanya terhadapmu

[Ning]
Di sini ku tersedu-sedu

[Shila]
Setelah cinta pergi

[Jac]
Ku mengusung duka ini diiringi


[Shila]
Kisah janji

[Jac]
Dimungkiri

[Ning]
Dimungkiri

[Jac]
Sia-sia ku

[Ning]
Mencintaimu

[Shila]
Setia padamu

[Jac]
Percayakanmu

[Jac, Shila & Ning]
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

[Jac]
Sia-sia ku

[Ning]
Mencintaimu

[Shila]
Setia padamu

[Jac]
Percayakanmu

[Jac, Shila & Ning]
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Beribu sesalanku...

Kurangkan obesiti cara semulajadi

    Daun salam


* Pilih lima hingga tujuh helai daun salam yang masih segar. Cuci bersih dan masak dengan air secukupnya sehingga mendidih. Kemudian tapis dan dibiar sejuk. Amalkan minum air rebusan daun salam ini sebelum makan pada waktu siang dan malam


 Limau Nipis

* Ambil limau nipis dan dibelah empat. Perahkan jusnya dan campurkan dengan secawan teh pahit yang pekat. Minum setiap malam sebelum tidur.

   Buah Delima

* Ambil dua lembar daun delima muda. Cuci dan tumbuk sehingga halus, ramas dan tambahkan air panas sebanyak tiga gelas. Campurkan dengan sedikit garam, dan tapis. Amalkan minum dua gelas hingga tiga kali sehari sebanyak setengah gelas.

Nanas
* Sediakan sebiji buah nanas yang tidak terlalu masak, kupas dan cuci bersih. Potong mengikut keperluan, dan parut untuk diambil jusnya. Ambil pati nanas tadi dan minum dua kali sehari


Monday, July 11, 2011

Lirik Lagu Ungu - Percaya Padaku

aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu

seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu

reff:
berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku
ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku
saat ku tahu kau akan pergi jauh
izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)
agar kau tahu betapa ku terlalu
mencintaimu aku akan menunggu
hingga dirimu kembali untukku

repeat reff
tolonglah aku bagaimana diriku
ungkapkan itu rasa yang membelenggu
dalam hatiku ku cinta padamu

repeat reff
berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker