iklan nuffnang

Monday, May 20, 2013

Halooooo, leyna hafidz in the house!






Jumaat 17 Mei, adik ipar selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.2kg secara pembedahan. Mengikut cerita, bukaan bawah dah 8cm tapi apalah daya dah takda masa nak tunggu lagi sebab bayi dah lebih due dan dah berak dalam kandungan terpaksalah kena belah.


Suhu badan Syaza dah mula menaik, dah mula rasa nak demam.. Cepat-cepat balut dia dengan kain basah, kepala dibasahkan.. tak pakaikan seluar atau baju kecuali pampers.



Sabtu 18 Mei, dari rumah ke Cheras singgah ziarah Opah. Lepas solat Asar kami bergerak ke HKL melawat adik Ipar. Kebetulan tak boleh bawa budak naik atas, so bergilirlah naik. Kebetulan adik Ipar takda ke tandas tinggallah bayi dengan Mak Long.  Cucu pertama lelaki. Dah habis waktu melawat, hubby ajak pergi makan Roti Nan.. rupanya tempat lama yang saya dah pernah pergi berbuka puasa dengan bebudak PKSN.






Rezeki, rezeki.. mulanya tak dapat parking, pusing lagi sekali ambil kau dapat parking depan kedai kebetulan juga ada satu tempat kosong terus saya rembat. Almaklumlah dah masuk rancangan cari makan, so ramailah orang.. tunggu makanan pun adalah dalam 15 minit.


Roti memang best tapi, MUAK banyak chesee.. lagi satu kuah pun nak charge.. Tak lama lah kot.



panas-panas pegang alahai 





Dari KL ke gombak..


Ahad 19 Mei, di Gombak  tak kemana..tunggu adik Ipar balik dari HKL, saudara mara datang rumah. Bertolak dari gombak balik lepas solat maghrib. Pergi Tesco dulu beli barangan dapur.


Sampai rumah area 11 malam, seterika baju..siap-siap apa yang patut pukul 12 tengah malam masuk tidur.


Tidur malam tak lena, kena serangan asma.. bangun batuk dan muntah kahak... aduyai.. Ingat tak nak pergi kerja.. Pergi juga, sebab rasa rugi tak datang.. Harini ni monday blues takda kerja sangat, boleh rehat kat ofis.


Hantar Syaza awal, tak larat nak hantar jalan kaki.. Akak semput.



Harap boleh baik, tak payah pergi klinik....



Berehat.....









No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

L.O.V.E

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

 Baby Birthday Ticker Ticker