iklan nuffnang

Thursday, March 31, 2011

8 Kesalahan Ketika Memakai Tudung

gambar hiasan dari GOOGLE

1. Ada muslimah memakai tudung hanya kerana mahu menutup bahagian rambut sahaja sedangkan bahagian lain tidak ditutup

2. Bertudung tetapi memakai kemeja T berlengan pendek.

3. Bertudung tetapi baju yang dipakai mengikut bentuk tubuh selain terbelah kainnya.

4. Bertudung tetapi baju/seluar sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah "tergoda".

5. Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambut.

6. Bertudung tetapi hanya memakainya dipejabat sahaja. Tidak sekitar rumah, pasar raya dan sebagainya.

7. Bertudung tetapi tudungnya diikat ke belakang leher, maka terdedah dadanya dari ditutupi kain tudung

8. Bertudung tetapi dengan tudung yang dipakai amat nipis sehingga kelihatan sanggul, leher, tengkuk dan dadanya. Sebahagian wanita menyangka bahawa menutup aurat itu adalah menutup bahagian rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali.

Tuesday, March 29, 2011

Lirik Lagu ST12 KebesaranMu

Kau tempatku mengadu hati
memberi segala hidup
dunia dan seisinya milik-Mu
mencintai-Mu sejati

ku manusia yang penuh dosa
berharap ampunan-Mu
lihat di langit kesempurnaan hati-Mu
Kau cinta pertama dalam hidup

reff:
Allahu Akbar Maha Besar
memuja-Mu begitu indah
selalu Kau berikan semua
kebesaran-Mu Tuhan

repeat reff [3x]

kebesaran-Mu Tuhan

Dating Ke Meeting??

Peringatan Pertama...

28Mac2011, saya diserbu kerana.... Huhuhu sedihnya..kena tegur! Oleh kerana terlupa hantar laporan ke Bahagian Akaun.. Jadi saya & Akram terpaksa tanggung akibatnya. Akaun Kena Bayar (AKB) report tak hantar sebab TAKDE DATA, nak hantar camana?!.. Tapi akui kesalahan sendiri sebab takde inisiatif nak kol orang bahagian ESPKB tanya kenapa report keluar macam tu.. Sudahnya seharian kami bertungkus lumus nak siapkan report secara MANUAL.. Argh!! Mana lah saya tau,pastu nak mengajar si Akram pulak dah.. Try ur BEST darling! Hari ni ada pelancaran E-Tukar, saya tak dapat nak join sebab ada pungutan cek so kena pegi BANK kul 1030pagi nanti.. huhu kelam kabut juga pagi tu nak siapkan sebab CC saya nak join pelancaran tue.. Pendaftar Mel do it job (DONE) then ME, after that CC.. Sistem pulak buat hal.. tapi syukur dapat juga dilakukan, CC pun dapat join E-tukar tu.. Selesai, buat kerja lain pulak dengan si Akram pasal benda report yang tak submit tu.. Ops 1030pagi "akram, ina pegi bank dulu..nanti balik kita sambung balik" "ok!" Pegi bank, buat urusan tak sampai 5minit then balik opis continue kerja.. Sampai suma budak opis balik dari pelancaran tu, kami masih tak siap2 keja.. Yelah 1st buat so terkial2 nak baca report secara manual, selalu print report dah ada :( tapi kali ni report problem kena buat manual...Kalau boleh taknak pegi lunch, tapi setelah dipaksa untuk MAKAN oleh kawan2, saya Order ROTI je tuk Lunch..cukupla sekadar alas perut, selagi tak siap keja tak tenang rasa. Alhamdulillah, dah mula surut kerja tu.. Esok nak dating lagi..eh bukan nak siapkan laporan tu :D

Monday, March 28, 2011

Bukit Broga

Ahad 27 Mac 2011

Semangat berkobar ni nak mendaki, pakai baju yang bersesuaian + sport shoes yang baru 2 kali pakai.. Kali ni saya ready tuk mendaki! Perjalanan bermula, tengok signboard 1.7km...Urm.. Cayok! cayok!.. Baru tak sampai separuh mendaki, "yang penat.." saya dah mula merengek kepenatan, En Tunang hulurkan sebotol air mineral buat saya minum seteguk dua, "ah... lega sikit"..tapi tetap penat!.. Pendakian diteruskan, dalam cuaca panas terik...En Tunang pula bagi support yang tak terhingga, hingga akhirnya saya berjaya ke Puncaknya! "Yea..yea!!, seronoknya dah sampai..walaupun ada lagi separuh pendakian.. "sikit-skit sudah, hari pun dah nak senja.."snap..snap..snap dua tiga keping gambar pemandangan di puncak Bukit Broga!" "yunk tengok sunset!"...so romantik, "tq sayang!" -ceh, ngarut manada.. "cepat lah turun yunk, hari nak gelap ni..manada lampu jalan.." kata saya. "jangan risau saya bawa lampu" kata En. Tunang pula. "ceh, cukup ke nak suluh lampu tu... karang tergolek pula saya" desis saya dalam hati.. Eh apa ni, dah macam dialog cerpen plak :P . Anyway ni kira kali ke-3 saya buat pendakian sepanjang hidup ni, dah tak larat lah nak mendaki... Cukup2 la ye En Tunang, saya punya stamina nak mendaki tak seperti dulu :P Joging pun tak larat... tapi orang kata alah bisa tegal biasa.. lama-lama nanti biasa la tu..bak kata en Tunang..Anywei.. BEST! rasa puas bila dah sampai kemuncak, lagi2 dapat tengok SUNSET dari atas Bukit :D Terima kasih En Tunang, walaupun esok keja pasti LETIH


Sunday, March 27, 2011

Ukuran BMI

Cara kiraan BMI ialah membahagikan berat badan dengan ketinggian (dalam meter) ganda dua atau

Berat (kilogram)/[Tinggi (meter) x tinggi (meter)]

Friday, March 25, 2011

Sesi Photo 5s

Unit Akaun
Tiada dalam Gambar Pn. Rohani Bt Ismail, Pn Hasnah Bt Saleh

Unit Kewangan
Tiada dalam gambar Pn. Julaiana Bt Abdul Kadir

Tuesday, March 22, 2011

Kisah SUSU


Basic Tips!

Untuk Leher :
Pastikan sapu losyen/apepun dari arah bawah ke atas bagi mengelakkan urutan kebawah menyebabkan leher kendur.
Tumit kaki :
Selepas mandi sapu losyen! Kalau boleh satu badan seperti yang saya buat selalu untuk dapatkan kulit selembut bayi..ceh!
Rambut :
Disebabkan bahan pencuci rambut mengandungi chemical yang boleh menyebabkan KANSER or what so ever... Cuci rambut bila rambut dah mula memberat dengan SYAMPU, hari biasa cukup sekadar mandi (basahkan seperti biasa). Tapi tu la rambut saya dah rosak, gugur lagi.. sebabnya pernah buat rebonding 3 kali, warna rambut 1 kali... Sekarang ni dah pakai tudung, sedikit sebanyak dah boleh lindungi rambut dari sinar matahari! (ceh bukan sebab tu yer saya pakai tudung, ia nya IKHLAS). Lagi 1 jangan pakai tudung waktu rambut basah, risau nanti BUSUK or rambut berbuah - pastikan kering terlebih dahulu kalau nak pakai pun :P!
Keringkan rambut dengan cara semulajadi, gulung rambut dengan tuala seperti biasa bila dah tak basah sangat buka dan biar ia kering secara semulajadi.. Jika rambut basah, sikat dengan sikat jarang/ lerai dengan jari pun boleh (untuk elak rambut KUSUT)! Trim pada bahagian hujung rambut untuk potong rambut yang bercabang.
Mata :
Untuk mata bersinar & penglihatan baik, makan lobak! Lagi satu petua yang saya baca, bila mandi..biar air pancuran mengalir dengan mata terbuka. Hati-hati yer, mesti pedih jika tutup mata cepat-cepat.. Buat setiap kali mandi sekejap pun tak mengapa!

Monday, March 21, 2011

Wednesday, March 16, 2011

Bencana, Insaf sementara atau ???

Alhamdulillah setelah sekian lama menetap di bumi yang bertuah Malaysia, kita masih lagi beruntung.. Walaupun banjir kilat melanda, ribut taufan or bla..bla.. ia masih tidak seteruk negara luar.. Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan bencana alam di negara Jepun.. Adakah dunia semakin menuju ke akhir zaman (hari kiamat). Hanya tuhan lebih mengetahui.. Pada hari ini kitab suci Al Quran di baca, diterangkan dalam ayat-ayat bahawasanya kejadian itu sudah pun tersurat (tercatit) di dalamnya. Kitab suci Al Quran sebenarnya telah menceritakan perjalanan khalifah dimuka bumi ini hingga ke penghujungnya..cuma kita sebagai manusia kadang-kadang tidak begitu "ambil port". Kesannya, kita hanya menunggu kejadian terjadi kemudian ayat-ayat Al Quran tu diterjemahkan & di maklumkan pada Umum. Jika dunia semakin hampir pada masanya, aku hanya memohon agar ditetapkan Iman..diberikan aku kesempatan menjadi muslimah, ibu, isteri yang solehah & mengecapi kebahagian bersama orang tersayang.

Sunday, March 13, 2011

111213032011

11 Mac 11 -
Half day pulang ke Kampung 0200pm-0900pm, MRR2 jem..Hujan sepanjang jalan.

12 Mac 11 -
Masih kepenatan, majlis pertunangan antara Abang & Kak Sue berjalan lancar walaupun hujan turun renyai + Lebat. Habis majlis kua g bandar.

13 Mac 11 -
Bertolak balik dari kampung ke KL 0900pm- 0400pm. Singgah beli kepok. Nak upload gambar, tapi FACEBOOK cam ******** lembab...

Friday, March 11, 2011

Audit

Audit datang mengejut, mujur tak cuti kalau tidak susah pegawai nak mencari DOKUMEN. Tetap half day

Wednesday, March 9, 2011

Tahajjud Cinta

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud

Thursday, March 3, 2011

[Hadis Riwayat Ahmad]

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." [Hadis Riwayat Ahmad]

Aku Tak Mahu Suamiku Berdosa

Tuesday, March 1, 2011

Sabda Rasulullah SAW

Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya, dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api neraka". (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker