iklan nuffnang

Thursday, May 23, 2013

Peta atau Maps Universal Studio Singapore aka SENTOSA







Sila besarkan untuk tinjauan lebih jelas.


Ok kitaorang seFamily ada pergi USS hari tu, tak cerita banyak pun.. Yang pasti kami hanya berbelanja  menaiki SMRT ke USS sahaja (makan, minum & cenderahati).


Selama 3 hari 2 Malam -Penginapan dan makan ditanggung sepenuhnya oleh Sedara-mara Husband di Singapore.


*Bawa kereta masuk Singapore - Isi Minyak Penuh-penuh
*Sediakan duit untuk Autopass SGD 10
*Sediakan duit parking perHOUR, boleh dibeli dikedai runcit.
*Sila patuhi undang-undang Negara terutama pemandu yang suka bawa laju.. speed kat sana paling tinggi pun 90km/j -80km/j (highway) Jalan biasa 60km/j
*Aliran Trafik agak mengelirukan sila ALERT.




Ok Cerita kitaorang masuk USS plak.
Kebetulan pergi pada hari biasa (Isnin) dan tidak bertembung dengan cuti sekolah Malaysia atau Singapore.
So kesesakan KURANG sama sekali.


Masuk dekat pintu masuk bersama e-Tiket( beli Online- lagi murah) . Barcode discan.


Kitaorang mula melangkag dari arah kanan ke kiri (TAWAF MOVEMENT)
So dari HOLLYWOOD ke NEW YORK.


Kitaorang masuk Pawagam lights camera action universal studio singapore
Alami suasana penggambaran secara LIVE, dengan ribut petir,gempa bumi, api marak... Marvelus! :P





Then dari situ kitaorang serang pergi main Roller Coster battlestar galactica human -(red  track) ni mak budak yang naik, bapak budak naik dua-dua..satu lagi battlestar galactica cylon -(blue  track) ni lebih adventure .




"serentak"



Sangat Terharu sampai mengigil bila turun... TAKNAK naik dah!


Lepas tu kitaorang pergi main transformer the ride universal studios, The Ultimate 3D Battle - TERBAIK!!







Masa ni beratur panjang..alahai,kalau nak cepat pergi single ride..tapi sesorang la takde geng.


Then kitaorang pergi solat dan seterusnya pergi makan dekat oasis spice cafĂ© universal studios - Bolehlah, beli dua SET untuk makan 2 family.. Nasi dia banyak! Dapat hadiah percuma bekas makanan Woodee. (mulanya dapat satu jer, tapi agaknya ada orang tertinggal, kitaorang sapu jelah) :P









Time makan tu Bapak budak pergi main dulu revenge of the mummy universal studios - Balik-balik diorang kata yang ni SERAM giler. Gulp mula tu risau juga, ala try jela..
Jalan masuk dia berliku-liku, memang menyeramkan. Sama macam transformer tapi ni dahsyat lagi. SERIAU beb! Sebab dia punya roller U-TURN secara mendadak. Bayangkan kita tengah laju berjalan (roller coster), berhenti tiba-tiba, kemudian mengundur kebelakang dengan drastik! tak terkejut Mak dibuatnya.








Kemudian ke Far Far Away tengok 4D Shrek, dah duduk kerusi bergerak si Kecik menangis bila ada part naik kuda, tukar kerusi yang tak berapa D sangat. Sementara nak menunggu tengok WATER WORLD pukul 5 petang. Ni scene cerita letup-letup (PIRATE).. Siapa duduk depan kena simbah air.













Last sekali ni paling Rileks madagascar a crate adventure USS - Bapak budak kata BOSAN!, mak budak rileks...






Ada masa lagi, Bapak budak boleh pergi layan naik roller coster nak pecah jantung tu sampai tutup...



Balik naik SMRT, then dijemput balik rumah.. siap-siap kemas barang TURUN Johor sebab esoknya kitaorang nak pergi Legoland.. 


Mulalah berbelanja sewa HOTEL.


OVERALL, lagi best dari Legoland..


PS: Sumber gambar googles & sendiri.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker