iklan nuffnang
Wednesday, August 18, 2010
15 Aug 2010
Jam 0545pg kami sekeluarga menerima khabar berita bahawa, TOKI telah pun menghembuskan nafas terakhir pada jam 0530pg. Suasana sepi seketika, ku lihat Ibu tabah menerima berita itu dr adik bongsunya yg kami panggil Pak Su. Abang & adek ku pergi menjemput Mak Su utk pulang ke kampung. Manakala selebihnya menunggu kepulangan Ayah dari kerja utk pulang ke kampung. Perjalanan ke sana mengambil masa 5jam dr 0700-1200pg mengikut jln yg ku kira shortcut. Slps tol Jabor - Kuala Berang. Dr rmh ke Jabor aku yg pandu, slps itu Ayahku (pecut gila babeng). Kami sempat sampai utk menguruskan jenazah. Ku lihat Ibu ku mula hiba semasa dia membacakan Yaasin buat Ayahnya. Aku pulak tersedu-sedu menangis, rasa bersalahku kerna tidak sempat membawa Ibu pulang ke kampung menemui Ayahnya buat kali terakhir. Ikutkan perancangan memang hendak pulang, akan tetapi Ajal TOKI lebih dulu. Bagi kami yang masih menangis tidak dibenarkan mengucup jenazah, bimbang airmata jatuh menitik. Jenazah selamat dikebumikan selepas Solat Zohor di tanah perkuburan berhampiran Surau. Al - fatihah kepada Arwah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment