iklan nuffnang

Tuesday, November 1, 2011

Buku Merah


(hasil carian google) 

DONE


Masa pendaftaran 0800 - 1000pagi..

Waktu Ketibaan 0830.

Waktu Nama dipanggil 0930.

Pertanyaan : Bila last period?, mak ayah ada sakit apa-apa? (kalau kita ada sakit, sila beritahu), tarikh nikah? anak ke berapa? 

Lain: Ambil berat badan, ketinggian & tekanan darah.

Kemudian dapat 3 hadiah... 2 botol tabung darah & 1 botol urine test.

Ambil darah dulu, kemudiah baru buat urine test.

Pesanan: sila sediakan tisu sendiri.

Selesai, bawa botol urine test ke makmal.

Dapat keputusan, bawa jumpa jururawat U29 saringan pertama.

Dah rekod data, print out data jumpa Doktor sebenar.

Kalau ada masalah kena pergi buat pemeriksaan/siasatan. Sebab saya ada Asma, kena buat pemeriksaan.

Dah buat jumpa doktor semula untuk keterangan lebih lanjut.

Ambil no kat farmasi, tunggu no naik.. Ambil ubat dan balik. Tengok jam.. ok 1200tghri..

1/2 day kat klinik... oyeaaaaa... Mintak MC sebab DEMAM selsema..

Tq to hubby yang sudi menemani BINI awak dengan SABAR (sebab dia TIME OFF jer)

Lokasi : Klinik Kesihatan Batu 9 Cheras.

Pesanan, sila buat buku ditempat berhampiran dengan kawasan rumah, kemudian baru buat Transfer Out kalu nak tukar lokasi Check-up.




Untuk kali pertama sila dapatkan buku dikaunter pendaftaran, Isi Buku, borang & Kad Merah(bawa pen sendiri). Dapatkan nombor giliran sekali. Tunggu nama dipanggil ke kaunter 15, kemudian ke kaunter Ambil Darah. Botol Urine Test bawa ke makmal, masuk bilik tulisan 12 13, masuk kedalam belok kiri terus, belok kiri lagi kemudian kanan.. Bilik nombor 4. Letak botol & Buku Merah depan kaunter. Tunggu keputusan. Kemudian patah balik semula ke laluan masuk tadi ada bilik no. 12 paling hujung (kalau masuk bilik paling awal) berdekatan dengan pantry. Letak buku dalam raga. Tunggu nama dipanggil. Kemudian mendapat rawatan. Selesai di bilik no 12, Buku tadi di letak di bilik No. 10 untuk berjumpa dengan doktor (tadi tu jumpa jururawat). Selesai. Pergi Farmasi ambil no. dan tunggu no dipanggil ambil Ubat & balik.








2 comments:

- said...

awal eh buat buku..haiza ari 2 dah masuk 4 bulan br buat..sbb dl checkup kt private..

CikSweety85 said...

Mulanya nurse macam tak bagi nak buat sebab awal sangat, tapi disebabkan nak travel jauh & anak 1st takut jadi pape xda rekod.. Tu yang buat awal.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker