iklan nuffnang

Tuesday, May 31, 2011

Petua dapatkan Anak Perempuan

1. Berdoa untuk dapat anak perempuan sebelum bersama suami
2. Bersama suami ketika waktu subur isteri
3. Suami merembeskan hanya 50 % air mani di dalam rahim, selebihnya di luar pangkal rahim.
4. Selepas bersama tidur mengiring ke kiri.
5. Banyakkan membaca surah Maryam
6. Ibu mengamalkan mengurut perut dan memanggil bayi dalam kandungan Maryam/ Siti Aisyah
7. Lebihkan makan makanan berasid ketika usia 1- 4 bulan. Misalnya jagung, oat, roti, spaghetti, makaroni, buah zaitun, plum, prune, pelbagai jenis kekacang spt kacang soya, kacang kuda, kacang dhal, kacang merah, hasil tenusu spt mentega, keju, aiskrim, mentega kacang, gajus, walnut, daging merah, sardin, kopi, minuman bergas spt coca cola.

sumber : mingguan wanita,Mei 2011

Lelaki vs Perempuan


Lelaki : Tak perlu nak jaga muka sangat ... katanya "muka tak hensem pun, kalau pandai mengayat perempuan cair juga" -cit!

Perempuan : Kena selalu take care of Face.. kalau muka licin, kalau kusam pun tak cantik.. kalau muka putih melepak pun, kalau penuh PIMPLES pun tak cantik juga..  Leceh betul!

Lelaki : Pakai baju SEMPOI pun tak ape.. kalau orang umpat ke ape ke.. buat tak kisah jer!

Perempuan : Kalau pakai selekeh sikit.. Ya rabbi... Orang pandang tak kedip-kedip then dok mengumpat bagai.. jerk!

Lelaki : Selalu fikir bila dah jadi BOYFRIEND dia boleh kawal semua.. SORRY guys! You orang belum di angkat sebagai SUAMI.. so TIADA kompromi untuk kami KAUM hawa nak ikut Telunjuk anda dah buat diri macam hamba ABADI.. (kalau perkara baik & menguntungkan kami masuk SYURGA kami boleh IKUT)

Perempuan : Selalu fikir bila dah jadi GIRLFRIEND dia boleh kawal semua... (cam sama jer)... ^_^  Please lor jangan terlalu MUDAH memberi.. tu je pesanan ringkas saya! (faham-faham lor sendiri)

Lelaki : Kalau cakap NAK TINGGI jer ^_^

Perempuan : Nak semua orang dengar CAKAP dia, walaupun kadang-kadang MEREPEK MERABAN jer!

p.s : jika ada salah & silap atau terkesan dihati MOHON MAAF yer!
       nak komen pun di ALU-ALU kan..


Thursday, May 26, 2011

Katil Baby ^_^

Father In Law buatkan katil baby sendiri for my bakal Adik Ipar... 


Kelambu dibeli di IKEA (adiah dr Bos father In Law)

Wednesday, May 25, 2011

Jawatan Kosong dimansuhkan

Surat Edaran: JPA.BPO(S) 71/3/4-2 Jld. 3(17)
23 Mei 2011

Pembekuan Pengambilan/ Pengisian Jawatan Dan Pemansuhan Jawatan Kosong Di Semua Kementerian Dan Jabatan Persekutuan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Persekutuan Dan Badan Berkanun Negeri

Muat Turun Surat Edaran: JPA.BPO(S) 71/3/4-2 Jld. 3(17)






AirAsia Promotion


Click This BIG SALE! Picture to MORE INFO






Monday, May 23, 2011

Tragedi Tanah Runtuh di Hulu Langat..

Al Fatihah pada mangsa-mangsa kejadian.



Tanggal 21 Mei, kita dikejutkan dengan laporan kejadian Tanah Runtuh yang berlaku di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa yang bertempat di Hulu Langat. Kejadian berlaku akibat hakisan tanah yang berada dekat dengan Rumah Anak Yatim berkemungkinan berpunca daripada faktor alam semula jadi, iaitu aliran puing (debris flow).Difahamkan sebelum kejadian, Rumah Anak Yatim berkenaan ingin mengadakan satu majlis yang dijadual pada 5 petang pada hari tersebut. Walaubagaimanapun, sejumlah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding, Batu 14 Hulu Langat. Marilah kita sama-sama menginsafi diri & menyedekahkan Al Fatihah buat mangsa yang terkorban dalam Tanah Runtuh yang berlaku.







Wednesday, May 18, 2011

Kontroversi Ziana Zain



SELAMA 20 tahun menceburi bidang seni, jarang sekali nama Ziana Zain dicalit dengan kontroversi. Namun, sehebat mana dirinya cuba menepis kontroversi dia akhirnya tewas.
Pemilik sebenar nama Siti Roziana Zain ini tiba-tiba sahaja dilabel sebagai tidak profesional dan berlagak diva.
Semuanya gara-gara pelantun lagu Puncak Kasih itu enggan mengayakan baju 'bareback' rekaan Christian Dior yang mendedahkan sebahagian besar bahagian belakang badannya untuk muka depan sebuah majalah fesyen terkenal.
Ziana juga dikatakan nekad meninggalkan sesi fotografi yang menggandingkan dirinya bersama Erra Fazira, Ning Baizura dan Fauziah Latiff itu kerana terlalu marah.
Akibatnya, sesi fotografi untuk muka depan majalah itu terpaksa diteruskan hanya dengan Fauziah Latiff yang kemudian disertai oleh Dayang Nurfaezah, Misha Omar dan Mizz Nina yang menggantikan Ziana, Erra dan Ning.
Malah, impak daripada tindakan Ziana itu, majalah tersebut telah menyiarkan artikel susulan tentang kakak kepada penyanyi Anuar Zain itu.
Berikut antara sedutan daripada artikel dalam majalah tersebut yang tertulis: 'Apabila kita terlalu emosional kita akan hilang pertimbangan dan bertindak di luar priofesionalisme. Masih banyak cara untuk mengatasinya. Soalnya, Ziana tidak memberi ruang untuk warga kerja kami berbuat demikian.
'Ada yang bertanya antara keempat-empat diva ini siapa yang paling 'kertu' (tua), tetapi kami tidak menganggap diri Ziana yang sudah berumur 43 tahun itu 'kertu' (kecuali dia anggap dirinya kertu). Justeru, kita lihat majalah tidak pernah menuakan Ziana (kecuali Ziana sendiri)'.
Kosmo! berpeluang mendapatkan jawapan Ziana berhubung perkara tersebut pada pertemuan sempena sambutan hari lahirnya yang dilangsungkan di Hotel Vistana, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Mengenakan persalinan ungu rekaan pereka terkenal Rizman Ruzaini, Ziana yang masih anggun dan jelita pada usia 43 tahun itu melahirkan rasa sedih dan menganggap perkara tersebut merupakan pengalaman pahit dalam hidupnya.
"Selama 20 tahun berada dalam industri hiburan, saya tidak pernah dilanda kontroversi seperti ini. Saya tidak mahu nama saya buruk disebabkan mengenakan pakaian sedemikian.
"Saya kena pakai pakaian mengikut usia saya. Saya kena tahu jaga hati peminat saya. Bagaimanapun, perkara seperti itu terjadi juga sehinggakan ada segelintir pihak mengatakan saya berlagak diva.
"Namun begitu, ramai peminat masih pertahankan diri saya" kata Ziana yang masih tidak dapat melupakan indiden yang berlaku pada bulan Mac tahun ini tersebut.
Insiden memalukan itu turut mendapat reaksi daripada ayah Ziana, Zain Abdullah.
"Dia tidak tahu ke yang dia kutuk itu anak siapa? Orang ini betul-betul kurang ajar," kata Ziana mengulas mengenai apa yang dikatakan oleh ayahnya.
Pak Zain turut menasihatkan anak sulung daripada lima beradik itu agar tidak terlalu tunduk kepada orang. Ada masanya dia perlu bertindak.
Ditebak sama ada dia mahu menyaman majalah tersebut, kata Ziana, dia tidak sampai ke tahap untuk menyaman majalah tersebut.

Monday, May 16, 2011

Separuh Hari di?

Klinik Kesihatan Putrajaya... 

Book untuk HIV Test  (perkahwinan)... Boleh jer nak booking secara talian telefon.. tapi macam rasa tak best plak, karang tak pasal-pasal kena datang juga BOOK, baik pergi je.. Kebetulan hari ni ramai cuti, so MAYBE tak ramai orang hari ni ke klinik.. Klinik petang buka area jam 2.00pm.. saya pulak tersampai awal.. around 1.45pm.. tunggu dalam 15 minit... Daftar, amik no giliran.. Sampai no NAIK, saya pun terkedek-kedek pergi ke kaunter..
"saya nak buat temujanji untuk HIV Test " beritahuku pada petugas kaunter. 
"Owh, kalau nak buat temujanji...awak cuma perlu pergi ke kaunter pertanyaan buat booking di sana.." beritahu dia pula..
"kena amik no ke?!" soal ku lagi.. 
"eh tak perlu..." beritahu dia kepada ku.. 
"kalau macamtu, saya nak buat pemeriksaan kesihatan je lah.." beritahuku pula. 
Alang-alang, buat dua perkara dalam 1 hari.. BOOKing tu sekejap jer, mujur tak ramai orang.. Cuma tang nak menunggu tuk pemeriksaan kesihatan, ambil masa 2 jam... Letih bangat! Dah la 1st pergi ke klinik putrajaya, mula tu rasa BONGOK sangat.. Amik No, register... pergi ke kaunter lain... Dapatkan no BILIK.. scan.. TUNGGU almost 2 hours, dapat MASUK bilik.. keluar TUNGGU untuk amik ubat plak.. yup berbaloi 1/2 day saya... kenapa rasa bongok sebab saya mungkin tak dipanggil kalau TAK SCAN no saya.. Mana lah cek nak tau, nasiblah petugas tu tegur.. Tempat Scan tu pulak, alahai... tak berapa nak agak kat tempatnya...  Tekad dalam hati "nak kumpul duit bebanyak, mana tau kalau sakit duit tu nak pakai tuk buat rawatan kat HOSPITAL/KLINIK swasta.. tak sanggup nak tunggu lama" - dari sakit sikit bertambah sakit... Prefer kalau demam/selsema/batuk yang rasa RINGAN better pergi klinik SWASTA.. Walaupun kerja GOMEN, ada kemudahan..tak salah rasanya memilih kan? Apapun saya letih menunggu tadi. Oleh itu nasihat terbaik saya "jagalah kesihatan anda mulai sekarang!" 

Saturday, May 14, 2011

Wajah Penyimbah Asid


Attention! Massage from IPD tun razak,motor suspect simbah acid,dpt d kesan : honda ex5. WPV 4963.plz b alert n share this to all.thanks ~

Thursday, May 12, 2011

Anda ada 60 saat


Esok Jam 900 pagi... Argh.... betul-betul terlupa..ada 1 lagi pertandingan yang saya masuk :P

Wednesday, May 11, 2011

Allah Menyembunyikan 3 Perkara Dalam 3 Perkara


Allah Menyembunyikan 3 Perkara Dalam 3 Perkara
01.Allah menyembunyikan redha-Nya dalam ketaatan hamba-Nya kepada-Nya.
Oleh itu, jangan memperkecilkan apa jua bentuk amal kebaikan, manalah tahu di situ terdapat redha-Nya.
02.Allah menyembunyikan kemurkaan-Nya dalam kemaksiatan hamba terhadap-Nya.
Oleh itu janganlah engkau mengambil mudah setiap kemaksiatan walaupun ringan, manalah tahu di situ terdapat kemurkaan-Nya.
03.Allah menyembunyikan wali-Nya dikalangan hamba-Nya.
Oleh itu jangan engkau hina siapa jua kerana manalah tahu itu adalah wali-Nya.

