Semua Ini Palsu @ Tiruan Dot..dot..dot…
Jalan Chow Kit
Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
19 April, 2011
12.30 tghri
Sejak beberapa tahun lalu, entah berapa kali kawasan ini diserbu.
Namun, ia seolah tidak berkesudahan.
Namun, tugas tetap dilaksanakan demi kepentingan pengguna.
Saya percaya, penjual sendiri tidak akan menggunakan produk yang mereka jual kerana tahu risikonya.
Serbuan jam 12.30 tengahari tadi menghasilkan rampasan bernilai hampir setengah juta ringgit.
17 buah kedai diserbu serentak di beberapa lokasi sekitar ibunegar a oleh 60 penguatkuasa Farmasi Kementerian Kesihatan cawangan Wilayah Persekutuan.
Operasi diketuai Ketua Penolong Pengarah Kanannya, Adnan Salimin dan turut dibantu anffota dari beberapa cawangan lain.
Tidak kurang juga kedai yang sempat menutup perniagaan mereka dari dikenakan tindakan.
Seolah-olah tahu mereka menjual barangan yang salah, peniaga hanya berdiam diri.
Malah ada yang mengakui mengetahui kesalahan yang mereka lakukan.
Apa yang tidak ada di sini – yang terkenal sebagai pusat pengedaran dan jualan pelbagai jenis tonik, jamu, ubat , produk kecantikan dan kesihatan.
Bukan semuanya tiruan, palsu atau mengandungi bahan dilarang atau tidak berdaftar.
Ada barang yang dirampas, cukup semua sifat dan bukan tiruan @ palsu tetapi kesalahan dilakukan ialah ubat yang sepatutnya hanya boleh dijual di farmasi / perskripsi doktor, tetapi ada juga dijual di sini.
Namun serbuan hari ini benar-benar mengejutkan kerana banyak ‘barang baru’ ditemui!
Paling mengejutkan penemuan Panadol yang dipercayai tiruan yang turut ditampal hologram tiruan Kementerian Kesihatan.
Pekedai mendakwa, ianya dibekalkan oleh seseorang dan mendakwa boleh membekalkan apa sahaja kehendak pekedai, namun enggan memberikan pengenalan diri.
Alat ‘meditag’ yang dibekalkan Kementerian untuk pekedai memang terdapat di kedai-kedai di sini, dan dengan mudah boleh mengesan samada hologram itu palsu atau tulen.
Namun, ianya hanya dijadikan perhiasan dan mereka tetap menjual yang palsu @ tiruan.
Selain Panadol, juga ditemui Eye Mo- juga hologram palsu.
Dan Minyak angin Cap Kapak – yang didapati tiada logo hologram pada kotaknya – dan juga dipercayai adalah tiruan @ palsu.
Selain itu, turut dirampas pelbagai ubat dan pil yang telah lama diharamkan penjualannya berikutan mengandungi steroid, dexamethasone dan sibutramine.
Juga dirampas 100 kotak Lami kapsul (sibutramine), babyface kosmetik (hydroquinone).
Tupai kuat (jamu ubat papan- mengandungi streroid)
Dan air ikan haruan (jamu tonik – steroid).
Ubat ini pula, jika diambil, akan menyebabka pengguna akan menjadi lebih mangantuk.
Semuanya berjumlah kira-kira 400 jenis produk dirampas.
Yang pasti, ubat-ubat ini tidak didaftar dengan Kementerian Kesihatan, atau mempunyai nombor pendaftaran palsu.
Kuasa yang ada pada pihak berkuasa farmasi hanya terhad pada bidangkuasa mereka sahaja.
Premis ini sepatutnya telah lama diambil tindakan melalui pihak berkuasa tempatan namun ia tetap berdiri teguh, malah semakin maju!
Nota: Kebanyakan peniaga, mendakwa mereka berasal dari Acheh, Indonesia.
Jika dikaji, mengapakah semakin banyak pusat dialisis dibuka?
Semuanya kerana semakin banyak penyakit berada di dalam tubuh rakyat Malaysia yang terlalu percaya, gemar dan hobi mengambil pelbagai ubat semata-mata konon ingin kuat, cantik, bergetah, menawan , ketat, besar, panjang, kukuh dan pelbagai mitos bodoh dan tak masuk akal.
By ondscene on April 19th, 2011
No comments:
Post a Comment