copy paste from artikel 

Tuesday, May 10, 2011

Gemuruh

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Gemuruh berhadapan dengan Penyokong, Peserta & Juri.... Pertandingan Pencarian Bakat Baru Pengacara Majlis berlangsung dengan jayanya. Sesi cabutan no giliran di mulakan ... Jeng..jeng, No 4 dari 12 peserta.. Dimaklumkan 3 daripadanya tidak dapat menghadirkan diri kerana cuti tanpa Rekod (KPSL). So peserta cuma 9 orang yang bertanding pada hari ini. Kecut perut dibuatnya... Cool..cool kasi redah je! Gamble jer, walaupun dah mengeletar tubuh... nasib tak gagap. Potong betul bila suara perlahan so kurang jelas, sebabnya cakap jauh dari mikrofon... Tapi yang best CC kata "suara ina sedap didengar, cuma tu la...kurang jelas.." wuaaaa..... sedihnya! Maklumlah 1st time, so manalah tau kena dekatkan bibir dengan mikrofon tu..sebab rasanya macam kuat je saya bercakap :P ... Kalau tak menang pun tak mengapalah, janji saya dah beranikan diri tu masuk pertandingan yang di anjurkan.. cayuk! cayuk!.. Keputusan akan di umumkan pada satu tarikh iaitu pada 24 mei 2011 (Selasa).



Wakil dr Unit T&K

      


Usin Nanchan

Tanggal 09 Mei 2011, Unit Kewangan & Akaun telah mengadakan 1 majlis untuk meraikan PSU (usin Nanchan) yang bakal bertukar ke tempat kerja baru pada 16 Mei 2011. Seramai 17 orang dapat dikumpul daripada 21 orang.

Lokasi : Kenny Rogers Alamanda Putrajaya.

Date : 09 Mei 2011

Time : 12.45pm






Al-Quran Maya


Kemudahan yang harus dikongsi bersama.. Al-Quran Flash

Tuesday, May 3, 2011

Siapa Dia Sebelum Daku #Roy & Fran

( F )
Aku selalu memikirkannya
Siapa dia sebelum daku
Gadis kau puja hingga kecewa
Kini kau tak menyatakan

1
( R )
Aku pun jua sering tertanya
Siapa dia sebelum daku
Pria kau puja hingga merana
Kau merahsiakan dariku

2
( R & F )
Sejak kau wujud dalam hidupku
Semuanya telah terpadam
Bak bayangan yang indah
Di malam purnama
Di telan mentari pagi

( R & F )
Apa disentuh sejarah dulu
Hanya menyakit hati sendiri
Telah ditemukan kita berdua
Engkaulah sinar hidupku

(ulang 1)

( ulang dari 2 )

Engkaulah sinar...
Engkaulah pelita...
Engkaulah sinar...
hidupku

Doa Buat Kekasih

Andainya aku bertanya
Padamu tentang bahagia
Di mana nilai setia
Di manakah puncak cinta

Mahukah engkau mengerti
Harapan serupa mimpi
Ianya dapat terjadi
Atau hilang tak berganti

Sejarah mengajar kita
Menjadi lebih dewasa
Meniti arus angkara
Lupakan kisah yang lalu
Teguhkan tugu imanmu
Doaku buat kekasih

Yang dulu usah dirindu
Hilangkanlah dari hatimu
Doaku buatmu kekasih

Yang dulu usah dirindu
Hilangkanlah dari hatimu
Doaku buatmu kekasih

Lagu Duet Bersama nanti :)

Lucu & Romantis

Saya tak harap pun awak bagi kejutan macam tu, tapi saya nak juga rasa perasaan tu.

Lucu... tapi saya suka sangat!

"cepat..cepat buka beg saya, lemas dah benda tu!" kata En Tunang tiba-tiba..

"????... Lemas?" Pelik dalam hati.

"Bukan zip tu...zip yang besar tu" kata en Tunang lagi, bila tengok saya tersalah buka zip beg yang sebenar.. Dengan hati-hati saya buka zip yang disuruh En Tunang, tiba-tiba nampak ada patung BEAR warna coklat & coklat!...

"suka tak?" soal En Tunang

"Bear tak comei.." kata ku.. Boleh pulak complain..

Ceh bukan nak cakap terima kasih, kutuk pulak! Kesian en Tunang.. apapun saya tetap suka dengan kejutan yang awak bagi. Nie mesti sebab nak redakan rajuk saya hari sabtu hari tu... Tulah, saya dah tak mahu.. nak ajak juga! kan dah ganggu awak nak berpesta dengan kawan-kawan :D



"bear tu untuk taruk dalam kereta.." beritahu en Tunang..

"kalau saya nak peluk buat tidur boleh?" soal ku pula.

"suka hati awak la yang..tapi bear pink taruk mana?"

"bear pink duk jauh... BULU, ada asma!" :D

Happy with you... Manisnya Cinta

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker